Malam ini aku tidur dengan lenanya kerana masalahku telah selesai. Esok pagi Izani akan mengambil ku untuk tinggal bersama dengannya. Selepas ini hidup kami akan seperti pasangan suami isteri yang sebenarnya.
-------------
Paginya aku bangun agak awal kerana ingin mengemas pakaianku. Selepas mandi aku pun sembahyang subuh. Selesai sembahyang aku pergi ke dapur menolong makcik Hasnah dan makngah. Makcik Hasnah akan datang seawal 6.30 pagi ke rumah makngah untuk membuat sarapan pagi.
Hari ini makcik Hasnah dan makngah buat sarapan bihun goreng dan kuih karipap. Sementara aku menolong membancuh air kopi untuk minum pagi.
Hari ini pakngah dan makngah masih bercuti lagi. Hanya Hidayah saja yang akan pergi ke sekolah di hantar Firdaus. Dalam pukul 7.00 pagi sarapan dan air dah siap di hidangkan di atas meja. Jadi kami pun bersarapan bersama-sama.
Selepas sarapan Firdaus pun menghantar Hidayah ke sekolah. Aku pula masuk ke dalam bilik untuk mengemas apa yang patut sementara menunggu Izani datang mengambilku. Hampir tengahari Izani masih belum datang juga. Malam tadi Izani memberitahu ia akan datang pagi. Dan izani juga sudah mengambil cuti.
Sampai Hidayah pulang dari sekolah kelibat Izani tetap tidak memunculkan dirinya. Aku merasa resah dan tak keruan kenapa Izani masih belum datang-datang juga ni. Aku cuba menghubunginya dengan menelefon tapi tidak di angkat.
Adakah Izani sengaja mempermainkan aku. Mentang-mentang hati aku dah mula cair dengan kata-katanya. Dia buat aku macam ni pula.
"Zati sabar ya. Mungkin suami zati ada hal, tu dia tak boleh datang ambik zati" kata makngah.
"Entahlah makngah,mungkin dia cuma nak main-mainkan zati" kataku. Air mataku mengalir kerana terlalu sedih terasa diri di permainkan oleh Izani.
"Ala, kak Zati jangan sedih la. Dayahkan ada dekat rumah ni boleh teman kak Zati" kata Hidayah.
Sekarang sudah pukul 9.00 malam. Selepas sembahyang isyak aku keluarkan kembali pakaian yang telahku susun di dalam beg. Pakaian itu ku letakkan kembali di dalam almari yang ada di bilikku.
Selesai meletakkan pakaian di dalam almari. Aku duduk di tepi katil dan tanganku mengusap perutku yang sudah kelihatan.
"Demi sayang mama akan kuat tempuhi semua ini" kataku.
Hatiku tertanya-tanya kenapa izani memberi harapan padaku. Apa yang terjadi pada Izani sehingga ia tidak jadi mengambilku untuk tinggal bersamanya. Kenapa Izani tidak mengakat panggilan telefon dariku. Aku juga ada menghantar whatsap padanya tapi Izani tidak membukanya.
-------------
Sudah 3 hari berlalu tapi izani tetap tidak memunculkan dirinya. Mungkin Izani telah melupakan aku. Mungkin juga selama ini Izani tidak bersunguh-sunguh untuk berubah.
Aku pun sudah malas memikirkan tentang izani. Sekarang aku hanya memikirkan anak yang ada di dalam rahimku saja. Aku akan menjaga bakal anakku dengan penuh kasih sayang walau tanpa Izani.
Kehidupanku kembali seperti biasa tanpa ada Izani. Makngah selalu memberi kata-kata semangat kepadaku. Hidayah pun selalu menceriakan ku dengan perangainya. Begitu juga dengan makcik Hasnah dan Firdaus selalu prihatin dengan diriku.
Tentang izani memang aku tak pernah menghubunginya lagi selepas dia tidak datang mengambilku. Izani juga tidak pernah lagi memhubungiku.
Apa yang terjadi pada Izani sekarang ni pun aku tak tahu. Tapi aku akan teruskan hidupku seperti biasa tanpa perlu memikirkan Izani lagi.
Share this novel