Bab 26 Tamat

Romance Completed 17198

Sudah 4 bulan usia anakku Afifah. Izati juga sudah 4 bulan koma tak sedarkan diri. Hari ini ahad aku pun mempersiapkan Afifah untuk pergi melawat Izati. Setelah selesai semua barang Afifah yang perlu ku bawa. Aku pun meletakkan Afifah di baby car seat di dalam kereta.

Afifah tak banyak ragam dan mudah meletak Afifah di dalam kereta mengunakan baby car seat. Usai meletakkan Afifah aku pun memandu menuju ke arah hospital. Sampai di hospital aku pun mendukung Afifah dan membawa ia pergi ke wad Izati. Sebenarnya bayi seperti Afifah tak di benarkan masuk ,tapi aku sudah berbincang dan meminta kebenaran baru la di benarkan. Aku sanggup tangung risikonya, aku membawa Afifah berjumpa ibunya supaya izati dapat merasakan sentuhan dari anaknya. Semoga dari sentuhan Afifah itu boleh merangsang Izati untuk sedar dari komanya.

Hari ini aku melihat keluarga izati sudah ada di wad di mana Izati di tempatkan. mereka melihat ke arah aku dan Afifah. Mereka membiarkan aku menghampiri Izati. Sudah sampai di sisi izati aku pun meletakkan Afifah di sisi Izati seperti selalu. Kali ini aku melihat Izati berbeza seperti selalunya. Ketika aku meletakkan Afifah di sisinya tiba-tiba air mata izati mengalir jatuh di pipinya.

Melihat keadaan tersebut aku pun pergi mencari doktor. Sementara Afifah di dukung oleh ibu mentuaku. Tak lama kemudian aku datang dengan seorang doktor untuk memeriksa keadaan Izati. Doktor mengatakan kemungkinan untuk Izati sedar dari koma itu ada. Tidak tahu bila masanya Izati akan sedar kemungkinan dua tiga bulan lagi atau setahun dua tahun lagi.

Aku hanya terdiam mendengar kata-kata doktor tersebut. Sayang sedarlah, Afifah perlukan sayang. Abang pun perlukan sayang di sisi abang. Tolong lah bangun dan buka mata sayang,bisik hatiku sampil mataku memandang ke arah izati.

Afifah aku biarkan saja di ambil dan di dukung oleh ahli keluarga Izati. Kerana aku tahu Afifah itu tetap cucu mereka juga. Sudah agak petang dan Afifah pun sudah tak mahu duduk diam. Aku pun meminta diri untuk membawa Afifah pulang pada mentuaku. Mereka pun mencium Afifah sebelum aku membawa Afifah pergi.

Afifah tiba-tiba menangis sangat kuat. Mungkin tidak selesa dan rimas,mungkin juga sudah terlalu mengantuk. Aku cuba memujuk dengan memberi susu tapi masih juga tak berhenti menangis.

Aku pun ingin berngajak ke luar dari ruangan tersebut. Belum sempat aku pergi keluar,aku melihat tangan dan kelopak mata Izati bergerak. Dan tiba-tiba Afifah pun mula mahu menyusu botol yang di suapkan di mulutnya oleh ibu mentuaku.

Aku pun cepat-cepat pergi di sisi katil izati. Dan meletakkan anak kami Afifah di sisi izati. Dan Izati seperti bertindak balas dengan tangannya seperti bergerak sedikit. Aku juga melihat Izati mula membuka matanya perlahan-lahan.

Selepas izati membuka matanya kami memanggil doktor. Tak lama kemudian doktor pun datang. Aku melihat wajah izati seperti kebingungan. Dan izati juga tidak bersuara cuma matanya saja melihat ke arah ku dan ahli keluarganya.

Tak lama kemudian doktor meminta kami semua keluar dahulu kerana mereka ingin memeriksa keadaan Izati. Hampir 15 minit kemudian doktor pun selesai memeriksa keadaan Izati. Aku dan keluarga izati pun pergi mendekati doktor.

Doktor mengatakan bahawa keadaan Izati dah semakin baik. Mungkin dia memerlukan masa untuk boleh bercakap dengan lancar. Kerana Izati agak sukar untuk bercakap dengan lancar buat masa sekarang. Doktor juga meminta kami sering mengerakkan badannya supaya boleh buat rangsangan supaya Izati boleh bangun dan duduk semula. Kerana agak lama Izati terbaring di atas katil.

Aku membawa Afifah dan meletakkan ke tangan Izati. Izati memadang ke arahku dengan rasa hairan.

"Ini anak kita namanya Nur Afifah" kataku.

"Beetul" kata Izati. Sambil air matanya mengalir. Dan tangan izati memengang Afifah dan menciumnya.

Walau pada mula aku risau juga bila Izati sedar dari koma takut Izati akan lupa ingatan dan dia tak akan ingat pada aku lagi. Tapi semua tu tak terjadi,Izati masih mengenali diriku sebagai suaminya. Begitu juga dengan ahli keluarganya yang lain.

Nasib baik peluru itu hanya terkena di tepi telinga dan tidak terlalu dalam. Jika terkena di bahagian otak mungkin Izati tidak dapat di selamatkan.

"Abang sayangkan sayang. Terima kasih sebab bertahan untuk terus hidup." kataku.

"Saaayang pun saaayang aabang juga" kata Izati. Mendengar kata-kata Izati aku mencium dahinya.

Ahli keluarga Izati pun tidak lagi memintaku aku menceraikan Izati. Kerana mereka merasakan aku benar-benar ingin berubah. Dan mereka kagum melihatku menjaga Afifah dan juga Izati masa Izati masih di dalam koma.

Selepas 2 minggu Izati sedar dari koma,izati telah di benarkan keluar dari hospital. Keluarga Izati membenarkan Izati tinggal bersamaku. Kerana mereka pun tidak mahu kami sekeluarga perpisah lagi.

Setiap kali aku akan pergi ke tempat kerja, aku akan menghantar Izati dan Afifah ke rumah Makngah. Semua ini atas permintaan keluarga Izati kerana izati masih belum pulih sepenuhnya. Di rumah makngah ada makcik Hasnah dan juga Firdaus jadi kalau terjadi apa-apa mereka berdua ada akan membantu Izati.

Azlan pun sudah di bicarakan dan di hukum penjara. Manakala aku dan Izati lagi 2 tahun lagi akan pulang kembali ke negeri asal kami. Kerana projek kerjasama ku di sini akan selesai lagi 2 tahun.

Aku bersyukur sangat tuhan mendengar doaku. Demi 2 permata hatiku akan terusku perjuangkan. Dan aku akan terus istiqomah dan mendekati diri kepada tuhan yang satu.

------++++
Tamat.

saya menulis novel hanya suka-suka saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience