Bab 5

Romance Completed 17198

Lebih kurang 20 minit kemudian Siti pun balik dari membeli pregnancy test. Siti masuk ke dalam cafe dan pergi ke arah ibu aku.

"Makcik ni saya dah beli dah" kata Siti pada ibuku. Sambil menghulurkan benda di tangannya pada ibuku.

"Zati mai ambil benda ni. Cuba cek guna alat ni." kata ibuku.

"Ya la" kataku. Sambil aku pun pergi mengambil alat pregnancy test tu. Dan aku pun membawa alat tersebut ke dalam tandas.

Selepas aku mengikut arahan yang di tunjukkan pada kotak alat itu. Aku pun keluar dari tandas. Keluar dari tandas aku lihat mak memadang ke arah aku.

"Macam mana" kata ibuku.

"Nah mak tengok la sendiri" kataku sambil menghulurkan pregnancy test tersebut pada ibuku.

Siti dan ibuku pun memarhatikan benda tersebut. Ada dua garis warna merah timbul di alat tersebut.

"Zati hang memang mengandung la" kata ibuku.

"Bunting pelamin sungguh la hang ni" kata Siti pula.

"Zati kalau hang rasa pening dan loya lagi tekak tu pi la balik. Rehat dekat rumah ja" kata ibuku.

"Ha la, Zati balik dulu la" kataku. Aku pun keluar dari cafe dan pergi ke arah motor scuter ku.

Aku pun menghidupkan enjin motor scuter ku dan memandu ke arah rumah Izani yang sekarang dah jadi rumah ku juga.

Sampai di rumah aku pun mengambil kunci dan membuka pintu rumah. Lalu aku pun masuk ke dalam rumah.

Jam baru pukul 12.00 tengahari lambat lagi la Izani nak balik ni. Izani selalu balik dalam pukul 5.30 petang. Rasa tak sabar nak nak tunggu Izani suamiku balik dari kerja. Sebab nak beri tahu tentang diriku mengandung.

Aku menaiki tangga untuk ke bilik aku dan Izani. Sampai di depan pintu bilik aku melihat pintu bilik sebelah masih lagi berkunci dengan mangga. Entah kenapa hatiku ingin sangat nak melihat bilik stor tu.

Izani kata tu bilik stor, tentu ada gambar lama atau ada barang izani yang lama-lama dekat dalam bilik tu. Lagi pun izani suamiku ni lambat lagi nak balik. Pening kepala aku pun dah kurang. Rasa loya dekat tekak dah tak dak.

Rasanya tak kisahkan jika aku nak buka bilik stor tu. Izani pun tak pernah larang pun. Aku pun masuk ke dalam bilik untuk mencari kunci mangga kut-kut la ada di dalam bilik aku dan Izani. Aku mencari di dalam laci almari tapi tak ada.

Tiba-tiba aku teringat bilik di bawah.Aku pun turun ke bawah dan pergi ke bilik yang berada di bawah. Bilik ni memang Izani tak pernah kunci kerana ni bilik untuk tetamu datang. Kekadang kalau ibu Izani datang dia akan tidur disini Izani yang beritahu padaku.

Aku pun masuk ke dalam bilik tersebut dan mencari di dalam laci. Tapi tak nampak pun ada kunci mangga dekat dalam laci ni. Aku pun dah rasa malas nak cari kunci tersebut. Lalu aku pun baring di atas katil dalam bilik tersebut. Sedang aku memerhatikan
ruang bilik. Aku melihat ada anak kunci tergantung pada pintu bilik tersebut.

Aku pun bangun dan pergi kearah tempat tergantungnya anak kunci tersebut. Lalu aku mengambilnya. Anak kunci ni macam sepadan dengan kunci mangga di bilik atas.

Selepas aku mengambil anak kuncil tersebut. Aku pun keluar dari bilik dan manaiki tangga untuk menuju ke bilik yang berkunci dengan mangga. Aku cuba untuk membuka dengan anak kunci yang aku ambil tadi. Pada mulanya agak susah juga untuk membukanya. Kali ke dua aku memcuba kunci mangga tersebut terbuka.

Selepas terbuka saja aku pun menarik mangga tersebut dan membuka pintu bilik tersebut. Biliknya agak gelap aku pun mencari suis untuk membuka lampu. Dan aku ternampak ada suis di tepi pintu lalu aku menekannya. Lampu pun menyala.

Aku melihat keadaan bilik agak berhabuk. Ada tilam di dalam bilik ni. Tapi tak ada katil. Ada almari baju,ada juga meja yang mempunyai laci di bawahnya. Di dalam bilik ini ada banyak majalah lama. Aku pun menghampiri meja tersebut dan membuka lacinya.

Aku melihat ada album gambar di dalam laci tersebut. Dalam hatiku mengangap mesti gambar- gambar lama Izani. Lalu aku mengambil album gambar tersebut dan membukanya. Aku melihat ada gambar Izani bersama dengan lelaki yang bernama Azlan yang aku jumpa bersama Izani di shopping mall hari tu.

Setiap gambar tersebut di tepinya ada tulisan. Aku melihat di dalam album gambar ini kebanyakkan gambar Izani bersama Azlan. Dan ada juga gambar Azlan seorang.

Aku cuba membaca tulisan di tepi gambar tersebut. Ini gambar Izani bersama Azlan di tepinya tertulis: Bersama insan yangku sayangi.

Gambar ke dua masih Izani dan Azlan. Tepinya bertulis: I love you Azlan.

Aku membaca ayat ini membuatkan tekakku terasa loya. Dan aku cepat-cepat pergi ke tandas dan memuntahkan isi perutku.

Selesai muntah aku naik kembali ke bilik tadi. Aku meletakkan album gambar tersebut di atas meja. Tak sengaja album terjatuh dan terbuka dan aku lihat ada gambar Izani dan Azlan berpelukan tanpa baju.

Aku terkejut melihat gambar tersebut. Aku terus keluar dari bilik tersebut dan mengunci kembali seperti asal. Anak kunci tadi aku gantung balik di bilik bawah.

Hati aku tak tenang memikirkan gambar tersebut dan tulisan yang ada di dalam album gambar tersebut. Ada perasaan jijik melihat gambar dan tulisan itu.

Adakah Izani seorang gay yang menyukai lelaki sama lelaki. Aku berkahwin dengan seorang gay. Sekarang aku tengah mengandung anak Izani. Mungkin jika aku tak mengandung aku akan meminta cerai dari Izani.

Patutlah masa bertemu dengan Azlan hari tu izani agak gugup. Agaknya ia takut rahsianya terbongkar. Mungkin tadi aku tak sabar nak memberitahu Izani tentang aku mengandung. Tapi sekarang aku merasa harus merahsiakan tentang aku mengandung.

Tiba-tiba air mataku mengalir. Aku rasa seperti tak boleh terima kenyataan dengan semua ini. Lelaki yang ku anggap sempurna dan menyayangiku rupanya seorang gay. Aku merasa seperti di tipu.

Aku sangat bahagia hidup bersama Izani dalam masa sebulan lebih ini. Hari ini perasaan itu hancur berkecai. Jam menunjukkan hampir pukul 5.30 petang. Tak lama lagi Izani akan sampai di rumah. Aku mencuci muka dan cuba mengawal emosiku.

Aku harus nampak seperti biasa di depan Izani.Aku tak ingin dia tahu perubahan diriku. Dan dia juga tidak perlu tahu tentang diriku mengandung.

Tak lama kemudian Izani pun sampai balik dari kerja. Aku pun menyambutnya seperti biasa. Aku membukakan pintu dan dia pun tetap seperti biasa melayanku.

"Macam mana masih pening lagi kepala tu" tanya Izani.

"Dah tak pening dah" kataku.

"Ya ke. Ingatkan abang nak bawa sayang pergi klinik nanti. Mana la tahu kut-kut dah ada isi dalam perut tu" kata Izani.

Aku agak terkejut dengan kata-kata Izani. Aku berharap sangat tak dak siapa pun yang akan beritahu pada Izani tentang aku mengandung.

"Tak dak isi lagi la. Sebab tadi ayang dah pergi klinik dah. Perut ayang masuk angin ja" kataku.

"Kalau macam tu tak pa la. Kita usaha lagi." kata Izani.

"Malam ni tak boleh la,sebab perut ayang tak selesa lagi ni" kataku.

Malamnya aku dan izani tidur seperti biasa. Aku cuba untuk buat seperti biasa. Walau pun hatiku seperti meronta-ronta untuk pergi jauh dari Izani.

Paginya aku bangun awal dari selalu. Aku mandi dan sembahyang subuh. Aku berdoa pada tuhan yang satu supaya aku di beri ke kuatan untuk menempuhi segala dugaan ini. Air mataku mengalir tanpa dapat ke bendung.

Selesai berdoa aku pun bangun dan membuka telekung. Dan menyimpan sejadah di tempat asalnya. Aku terpandang telefon bimbit Izani seperti menyala aku pun mengambil telefon bimbit tersebut.

Aku lihat ada mesej whatsap masuk. Aku pun cuba membukanya. Dan skrinnya pun terbuka. Aku melihat mesej whatsap tersebut.

Nama pengirimnya Azlan. Aku terkejut bila membaca pesanan yang di hantar Azlan pada Izani.

Azlan: Zani aku tahu kau kahwin dengan perempuan tu cuma nak zuriat ja kan.

Azlan: Jom tengahari ni kita makan sama-sama nak.

Aku takut izani tahu aku membacanya. Aku pun memadam mesej whatsap tersebut. Lepas tu aku meletakkan kembali telefon itu di tempatnya.

Dalam pukul 7.10 pagi Izani pun bangun dan bersiap untuk pergi kerja. Sebelum Izani berangkat pergi kerja aku menyalami tangannya seperi biasa. Selepas melihat kereta izani sudah menghilang aku pun pergi ke motor scuter ku. Lalu aku pun pergi ke arah rumah keluargaku.

Sampai di rumah aku melihat ada ayah. Lalu aku memberi salam. Ayah pun menjawabnya.

"Zati hang tak pergi cafe. Mak hang baru ja pergi tadi" kata ayah.

"Ayah zati datang ni nak bincang dengan ayah" kataku.

"Mai la masuk. Ada apa sampai mai pagi-pagi ni" kata ayah.

Aku pun masuk dan duduk dekat dengan ayah.

"Zati nak bincang sikit tentang abang Izani" kataku.
"Ada apa dengan laki hang tu" kata ayah.

Dengan perasaan serba salah untuk menceritakan apa yang aku jumpa semalam. Dan mesej whatsap yang aku terbaca pagi tadi. Aku pun menceritakan semuanya pada ayahku.

Selepas aku menceritakan semuanya pada ayah. Muka ayah berubah dan mata ayah agak berkaca.

"Zati ayah akan bantu hang lari dari Izani. Jangan sampai Izani tahu hang mengandung. Nanti ayah akan telefon mak dulu. Kita bincang sama-sama." kata ayah.

Ayah pun menelefon ibuku menyuruh supaya balik ke rumah. Dalam setengah jam kemudian ibuku pun sampai. Ayah pun memberitahu tentang apa yang ku ceritakan pada ayah tadi. Ibu terkejut dan menangis mendengarnya.

"Ibu rasa buat sementara Zati tinggal dengan Makngah. Nanti mak akan telefon makngah dulu. Nanti kalau zati dah nak dekat bersalin mak dan ayah akan pergi ke rumah makngah" kata ibuku.

Makngah adik pada mak namanya Halimah. Makngah tinggal di negeri suaminya. Suaminya bernama Latif mereka mempunyai seorang anak perempuan yang agak rapat dengan aku.

Nak pergi ke rumah makngah tak boleh jalan darat. Kerana kena menyeberangi laut. Petang itu aku balik semula ke rumah Izani. Ibu dan ayah memintaku buat seperti biasa di depan Izani. Petang itu seperti biasa Izani pun pulang ke rumah.

Kelakuan Izani tetap seperti biasa melayanku. Malamnya dia memasak untukku. Tapi aku tak mahu makan. Aku juga tidak berapa suka bila dia menyentuhku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience