Aku melangkah kan kaki masuk ke dalam bangunan di depan ku. Masuk saja di dalam sudah ada dalam 4 orang menungguku di tepi pintu. Mereka membawa aku pergi ke satu tempat di dalam bangunan ini.
Masuk saja aku di tempat itu ada seorang lelaki yang agak berisi badannya, mungkin umur lelaki tersebut dalam lingkungan 40an. Lelaki tersebut sedang duduk di bangku dan ia memadangku.
"Sampai juga kau di tempat ini" kata lelaki tersebut.
"Mana isteri aku" kataku.
"Isteri kesayangan kau ada. Nanti kau akan dapat bertemu dengannya" kata lelaki tersebut.
"Aku nak jumpa isteri aku sekarang juga" kataku.
"Baiklah, kau bagi dulu duit tu. Nanti kau akan dapat jumpa dengan isteri kau" kata lelaki tersebut.
"Aku tak akan bagi duit ni selagi aku tak nampak isteri aku" kataku.
"Kau pergi bawa isteri dia ni mai sini" kata lelaki itu pada salah seorang lelaki yang berada di situ. Lalu lelaki itu pun pergi ke salah satu bilik yang terdapat di dalam bangunan ini.
Tak lama kemudian lelaki itu keluar bersama dengan izati dari dalam bilik tersebut. Dan mereka pun berjalan ke arah lelaki yang memberikan arahan tadi.
"Ni isteri kau, jadi bagi duit tu sekarang" kata lelaki tersebut.
"Aku nak isteri aku datang dekat dengan aku dulu." kataku.
"Kau lepaskan perempuan ni pergi dekat suami dia" kata lelaki tersebut. Lalu lelaki yang memengang tangan isteriku pun melepaskan tangan isteriku. Selepas lelaki itu melepaskan tangan Izati. Izati pun berjalan ke arahku.
"Baling duit tu sekarang juga" kata lelaki tersebut padaku.
Aku pun membaling beg yang birisi duit ke arahnya. Tak lama kemudian Izati datang ke arahku dan kami berpelukan.
"Abang,zati takut" kata Izati.
"Tak pa abang ada dekat sini" kataku.
Ketika aku dan izati berpelukkan tiba-tiba aku terdengar bunyi tembakan dan Izati terkulai jatuh di badanku. Aku terkejut melihat lelaki tersebut telah menembak belakang badan Izati.
"Izati,bertahan lah.. Kenapa kau tembak isteri aku haa. Aku dah berikan duit yang kau mahukan." kataku.
"Ini balasan kau kerana telah menyebabkan kawasan aku menjual dadah di ketahui oleh polis. Dan kerana kau juga banyak anak buah aku yang kena tangkap. Jangan risau kau pun akan mati bersama isteri kau" kata lelaki tersebut.
Lelaki tersebut menghalakan pistolnya ke arahku. Dan aku terdengar bunyi tembakan. Aku sangka diriku yang terkena tembakan tapi tiba-tiba lelaki yang memengang pistol tadi terjatuh terduduk.
Rupanya ada Afiq dan beberapa orang angota polis ada di belakangku. Merekalah yang telah menembak lelaki tersebut. Aku mendukung izati untuk membawanya ke hospital. Izati menrintih ke sakitan dan aku sendiri pun tak tahan melihat kesakitan yang ia alami.
"Abang sakit" kata Izati dengan nada suara yang semakin lemah.
"Bertahan la sayang,maafkan abang semua ni salah abang." kataku.
"Abang halalkan makan minum Zati selama ini bersama abang. Aaampunkan segala dosa Zati paada aabang" kata Izati sambil matanya mula menutup perlahan-lahan.
"Zati jangan tinggalkan abang tolong la.. Abang sayangkan Zati ,abang cintakan Zati tolong la bertahan" kataku.
"Bersabarlah kita nak sampai hospital dah ni" kata Afiq yang membawa aku dan izati ke hospital dengan keretanya.
Sampai saja di hospital aku terus mendukung Izati keluar dari kereta menuju ke ruang kecemasan.
"Tolong! isteri saya kena tembak" kataku.
Pertugas-pertugas di kecemasan segera membawa izati masuk ke dalam.
"Encik pergi daftar dulu, isteri encik kami akan cuba lakukan sebaik mungkin untuk mengeluarkan peluru." kata staf hospital kepadaku.
Aku meminta Afiq memberitahu kepada makngah Izati mengenai keadaan izati sekarang ni. Lalu Afiq pun pergi menuju ke rumah makngah. Hati aku tak keruan menunggu di luar pintu kecemasan untuk mengetahui bagai mana keadaan Izati.
Aku tak dapat maafkan diri aku jika terjadi sesuatu pada Izati. Semua ini mungkin tak kan terjadi jika aku tidak melakukan hubungan terlarang dengan Azlan. Adakah semua yang terjadi balasan untuk aku.
Tapi kenapa izati yang terpaksa di sakiti.Maafkan abang Zati ,abang sayang zati. Tolong la bertahan terus hidup.
Hampir 1 jam setengah baru ada seorang staf hospital keluar dari pintu ruangan kecemasan.
"Waris Nurul Izati" kata staf tersebut.
"Ya saya,waris Nurul Izati" kataku..
"Encik boleh masuk sebab doktor nak jumpa" kata staf hospital.
Lalu aku pun masuk untuk berjumpa dengan doktor. Doktor memberitahu bahawa tembakan peluru itu terkena di bahagian belakang kepala izati. Peluru itu telah dapat di keluarkan tapi kemungkinan izati akan koma. Keadaan izati juga sudah tidak krital. Doktor juga tidak tahu bila Izati akan tersedar dari komanya.
Aku terkejut mendengar apa yang doktor katakan padaku. Izati terpaksa di masukkan di icu untuk pemantauan. Selepas berbincang dengan doktor aku pun keluar.
Keluar saja aku melihat Afiq dan ahli keluarga makngah Izati sudah sampai.
"Apa yang telah kau buat dekat Zati..Apa salah Zati dekat kau" kata makngah sambil mengalirkan air mata.
"Maafkan saya, ni semua salah saya." kataku.
"Pergi kau dari sini. Aku tak mahu tengok kau dekat sini" kata makngah lagi.
"Tapi Zati isteri saya. Saya ada hak nak berjumpa dengan Zati. Zati masih tanggungjawab saya"kataku.
"Biarkan lah dia dekat sini. Lagi pun dia masih suami Zati. Jika terjadi apa-apa doktor akan cari dia" kata pakngah cuma memujuk makngah.
Makngah hanya terdiam bila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut suaminya. Aku pun mengajak pakngah,makngah dan Hidayah pergi ke ruangan icu di mana Izati di letakkan.
Kerana keadaan Izati yang masih belum sedarkan diri lagi. Di icu kami tidak boleh masuk sekali ramai. Kami terpaksa bergilir-gilir melihat Izati.
Berapa jam kemudian ahli keluarga Makngah izati pun pulang ke rumah. Hanya tinggal aku dan Afiq. Afiq telah membelikan makanan untukku. Kerana malam ini aku berjaga di hospital. Aku takut terjadi sesuatu yang tak di inginkan terjadi pada Izati.
"Zani esok mak dan ayah isteri kau akan datang untuk melihat isteri kau" kata Afiq.
"Mana kau tahu" tanyaku.
"Tadi masa aku pergi ke rumah makngah memberitahu tentang apa yang terjadi pada isteri kau, makngah terus telefon pada keluarga isteri kau di kampung. Dengar dari berbualan tu mereka akan datang esok" kata Afiq.
"Nampaknya aku terpaksa juga berdepan dengan ayah mentua aku." kataku.
"Banyakkan bersabar, aku nak balik dulu ni. Jangan lupa makan makanan yang aku beli tadi" kata Afiq. Sambil Afiq berjalan pergi menuju ke tempat parking kereta.
Share this novel