Bab 20

Romance Completed 17198

Sudah hampir seminggu, nampaknya aku terpaksa juga memberikan wang RM20000 kepada Azlan. Tapi kali ni aku ada rancangkan sesuatu supaya Azlan tidak mengangu aku lagi.

Aku meminta pertolongan dari Afiq. Dan Afiq sangup menolongku. Aku dan Afiq merancang sesuatu supaya Azlan tidak akan mengangu aku lagi.

Aku tahu Azlan seorang yang suka mengambil dadah terlarang. Kerana dari masa kami masih berlajar Azlan sudah terbiasa membeli barang terlarang tersebut. Sebab itu Azlan agak sukar untuk mengawal perasaannya.

Pada mulanya Azlan mengambil dadah tersebut supaya ia tidak mengatuk bila waktu malam.Supaya mudah untuk Azlan mengulangkaji. Azlan juga pernah memberi pada aku untuk mencuba dadah tersebut. Tapi aku tidak mahu,kerana aku tahu dadah yang Azlan ambil tu bahaya.

Selalunya aku hanya membiarkan saja Azlan mengunakan dadah tersebut di depanku.

Hari ini aku akan berjumpa Azlan di satu tempat. Kerana aku tidak mahu Azlan datang ke rumahku. Azlan datang bersama seorang rakannya yang memang tinggal di negeri ini. Nama rakan Azlan itu ialah Kamal. Aku kenal Kamal kerana Kamal juga belajar di IPTS yang sama dengan aku dan Azlan.

Aku juga tahu Kamal juga seperti Azlan mengunakan dadah terlarang. Jadi tidak hairanlah Azlan boleh tahu aku berada di negeri ini. Kerana aku pernah berjumpa dengan Kamal beberapa kali ketika aku berada di negeri ini.

Aku menunggu Azlan di sebuah taman yang tidak berapa ada orang. Kerana hari ini bukan hari minggu. Azlan dan Kamal pun datang ke arahku.

"Mana duit tu" kata Azlan tidak sabar.

"Aku hanya boleh keluarkan sepuluh ribu saja. Jadi ambil dulu duit ni" kataku.

"Aku minta dua puluh ribu bukan sepuluh ribu" kata Azlan.

"Dah tu,banyak ni yang boleh aku keluar kan" kataku.

Azlan mendekatiku dan tangannya menarik kolar bajuku.

"Azlan ambil ja dulu duit tu" kata Kamal.

Sambil tangan Kamal mengambil duit yang aku letakkan di dalam sebuah beg kecil.

"Minggu depan aku nak baki duit tu lagi sepuluh ribu. Kalau tak isteri kau akan mati" kata Azlan. Aku terdiam mendengar ugutan Azlan berikan padaku.

"Ya la, minggu depan aku bagi lagi sepuluh ribu. Kita jumpa dekat sini juga." kataku.

"Ok. Minggu depan aku akan datang lagi" kata Azlan. Lalu Azlan dan Kamal pun pergi dari kawasan taman tersebut.

Sebenarnya ada sebab kenapa aku hanya memberikan sepuluh ribu saja. Kerana aku tahu jika aku memberikan dua puluh ribu terus Azlan akan terus membawa duit itu keluar dari negeri ini.

Tapi jika menunda baki sepuluh ribu lagi. Azlan akan sanggup menunggu duit itu sampai minggu depan. Dengan duit sepuluh ribu yang Azlan dapat dari ku,tentu saja duit itu Azlan dan Kamal akan membeli dadah terlarang itu.

Afiq telah mengekori kereta Azlan dengan menungang motorsikal. Tak lama kemudian aku dapat panggilan dari Afiq.

"Hello,Azlan dan Kamal dah guna duit tadi untuk membeli barang terlarang tu" kata Afiq.

"Kau dah telefon polis belum" kataku.

"Aku dah bagi tahu adik aku dah. Nanti dia akan datang bersama angota polis yang lain." kata Afiq.

Mendengar kata-kata Afiq hati aku merasa lega. Adik Afiq adalah seorang angota polis di negeri ni. Afiq meminta tolong pada adiknya.

Afiq menghantar lokasinya pada aku melalui whatsap. Lalu aku pun pergi memandu keretaku ke arah lokasi tersebut. Aku sampai di lokasi tersebut,aku meletakkan keretaku jauh sedikit. Aku melihat ada sebuah kereta polis dan 3 orang angota polis,salah seoragnya adik Afiq.

Aku melihat dari jauh Kamal dan Azlan di tangkap. Dan ada seorang lelaki lain juga di tangkap bersama mereka. Mungkin lelaki tersebut yang menjual dadah kepada Azlan dan Kamal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience