Aku mengambil album gambar tersebut dan membawa pergi ke keluar dari rumah. Lalu aku membakarnya menjadi debu. Salah aku juga,sepatutnya aku dah bakar dari dulu lagi. Tapi masa tu hatiku masih berbelah- bagi.
Tapi sekarang aku yakin hati dan perasaanku hanya untuk isteriku seorang. Walau apa pun yang terjadi aku tak kan menceraikan Izati.
Malam ini kali pertama aku tidur tanpa Izati di sisiku selepas kami berkahwin. Hatiku tertanya-tanya ke mana agaknya Izati membawa diri. Sudah hilangkah perasaan sayangnya padaku?
Paginya seperti biasa aku bangun untuk pergi ke pejabatku. Walau hatiku masih lagi memikirkan Izati. Hari ini ada perjumpaan penting untuk syarikatku.
Dalam tengahari perjumpaan itu pun selesai. Aku masuk ke dalam ruangan pejabatku kembali. Aku membuka pintu pejabat dan melihat ada Azlan tengah duduk menungguku di sofa.
Selepas bertemu Azlan di shopping mall bersama Izati. Azlan selalu mencari aku di pejabatku.
"Ada apa lagi hang datang cari aku ni" kataku.
"Amboi, marah nampak. Jom teman aku makan" kata Azlan.
"Aku tak mau la. Tolong la jangan cari aku lagi" kataku.
"Aku tahu hang masih ada perasaan pada akukan. Hang kahwin semata- mata untuk dapatkan zuriat ja" kata Azlan.
"Aku dah tak mahu ingat dah benda tu. Semua tu salah dan berdosa besar" kataku.
"Ya ke, tapi hang pun layan jugakan dulu" kata Azlan.
"Tolong keluar dari pejabat aku sekarang" kataku.
"Aku akan keluar jika hang bagi aku duit." kata Azlan.
"Hang nak berapa pulak kali ni?" tanya ku.
"Aku nak sepuluh ribu kali ni" kata Azlan.
"Aku akan bank in duit tu nanti" kataku.
"Aku nak hang bank in sekarang juga. Depan mata aku" kata Azlan.
Aku pun membuka komputer di meja lalu aku transfer kan duit sepuluh ribu ke akaun Azlan secara on line.
"Aku dah transfer dah duit tu. Sekarang hang boleh keluar" kataku.
"Ok,terima kasih. Tapi kalau duit aku habis. Aku akan datang lagi" kata Azlan.
Azlan pun keluar dari pejabatku. Aku tahu Azlan akan mencariku lagi bila ia perlukan duit. Azlan memang sudah biasa masuk ke dalam ruangan pejabatku. Kerana dulu ia memang kerap datang perjumpa ku di pejabat untuk makan bersama. Kerana itu pembantuku membiarkan saja Azlan masuk. Kerana mereka pun sudah kenal dengan Azlan dan mengagap Azlan kawan rapatku.
Jadi tidak ada sesiapa pun yang curiga tentang hubungan kami. Hatiku runsing memikirkan Izati dan sekarang Azlan pulak sering datang menganguku.
Kekadang aku merasakan diri aku terperangkap dengan Azlan. Kerana Azlan mengagapku seperti mesin duit baginya.
Kenapa susahnya untuk berubah terlalu banyak halangannya. Aku betul-betul ingin berubah tapi kenapa ada pengacau datang menganguku.
Benarkah Izati tak akan dapat terima diriku lagi. Kerana dulu hidupku terpesong jauh. Izati jika kau tahu bertapa aku menyayangi mu. Tak mungkin kau pergi dariku.
Sekarang aku kena fikirkan cara untuk tidak di gangu oleh Azlan lagi. Aku tak boleh di belengu oleh Azlan lagi. Hanya kerana kesilapan yang telah aku lakukan dulu. Sampai sekarang semuanya itu menghantui diri aku.
Tak lama selepas Azlan keluar dari pejabatku. Aku pun keluar dari pejabatku menuju ke tempat parking kereta.Lalu aku memandu keretaku ke arah cafe ibu Izati. Manalah tahu Izati ada di sana.
Sampai di cafe aku pun memakir keretaku. Aku pun keluar dari dalam kereta menuju ke arah cafe.Aku masuk ke dalam cafe tersebut untuk mencari-cari kelibat Izati.
Aku nampak ibu mentuaku sedang sibuk di bahagian dapur. Aku cuba menghampirinya tapi dia seperti tidak mengedahkan diri aku yang berada di situ.
Aku melihat ada Siti rakan kerja Izati yang agak rapat dengan Izati berada di bahagian kaunter membayaran. Aku pun menghampirinya.
"Siti hari ni zati masuk kerja tak?" tanya ku.
"Zati tak kerja hari ni. Zati dah lama tak kerja dekat sini. Rasanya dah dekat seminggu kut" kata Siti.
"Siti tahu tak Zati ada dekat mana? Dah 2 hari Zati tak balik rumah. Keluarga Zati pun tak mahu bagi tahu" kataku.
"Tu la curang lagi dengan perempuan lain. Sekarangkan dah menyesal. Siti pun tak tahu zati ada dekat mana." kata Siti.
Aku agak terkejut mendengar kata-kata Siti. Tapi aku yakin itu semua mentuaku yang ceritakan pada Siti. Tak mungkin mentuaku akan menceritakan perkara sebenar tentang diri aku pada orang lain.
"Tak pa la Siti,saya pergi dulu" kataku.
Aku pun keluar dari cafe. Dan aku menuju ke pusat gym yang aku buka dah hampir setahun lebih. Sampai di pusat gym tu aku pun masuk. Pekerja aku pun datang padaku.
"Ada apa bos datang hari ni?" tanya pekerjaku bernama Rosli.
"Aku rungsing la Li fikirkan isteri aku yang tiba-tiba menghilangkan diri." kataku.
"Jangan risau la bos. Nanti bila isteri bos dah tenang dia balik la tu" kata Rosli.
"Tapi keluarga dia suruh aku ceraikan isteri aku" kataku.
"Keluarga isteri boss tu dah melampau sangat tu. Mak bapak apa yang sanggup biar anak mengandung tinggal jauh pada suami." kata Rosli.
"Apa hang cakap tadi Li ,isteri aku mengandung" kataku agak terkejut.
"Bos tak tahu ke?Hari tu saya jumpa Siti balik dari kedai farmasi. Siti kata dia beli pregnancy test untuk isteri bos. Masa saya nak tutup pusat gym ni saya terjumpa lagi dengan Siti bersama suami dia. Jadi saya tanya la apa keputusan pregnancy test tu. Siti kata isteri bos mengandung." kata Rosli.
Aku terkejut mendengar kata-kata Rosli.Tak sangka aku bakal jadi seorang ayah. Izati isteriku mengadungkan anak pertama kami. Hatiku merasa sangat teruja dengan berita ni.
"Tapi Li di mana aku nak cari isteri aku. Semua ni salah aku Li." kataku. Lalu aku pun nenceritakan segalanya pada Rosli kenapa Izati menghilang. Dan kenapa keluarga isteriku memintaku menceraikan anak mereka. Aku pun menceritakan tentang Azlan sampai sekarang menganguku.
"Sabar bos,banyakkan solat taubat dan jangan tinggal sembahyang 5 waktu. Berdoa lah pada dia yang maha kuasa. Pasti suatu hari nanti bos akan dapat bertemu dengan isteri bos balik" kata Rosli.
Aku terdiam mendengar kata-kata dari mulut Rosli. Sebenarnya aku belum pernah melakukan solat taubat. Dan aku juga selalu meninggalkan sembahyang fardu. Aku memang nak berubah demi ibuku. Sepatutnya niatku berubah kerana takut pada tuhan yang satu.
Selepas menutup dan mengunci pintu pusat gym. Aku dan Rosli pun pulang ke rumah masing-masing. Hatiku merasakan tidak mahu pulang ke rumahku. Lalu aku memandu kereta ke arah rumah ibuku.
Share this novel