Sudah 4 hari kejadian aku membuka pintu bilik yang bermangga. Hari ini ayah suruhku datang ke rumahnya. Jadi paginya selepas Izani pergi kerja aku pun pergi ke rumah ayah. Ayah dan ibu sudah siap menunggu di depan rumah. Aku pun masuk ke dalam rumah.
"Ada apa ayah panggil zati ni" kataku.
"Semalam mak dah telefon makngah kamu. Dia setuju kamu tinggal di rumah dia boleh teman Hidayah dekat sana nanti"kata ibuku.
"Tiket kapal terbang pun ayah dah beli esok dah boleh berangkat dah". Kata ayahku.
"Betul ke apa yang kita buat ni" kataku.
"Betul la, lagi pun hang tak sanggupkan nak hidup bersama seorang gay. Silap hari bulan dapat penyakit" kata ayahku.
"Esok kami akan ambik hang dekat rumah. Terus pergi lapangan terbang" kata ibuku.
"Ha la, ni Zati nak balik dulu nak kemas barang sikit" kataku.
"Hang kemas barang tu lepas laki hang pi kerja esok pagi. Lagi pun penerbangan tu tengahari sempat la" kata ayahku.
Selepas itu aku pun balik ke rumah Izani kembali. Petangnya seperti biasa Izani balik ke rumah. Petang ini aku yang memasak untuk kami berdua makan malam buat kali terakhir. Malam ni aku tidur dalam pelukkan Izani untuk kali terakhir. Tapi tak boleh lebih dari pada tu.
Paginya aku bersalam dengan Izani sebelum ia pergi kerja. Rasa sebak di dadaku kerana ini kali terakhir aku akan menyalaminya. Selepas Izani pergi kerja aku pun mengemas barang-barang ku.
Dalam pukul 10.00 kereta ayah aku pun sampai. Aku pun masuk ke dalam kereta membawa beg pakaianku. Di dalam kereta ada ibuku juga. Ibu dan ayah membawaku pergi makan dahulu sebelum ke lapangan terbang.
Bila tiba jadualku untuk menaiki kapal terbang aku pun menyalami ke dua ibu bapaku. Selepas itu aku pun melangkah menuju ke kapal terbang yang bakal ku naiki.
Demi zuriatku akanku lari dari pasangan gay tersebut walau pun sampai hujung dunia. Ku sangkakan dia berkahwin dengan ku kerana cinta. Rupanya kerana inginkan zuriat. Kerana cintanya pada kaum sejenis tak mungkin boleh memiliki zuriat. Bisik hatiku dan air mataku mengalir tanpa ku sedar..
Mendarat saja kapal terbang aku keluar dan mencari makngah dan pakngah ku. Pakngah dan makngah datang bersama anaknya Hidayah. Lalu aku pun pergi ke arah mereka. Mereka membawaku makan di sebuah restoran dahulu. Selepas itu barulah pergi ke rumah makngah.
"Bilik Zati yang sebelah sana. Makngah dan hidayah dah kemas bilik tu." kata makngah.
"Terima kasih makngah, sebab sudi tumpangkan Zati dekat rumah makngah" kataku.
"Tak pa, boleh buat teman hidayah dekat rumah bila makngah dan pakngah tak dak." kata makngah.
Umur hidayah anak makngah baru 15 tahun. Makngah dan pakngah hanya ada seorang anak saja. Hidayah ni anak tunggal. Dari dulu sebenarnya makngah selalu ajak tinggal dengannya buat teman Hidayah. Tapi keluargaku tak bagi kerana aku seorang ja anak perempuan dalam keluargaku.
Pakngah dan makngah memang gembira bila aku kena tinggal dengan mereka. Rumah makngah ni besar ada 5 bilik semuanya. Orang gaji pun ada. Pakngah seorang ahli perniagaan dan makngah pula ada kerjaya sendiri.
"Kak Zati biar dayah bawa beg pakaian tu" kata Hidayah. Lalu Hidayah pun mengambil beg pakaianku dan membawa masuk ke dalam bilik. Aku pun mengikuti Hidayah pergi ke bilik.
"Mak kata kak Zati mengandung tapi dayah tengok perut kak Zati tak besar pun" kata Hidayah .
"Kecil lagi la baby dalam perut ni. Baru sebulan lebih ja mana nak nampak lagi" kataku.
"Lepas ni ada la kawan dayah dekat rumah" kata Hidayah.
"Seronok kut jadi anak tunggal, tak dak la kawan nak bergaduh" kataku.
"Seronok apa,dayah selalu kena tinggal dekat rumah ja dengan orang gaji" kata Hidayah.
"Kak Zati faham" kataku.
Tiba-tiba makngah masuk ke dalam bilikku.
"Zati masih belum buat buku pink untuk ibu mengandungkan?" tanya makngah.
"Ya,Zati tak buat lagi buku pink tu" kataku.
"Minggu depan makngah teman Zati pergi buat buku pink. Lagi pun dah nak masuk 2 bulankan" kata makngah.
"Terima kasih ya makngah sudi nak temankan Zati" kataku.
"Sama-sama, makngah ni rasa teruja sangat nak dapat cucu. Walau pun cucu saudara ja" kata makngah.
"Zati jangan terlalu fikirkan sangat hal tentang suami kamu tu. Zati kena fikirkan pasal anak Zati ja" kata makngah.
"Baik lah, Zati pun malas nak fikir tentang dia" Kataku..
"Bagus la macam tu. Dayah kamu jangan nak kacau kak Zati biar dia tidur awal hari ni" kata makngah. Sambil menarik tangan Hidayah keluar dari bilikku.
Malam ni kali pertama lepas berkahwin dengan Izani aku tidur tanpa dia di sisiku. Agak sukar juga untukku melelapkan mata. Di sudut hatiku masih ada rasa sayang pada dirinya. Lagi pun aku sekarang ni tengah mengandungkan anaknya.
Bagaimana agaknya reaksi Izani bila aku tak pulang-pulang ke rumah. Nombor telefonku pun sudah ku ganti nombor lain. Hanya ahli keluargaku saja yang tahu nombor baruku.
Share this novel