Sudah 2 bulan aku berada di rumah Makngah. Aku hanya berada di rumah saja. Kekadang aku akan membantu orang gaji makngah mengemas rumah dan memasak. Walau pun makngah tak benarkan.
Hatiku kekadang merasa rindu pada suami ku Izani. Ya la tentu aku merindukannya. Apa lagi sekarang aku tengah mengandungkan anaknya.
Usia kandunganku pun dah masuk 4 bulan. Aku memang kecewa bila mengetahui tentang Izani seorang gay. Memang tak boleh nak terima kenyataan. Apa lagi keluarga ku tentu mereka sangat kecewa.
Tinggal bersama makngah agak bosan juga. Kerana aku banyak berada di rumah. Kalau nak keluar pergi ke mana-mana mesti bersama Hidayah atau Mak ngah.
Pagi pukul 7.20 pakngah dan makngah akan bertolak pergi kerja. Manakala Hidayah pula akan bersekolah. Tengahari dalam pukul 2 baru la Hidayah sampai di rumah.Sementara Makngah dan pakngah akan sampai di rumah pukul 5.30 petang balik dari kerja.
Jadi tinggal la aku berdua ja dengan orang gaji dalam rumah ni. Di rumah makngah ada seorang ja orang gaji. Dan seorang lagi pemandu peribadi. Tugas pemandu peribadi tugasnya hantar dan ambil Hidayah dari sekolah.
Kekadang kalau aku keluar bersama Hidayah tanpa Makngah dan pakngah pemandu peribadi tu juga yang akan membawa kami.
Pemandu peribadi ni namanya Firdaus. Sementara orang gaji rumah ni bernama Hasnah. Tapi kalau tengok badan dan muka Firdaus dah macam bodyguard ja.
Umur Firdaus pun baru 27 tahun. Sebenar memang pakngah mengambil Firdaus untuk jadi bodyguard dan sekaligus jadi pemandu peribadi sekali untuk Hidayah.
Bila makngah, pakngah dan Hidayah tiada di rumah. Firdaus dan Hasnah la kawan aku bersembang. Kekadang bila aku pergi klinik Firdaus juga yang membawa ku.
Jika aku dan Hidayah keluar pergi shopping mall atau ke mana saja berdua. Firdaus akan mengikuti kami atas perintah pakngah.
Agak sukar juga jadi anak tunggal dari seorang ahli perniagaan ni. Tapi Hidayah kata dia dah terbiasa hidup macam ni.
Mula-mula tinggal di rumah makngah rasa agak kurang selesa. Tapi lama-lama aku dapat sesuaikan diri. Hati aku pun kekadang rasa rindu juga pada keluargaku. Aku sering menelefon ayah dan ibu untuk menghilangkan rasa rinduku.
Aku juga merindui belaian seorang suami. Apa bila memikirkan nasib bakal anakku nanti mempunyai seorang ayah gay. Hatiku terasa sangat sakit dan sukar untuk aku terima Izani telah menipuku.
Kekadang hendak buang rasa bosan,aku akan bersembang dengan kak Hasnah dan Firdaus. Hari ni selepas menghantar Hidayah pergi ke sekolah,Firdaus balik ke rumah untuk mencuci kereta pakngah yang selalu ia gunakan untuk menghantar Hidayah.
"Daus dah berapa lama kerja dengan pakngah" tanyaku sambil memerhatikan Firdaus yang sedang menyemburkan air paip ke arah kereta.
"Dah 5 tahun" kata Firdaus.
"Daus hang tak bosan ke kerja macam ni asyik kena ikut Hidayah dan aku. Tentu hang tak dak masa nak dating dengan awek" kataku.
"Dah memang tugas aku macam ni. Lagi pun pakngah kamu dah banyak tolong keluarga aku." kata Firdaus.
"Pakngah tu baikkan. Bertuah makngah aku dapat suami macam pakngah" kataku.
"Pakngah memang baik. Zati tak nak ke jumpa suami Zati lagi?" tanya Firdaus.
"Aku takut bila jumpa dengan dia balik nanti dia ambil anak aku. Lepas tu dia bawa lari dengan pasangan gay dia" kataku.
"Macam mana kalau dia dah berubah" kata Firdaus.
"Orang macam tu boleh berubah ke?" tanya ku.
"Setiap orang boleh berubah la Zati. Dari baik boleh berubah jadi jahat,Dari jahat boleh berubah jadi baik"kata Firdaus.
"Entah la Daus. Tapi aku tak boleh terima dia tu gay ,geli la." kataku.
"Tapi kalau dia dah berubah, nak tak Zati terima dia balik" tanya Firdaus.
"Tak tahu la, sebab Zati tak jumpa dia lagi" kataku.
"Macam mana suatu hari nanti Zati terjumpa dia balik" kata Firdaus.
"Mungkin jumpa dekat makahmah ja la untuk bercerai. Zati nak masuk dulu la nak bantu kak Hasnah masak kat dapur" kataku. Sambil kakiku pun melangkah masuk ke dalam rumah menuju ke dapur.
Share this novel