Hari ini tiba-tiba Izani muncul di rumah pakngah. Aku agak terkejut kerana aku tidak pernah memberitahu izani di mana aku tinggal. Perjumpaan hari ni pun Izani tak berhenti mengatakan dirinya ingin berubah. Dan ia ingin aku ada di sampingnya.
Kalau benar Izani ingin berubah aku sanggup berada di sisinya. Tapi bagai mana dengan keluargaku. Bolehkah keluargaku menerima Izani sebagai suamiku lagi. Aku tahu ayahku seorang yang tegas dan tak boleh terima orang-orang jenis terpesong seperti gay.
Lagi pun ayah bertegas supaya aku dan Izani bercerai dia memang tak boleh terima. Aku hanya terdiam bila izani meluahkan segalanya padaku. Hatiku benar-benar berbelah-bagi. Hati ku teringin mengikuti izani tinggal di rumahnya. Tapi aku terpaksa menunggu pakngah dan makngah pulang dulu. Aku tidak boleh keluar dari rumah pakngah begitu saja.
Malamnya selepas sembahyang magrib baru Izani pergi dari rumah pakngah. Aku memerhatikan kereta izani pergi sehingga hilang dari mataku. Barulah aku masuk kembali ke dalam rumah. Entah kenapa ada perasaan bahagia di hatiku. Aku berharap sangat Izani benar-benar akan berubah. Kerana aku masih mencintainya.
Rasa tak sabar nak menunggu pakngah dan makngah balik. Tapi aku juga terasa takut kalau makngah dan pakngah tak benarkan aku tinggal pbersama Izani. Kerana aku datang ke sini dan tinggal dengan Makngah pun atas permintaan ayah dan ibuku.
Mahukah makngah membenarkan aku keluar dari rumahnya dan tinggal bersama Izani. Tentu makngah akan memberitahu pada ayah dan ibuku nanti. Bolehkah makngah merahsiakan hal ni pada ayah dan ibuku.
Selapas kedatangan izani pada pertama kali ke rumah makngah,izani kerap datang menemuiku. Selalunya izani akan singgah bertemuku bila ia pulang dari kerja. Izani juga akan makan dulu bersama aku,Hidayah,Firdaus dan makcik Hasnah sebelum balik ke rumahnya.
-------------
Hari ini pakngah dan makngah akan pulang dari luar negara. Tengahari selepas menghantar Hidayah balik ke rumah,petangnya Firdaus pergi pula ke lapangan terbang untuk mengambil makngah dan pakngah.
Setengah jam kemudian Firdaus pun sampai bersama pakngah dan makngah. Hidayah la paling gembira dengan ke pulangan ke dua orang tuanya. Aku telah memberitahu pada Izani supaya tidak datang berjumpaku hari ini kerana pakngah dan makngah akan pulang hari ini. Pakngah dan makngah pun masuk ke dalam rumah.
"Zati mari sini, makngah ada belikan barang untuk Zati." kata makngah. Aku pun mendekati makngah dan mengambil barang tersebut.
"Mak,untuk Dayah tak dak ke?" tanya Hidayah.
"Untuk Dayah pun ada juga ni. Mai sini" kata makngah. Dayah pun mendekati makngah sambil tersenyum-senyum.
"Ayah nak masuk bilik dulu nak bersihkan badan" kata Pakngah. Pakngah pun berjalan menuju ke biliknya.
"Ayah malam ni kita makan sama-sama" kata Hidayah.
"Ya la" kata pakngah.
"Mak pun nak masuk bilik juga ni. Dayah kamu tolong kemas barang-barang ni" kata makngah. Lalu makngah pun mengikuti pakngah berjalan ke bilik.
Aku pun membantu Dayah mengemas barang-barang yang di bawa oleh makngah. Malamnya kami makan malam bersama. Selesai makan aku pun membantu makngah mengemas bekas makan di atas meja dan mencucinya.
Malam selalunya selepas siap masak makcik Hasnah akan pulang ke rumahnya. Jadi bila selesai makan malam aku dan makngah yang akan mengemasnya.
"Makngah, Zati nak minta pendapat makngah tentang sesuatu boleh" kataku.
"Boleh, tapi tentang apa ni." kata makngah. Makngah duduk di bangku meja makan sambil memadang ke arahku.
Aku pun duduk di bangku sebelah makngah.
"Tentang suami Zati" kataku.
"Kenapa dengan suami Zati, dia ada berhubung dengan Zati ke?" kata makngah.
"Ya ,Zati masih berhubung dengan dia, suami Zati kata dia nak berubah. Dia dah tinggalkan perkara yang di larang tuhan tu" kataku.
"Zati percaya cakap dia" kata makngah.
"Zati percaya cakap suami Zati. Suami Zati tu pun sekarang tinggal di negeri ni juga."kataku.
"Mesti suami Zati ada jumpa Zati kan" kata makngah.
"Ya,kami selalu berjumpa, makngah boleh rahsiakan perkara ni pada ayah dan mak tak." kataku.
"Tapi ayah zati dah amanahkan pada makngah untuk jaga Zati di sini." kata makngah.
"Dia masih suami zati yang sah. Dan seharusnya zati menunaikan tanggungjawab sebagai isteri". kataku.
"Ok la. Zati boleh tinggal dengan suami Zati. Tapi dengan syarat tiap-tiap minggu zati dan suami kena datang ke rumah makngah." kata makngah.
"Terima kasih makngah" kataku sambil memeluk tubuh makngah.
"Makngah tahu Zati memang perlukan suami di sisi.Lagi pula sekarang ni Zati tengah mengandung." kata makngah. Aku tersenyum mendengar kata-kata makngah. Makngah memang faham perasaan ku.
Malamnya aku menelefon suamiku Izani untuk memberitahu apa yang makngah bagi tahu padaku tadi. Izani berjanji esok ia akan datang mengambilku di rumah makngah. Aku berharap sangat Izani benar-benar meninggalkan semua perkara terpesong yang pernah ia lakukan dulu.
Share this novel