Bab 12

Romance Completed 17198

Hari ini sabtu jadi Hidayah tak sekolah. Jadi aku dan Hidayah rancang nak pergi menonton wayang. Hidayah dah memberitahu kedua orang tuanya tentang kami akan pergi menonton wayang hari ini. Dan makngah dan pakngah pun mengizinkan tapi kena di temani oleh Firdaus.

Aku,Hidayah dan Firdaus pun pergi menonton wayang bersama. Selepas menonton wayang kami singgah makan sekejap. Kemana saja aku dan Hidayah pergi Firdaus akan mengikuti kami berdua. Aku pun macam dah terbiasa dah sekarang ni dengan Firdaus.

Usai makan kami bertiga pun ingin keluar dari tempat kami makan. Tiba-tiba ada seorang lelaki menegur Firdaus.

"Hai,Firdaus lama tak nampak. Sekali jumpa siap bawa awek 2 orang lagi" kata lelaki tersebut.

"Ni bukan awek aku la. Ni anak bos aku" kata Firdaus.

"Oo. Ok la aku kena pergi dulu ni ada hal sikit" kata lelaki tersebut. Aku dan Hidayah memerhatikan saja mereka berdua.

Selepas lelaki tersebut pergi kami pun beredar dari situ.

"Ada nak pergi mana- mana lagi tak atau nak balik terus ja" kata Firdaus.

"Kak Zati rasa nak pergi mana lagi?" tanya Hidayah.

"Dekat sini jauh tak nak pergi pantai?" tanyaku.

"Tak jauh mana dalam 20 minit sampai la" kata Firdaus.

"Kalau macam tu jom la pergi, lagi pun awal lagikan"kataku.

"Ok," kata Firdaus.

Kami pun masuk ke dalam kereta. Dan Firdaus pun menghidupkan enjin lalu memandu menuju ke arah pantai. Sampai saja di kawasan pantai kami bertiga pun keluar dan mencari tempat yang sesuai untuk duduk.

Sudah dapat tempat yang sesuai kami pun duduk. Dalam perjalanan tadi kami ada singgah di gerai membeli sedikit makanan ringan. Firdaus membawa makanan ringan di tangannya menuju ke arah aku dan Hidayah.

Hatiku terasa tenang melihat air laut terbentang luas di depan mata. Seperti hilang semua masalahku. Indah sungguh ciptaan tuhan.

"Kak Zati kalau dapat main air laut ni lagi seronokkan. Tapi tak dak bawa baju salinan dengan kain tuala la pulak" kata Hidayah.

"Ala bila-bila boleh datang pulak. Air laut ni tak akan kering la" kataku.

"Betul tu, hari ini kita tengok pemandangan ja la. Nanti bila datang lagi sekali baru mandi air laut pulak" kata Firdaus.

"Ok, minggu depan kita datang pulak tau" kata Hidayah.

"Minggu depan boleh ajak pakngah dan makngah sekali. Boleh berkelah dan makan-makan dekat sini" kataku.

"Betul juga tu" kata Hidayah.

Hampir satu jam kami berada di tepi pantai melihat laut dan bersembang bersama.

"Dah lewat ni,jom balik." kata Firdaus.

"Ok" kata aku dan Hidayah serentak. Lalu kami pun pergi menuju ke arah kereta.Masuk ke dalam kereta Firdaus pun menghidupkan enjin dan memandu keluar dari kawasan pantai.

Sampai di rumah sudah ada pakngah dan makngah di rumah. Tengahari tadi makngah dan pakngah pergi jemputan majlis kenduri kahwin.

Aku dan Hidayah pun masuk ke dalam rumah. Manakala Firdaus selepas keluar dari kereta terus pergi ke belakang rumah. Belakang rumah makngah ni ada sebuah rumah yang agak kecil untuk Firdaus tinggal.

Rumah tu hanya ada 1 bilik. Tandas dan bilik air pun ada. Bila nak makan Firdaus akan ke rumah makngah. Kak Hasnah pula tak tinggal di rumah makngah. Hasnah dia ada 2 orang anak. Suami Hasnah dah lama meninggal dari anak-anaknya kecil lagi.

Dulu sebelum aku tinggal di sini bila pakngah dan makngah ada urusan jauh dan terpaksa tinggalkan Hidayah. Kak Hasnah terpaksa bermalam di rumah makngah dan pakngah untuk menemani Hidayah.

Bila aku dan Hidayah masuk ke dalam rumah. Aku melihat pakngah dan makngah berada di ruang tamu duduk di atas sofa. Aku dan Hidayah pun menghampiri makngah dan pakngah.

"Mak dan ayah dah lama ke sampai" tanya Hidayah.

"Baru ja. Tadi lepas balik kenduri mak dan ayah singgah shopping mall beli barang sikit" kata makngah.

"Makngah ,Zati nak masuk bilik dulu nak bersihkan badan" kataku.

"Dayah kamu pun pergi la bersihkan badan tu. Zati nanti selesai mandi jumpa makngah dekat sini balik. Sebab ada hal makngah dan pakngah nak bincang dengan Zati dan Dayah" kata makngah.

"Baik la makngah" kataku. Lalu aku pun pergi ke bilik untuk membersihkan badan. Selesai mandi dan sembahyang aku pun keluar dari bilik menuju ke ruang tamu untuk berjumpa makngah dan pakngah. Aku lihat Hidayah belum keluar dari bilik lagi.

"Kita tunggu Dayah dulu ya" kata makngah.
Tak lama kemudian Hidayah pun keluar dari bilik menuju ke ruang tamu. Hidayah duduk di samping makngah dan pakngah. Aku pula duduk di tepi makngah.

"Macam ni ,makngah dan pakngah akan pergi keluar negara minggu depan" kata makngah.

"Dayah nak ikut boleh" tanya Hidayah.

"Dayah tak boleh ikut sebab ni urusan kerja bukannya pergi melancong" kata makngah.

"Lagi pun Dayah tak lama lagi nak ambil ujian penting" kata pakngah.

"Berapa lama makngah dan pakngah akan berada di sana" tanyaku.

"Hampir 2 minggu makngah dan pakngah akan berada di sana nanti.Makngah harap Zati boleh la tengok-tengokkan Dayah ni" kata makngah.

"Apa la mak ni. Dayah bukan budak kecil lagi la" kata Hidayah.

"Lagi satu kalau Zati dan Hidayah nak pergi mana-mana ajak Firdaus sekali." kata Makngah.

"Baik makngah" kataku.

"Itu ja yang makngah nak bagi tahu. Tu makanan pun kak Hasnah dah siapkan letak atas meja. Jom kita pergi makan dulu" kata makngah. Lalu kami pun pergi ke arah meja makan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience