Pagi ini Afiq datang ke hospital berjumpa dengan ku untuk memberikan baju salinan untukku. Selepas menghantar pakaian Afiq pun pergi. Kerana Afiq perlu ke tempat kerja.
Selepas Afiq pergi aku pun pergi untuk mandi dan menukar bajuku. Selepas selesai membersihkan badan aku pun menunggu kembali di ruangan ICU. Aku melihat Izati masih juga belum sedar dari koma.
"Sayang bila agaknya sayang akan sedar. Tolonglah bertahan demi anak kita yang ada di dalam perut sayang. Abang cintakan sayang abang janji akan lakukan apa saja demi sayang dan demi permata hati kita." kataku sambil menyentuh tangan izati. Dan mengusap-usap perut izati. Walau pun aku sedar izati masih koma tapi aku berharap Izati akan mendengar apa yang ku ucapkan padanya.
Tak lama kemudian ayah dan ibu izati datang. Jadi aku terpaksa keluar dari tempat di mana izati di tempatkan. Kerana di icu hanya di benar 2 orang pelawat saja sekali masuk untuk melawat.
Aku pun keluar tak lama kemudian ayah mentuaku pun keluar juga. Ayah mentua keluar terus menuju ke arahku. Ayah mentuaku mengegam tangannya lalu menumbuk ke arah mukaku.
"Kerana kau ,anak aku jadi macam ni. Apa salah anak aku pada kau" Kata ayah mentuaku.
"Maafkan saya ayah. Saya tahu semua ni salah saya" kataku.
"Pergi kau jangan tunjuk muka kau dekat depan aku" kata ayah mentuaku.
"Saya tak akan pergi ,izati masih isteri saya" kata ku.
"Layakkah kau jadi seorang suami" kata ayah mentuaku sambil kakinya menendang ke arah perutku. Aku hanya membiarkan saja tindakan ayah mentua ku menumbuk dan menendangku. Kerana aku tahu dia tak sangka anaknya izati akan jadi begini. Aku pun sedar semua ini terjadi keranaku.
Tiba-tiba abang Izati yang bernama Hafis datang cuba menenangkan ayah mentuaku.
"Ayah bawa bersabar, sini kawasan hospital tak boleh bising-bising dan bergaduh" kata abang iparku.
"Kau tolong keluar dari sini dulu" kata abang iparku.
"Tapi saya nak teman isteri saya Izati" kataku.
"Kau balik la dulu! nanti datang la pula. Buat sementara waktu pergi la" kata abang ipar.
"Baiklah" kataku. Lalu aku pun melangkah kakiku pergi dari tempat itu. Aku pulang ke rumahku,sampai di rumah hatiku tak tenang kerana memikirkan keadaan Izati. Aku tak tahu kenapa semua ini terjadi padaku.
Aku sayangkan isteriku Izati. Aku masih belum mampu untuk membahagiakan nya. Kenapa bukan aku yang sakit dan kena tembakan. Kenapa harus Izati menangung ke semua kesalahan aku.
Setiap kali sembahyang aku tak berhenti berdoa kesembuhan buat isteriku dan anak yang dikandungkan isteriku. Aku berharap tuhan akan memakbulkan doaku.
Setiap doaku hanya untuk 2 permata hatiku, Isteriku dan bakal anakku. Aku tak akan jemu untuk berdoa untuk mereka berdua.
Petangnya aku kembali semula ke hospital untuk melihat perkembangan Izati isteriku. Aku melihat di depan pintu icu sudah tidak ada ayah dan ibu mentuaku. Aku pun masuk dan pergi ke tempat izati di tampatkan. Aku melihat ada abang izati bernama Hafis di sisi katil izati.Aku menghampiri katil Izati dan mata Hafis memadangku.
"Mari ikut aku keluar, ada hal aku nak bincang dengan kau". Kata Hafis.
Aku pun mengikut Hafis keluar dari bilik icu itu. Di luar kami pergi ke tempat yang tidak ramai orang.
"Ada apa yang abang nak bincangkan" kataku.
"Kau betul-betul nak berubah menjadi lelaki sesungguhnya." tanya Hafis.
"Demi tuhan saya betul-betul nak berubah. Saya tahu apa yang saya lakukan dulu tu salah.Saya terlalu ikut nafsu" kataku.
"Tadi doktor bagi tahu anak di dalam kandungan izati terpaksa di lahirkan secara pembedahan. Demi untuk menyelamatkan ibu dan anak. Jadi aku mahu kau jaga anak tu baik-baik" kata Hafis.
"Bila doktor akan lakukan pembedahan tu" tanyaku.
"Nanti doktor akan berjumpa dengan kau sendiri. Kerana kau suami Izati hanya kau yang boleh beri persetujuan tentang pembedahan itu" kata Hafis.
"Tak pa,saya akan lakukan apa saja demi Izati dan anak kami" kataku.
"Aku nak balik, Tolong jaga Izati dengan baik." kata Hafis.
"Baiklah" kataku.
Selepas itu Hafis pun pergi, sementara aku masuk kembali ke tempat Izati berada. Aku duduk di bangku di sisi katil izati terbaring. Aku menyentuh tangannya dan tangan sebelah ku pula akan menyentuh perut Izati. Aku tersenyum kerana dapat merasakan anak di dalam perut izati bergerak.
Tak lama kemudian seorang doktor datang pada ku untuk memberitahu tentang keadaan izati. Seperti yang Hafis bagi tahu doktor memberitahu ku. Untuk keselamatan anak dan ibu, anak dalam kandungan Izati terpaksa di lahirkan awal dari jakaan yang sepatutnya.
Bermakna anakku akan lahir pramatang. Kemungkinan anakku akan berada agak lama di wad NCU nanti. Doktor memberitahu risiko-risiko yang bakal terjadi. Dan doktor juga memberi aku borang persetujuan untuk melakukan pembedahan pada Izati. Lalu aku pun sain borang tersebut untuk setuju Izati melakukan pembedahan melahirkan anak kami.Doktor memberitahu esok pagi baru izati akan melakukan pembedahan itu.
-----------------
Pagi ini seperti yang di jadualka izati akan melakukan pembedahan untuk melahirkan anak kami berdua. Awal pagi keluarga izati pun sampai. Dalam pukul 9.00 pagi jururawat pun menolak katil izati ke arah tempat pembedahan.Aku dan keluarga izati menunggu di luar pintu tempat izati melakukan pembedahan.
Hampir 2 jam kami menunggu. Hati aku jangan kata berdebar-debar menunggu doktor keluar untuk tahu bagai mana keadaan izati.
Tak lama kemudian jururawat memanggil waris Izati dan aku dan keluarga izati pun datang ke arah jururawat tersebut. Aku dan Izati dapat anak perempuan. Aku pun di minta mengazankan dan iqamat pada anakku. Aku pun pergi ke arah anakku di letakkan.
Anak perempuan ku di letakkan di wad NCU untuk pemantauan. Sementara Izati di letakkan di ICU untuk pemantauan buat sementara waktu ini.
--------------
Sudah hampir 2 bulan Izati masih belum sedar dari komanya.Izati juga sudah tidak berada di ICU,sudah di letakkan di wad biasa. Manakala anak perempuan kami yang aku beri nama Nur Afifah telah boleh keluar dari hospital. Kerana aku ayah pada Afifah jadi aku lebih berhak untuk menjaga Afifah.
Aku la yang menguruskan Afifah. Aku pun sudah mula bekerja kembali,setiap pagi jika aku pergi kerja aku akan menghantar Afifah ke rumah Afiq. Kerana aku mengupah isteri Afiq sebagai pengasuh Afifah anakku. Lagi pun isteri Afiq tidak bekerja.
Setiap kali balik kerja aku akan pergi melihat Izati di hospital. Setiap kali aku datang berjumpa Izati aku akan bercakap dan meluah perasaan aku padanya. Pada sabtu dan ahad aku akan membawa Afifah untuk melawat Izati. Aku akan meletakkan Afifah di sisi Izati.
Share this novel