Hari ini aku pergi bekerja seperti biasa. Aku selalu akan menemani Izati ke klinik. Aku akan dapat ingat tarikh untuk izati pergi ke klinik ibu mengandung. Dengan menemaninya di klinik aku dapat bersama dengannya.
Aku tahu Izati sangat marah padaku kerana tidak datang mengambil dirinya di rumah makngahnya pada hari yang ku janjikan. Sebenarnya aku sendiri tidak tahu bagai mana ingin memberitahu Izati.
Kerana aku takut dia akan makin banyak salah faham tentang ku nanti. Ialah semuanya gara-gara cara hidupku yang salah pada waktu. Dan aku terus di hantui oleh Azlan. Aku mahu izati menenangkan hatinya dahulu.
Pagi ini aku ada masyuarat penting di tempat kerjaku. Tentang membincangkan tentang projek kerjasama ku. Projek itu sudah pun di mulakan dan agak lancar juga. Hanya saja modalnya terlebih sikit dari pengiraan. Hari ini kami akan menyusun kembali apa yang patut untuk projek tersebut.
Usai habis mesyuarat sudah tengahari. Afiq mengajak aku pergi makan di sebuah kedai makan yang tak jauh dari bangunan tempat kami bekerja. Sedang sedap aku tengah makan dengan Afiq, telefon pintar ku berdering. Aku melihat di skrin telefon dan melihat nombor telefon yang aku tidak kenali. Aku pun mengabaikan panggilan tersebut.
Habis makan aku dan Afiq pun kembali ke bangunan tempat aku bekerja. Dari kedai makan,dalam kereta dan sampai di pejabat ku. Deringan telefon selalu saja berbunyi dengan nombor yang sama.
"Kenapa tak angkat telefon tu" tanya Azlan.
"Aku tak kenal nombor ni. Tu yang malas nak angkat" kata ku.
"Mungkin isteri kau yang telefon pakai nombor lain. Nanti menyesal pula kalau tak angkat" kata Afiq.
"Betul juga,nanti kalau bunyi lagi baru aku angkat" kataku.
Tak lama kemudian telefon pintarku berbunyi lagi. Lalu aku pun menjawab panggilan tersebut.
"Hello" jawabku
"Hello, ini encik Izani kan" kata orang membuat panggilan itu.
"Ya saya Izani, ada urusan apa ni" tanyaku.
"Aku cuma nak bagi tahu dekat kau. Isteri kau ada di tempat kami sekarang, kalau nak isteri kau selamat datang jumpa kami sekarang. Dan jangan sekali-kali kau bagi tahu pada polis. Kalau tak kau hanya akan berjumpa dengan mayatnya saja." kata lelaki tersebut di dalam telefon.
"Kau jangan apa-apa kan isteri aku" kataku.
"Kau tentu nak dengar suara isteri kau kan" kata lelaki tersebut dan aku mendengar suara isteri di dalam telefon menjerit.
"Abang tolong Zati!" kata Izati.
"Kau nak apa sebenarnya, tolong lepaskan isteri aku" kataku.
"Aku nak kau sediakan duit sebanyak seratus ribu ringgit. Hantar di tempat yang akan aku berikan lokasinya nanti"kata lelaki tersebut.
" Baiklah aku akan cuba sediakan" kataku. Lalu lelaki tersebut memutuskan panggilan.
Kebetulan semasa aku menjawab pangilan telefon dari lelaki tersebut. Ada Afiq di depanku dan dia mendengar segala yang aku cakapkan dengan lelaki yang membuat panggilan tersebut.
"Kau nak buat apa sekarang ni" tanya Afiq.
"Aku akan cuba cari duit sebanyak yang ia minta untuk selamatkan isteri aku" kataku.
"Bahaya,kau tak mahu bagi tahu polis" kata Afiq.
"Tak payah,aku tak mahu isteri aku terjadi apa-apa." kataku.
"Aku takut ini hanya perangkap saja. Bila dia dah dapat duit, aku risau isteri kau masih tak boleh lepas juga" kata Afiq.
"Aku tak peduli,yang penting aku akan selamatkan isteri aku" kataku. Sambil aku pun berjalan keluar dari ruangan pejabat meninggal kan Afiq.
Aku menelefon kakak ku meminta kakak ku transfer kan duit di akaun ku sebanyak seratus ribu ringgit.
"Hello, kak nak minta bantuan sikit" kataku.
"Bantuan apa"tanya kakak ku.
"Zani nak minta kak tolong transfer kan duit sebanyak seratus ribu ringgit dalam akaun Zani." kataku.
"Kenapa nak pakai duit banyak sangat tu" kata kakak.
"Modal untuk projek dekat negeri tak cukup banjet. Jadi kena tambah lagi seratus ribu ringgit lagi " kataku memberi alasan.
"Kak rasa kalau seratus ribu ringgit tak boleh. Tapi setakat enam puluh ribu ringgit tu boleh la" kata kakak.
"Tak pa enam puluh ribu ringgit pun boleh" kataku.
"Ok,nanti kak akan transfer kan duit tu" kata kakak.
"Terima kasih kak" kataku lalu kami pun memutuskan panggilan.
Dalam 1 jam kemudian kakak ku menghantar whatsap memberitahu bahawa duit sudah di transfer ke akaun ku. Lalu aku pu pergi keluar dari bangunan tempat ku kerja. Dan aku menaiki kereta lalu memandu ke arah bank untuk mengeluarkan duit.
Selesai mengeluarkan duit tersebut aku pun pergi memandu ke arah rumahku. Sampai di rumah aku terus mencari beg kecil untuk meletakkan duit tersebut.
Duit itu tidak cukup seratus ribu ringgit. Aku hanya dapat dalam lapan puluh ribu ringgit sahaja. Duit simpanan ku hanya tinggal dalam dua puluh ribu ringgit sahaja. Manakala kakak ku transfer duit hanya sebanyak enam puluh ribu ringgit sahaja.
Walau pun tidak cukup aku akan tetap pergi dan akan menipu pada mereka seolah-oleh duit itu cukup. Ini saja jalan yang aku ada.
Aku ingat semua masalah aku akan selesai. Tapi rupanya ada masalah lain pula yang timbul. Aku sendiri tidak tahu ada permusuhan aku dengan orang tersebut.
Aku mengharap mereka tidak melakukan sesuatu yang buruk pada Izati dan juga kandungannya. Aku menunggu panggilan atau pesanan dari lelaki tersebut dengan perasan tak keruan. Kerana aku terasa agak lambat masa berjalan.
Agak petang dalam pukul 6 aku dapat pesanan dari whatsap memberitahu di mana lokasi yang harus aku pergi untuk perjumpa isteriku. Aku cepat-cepat mengambil kunci kereta dan membuka pintu rumah. Selepas itu aku terus menuju ke keretaku.
Lalu aku menghidupkan enjin dan memandu ke arah lokasi yang di berikan. Hatiku tidak habis bermohon pada tuhan supaya isteriku dan kandungan nya selamat.
Hampir 1 jam perjalanan aku pun sampai di lokasi yang di beritahu . Semasa sudah sampai aku melihat kawasan ini hanya sebuah bangunan tinggal dan agak terserok sedikit.
Kawasan ini pun di kelilingi oleh pokok-pokok hutan dan agak sunyi tempatnya. Lalu aku pun melangkah masuk ke dalam bangunan di depanku.
------++++++++++
Share this novel