"Bagaimana caranya untuk kita memberitahu Tengku Aiwaa?" Soal salah satu dayang yang kelihatan gelisah.
"Saya pun tidak tahu, sejujurnya saya sedikit takut." Jawab seorang lagi dayang istana.
"Saya juga, apa kata kalau kamu sahaja yang memberitahu Tengku Aiwaa."
"Kamulah."
"Kamu!"
Kata mereka bertengkar mulut sesama sendiri dan saling tolak-menolak.
"Dayang, mengapakah kalian berdua bergaduh dan tolak menolak?" Soal Tengku Aufaa.
"Per-permaisuri! Ampun Tuanku, maafkan patik berdua. Patik tidak perasan akan kehadiran tuanku." Kata mereka.
"Tidak mengapa! Jadi, apakah yang sedang berlaku di antara kalian berdua?" Soal Tengku Aufaa lagi.
"Sebenarnya tuanku, patik berdua berasa takut untuk memaklumkan peringatan kepada Tengku Aiwaa tentang majlis pada malam ini kerana Tengku Aiwaa terlihat seperti sedikit murung" Kata salah seorang dayang.
"Oh begitu, tidak mengapa biar beta sahaja yang memberi peringatan kepada puteri beta itu tentang majlis malam ini. Kamu berdua boleh beransur." Ujar Tengku Aufaa sambil tersenyum.
"Baik tuanku, patik berdua beransur dahulu." Kata dayang sambil membongkokkan sedikit badan mereka. Tengku Aufaa mendapatkan puterinya yang masih lagi melihat keindahan laman istana.
"Anakanda sayang, apa yang anakanda fikirkan sehingga boleh murung sebegini?" Soal Tengku Aufaa kepada Tengku Aiwaa.
"Murung? Ma-mana ada bonda" Kata Tengku Aiwaa menyangkal kenyataan Tengku Aufaa.
"Aiwaa, walaupun kita baru berjumpa. Tapi, bonda kenal sangat dengan Aiwaa. Selalunya Aiwaa akan tersenyum dan banyak membebel. Hari ni puteri bonda banyak berdiam diri, kenapa? Ada apa-apa yang Aiwaa nak kongsikan dengan bonda? Dayang sampaikan takut nak ingatkan Aiwaa tentang majlis malam ni disebabkan Aiwaa murung. Ke Aiwaa ada marah ataupun buat muka garang dekat mereka?" Soal Tengku Aufaa mengusik anaknya itu.
"Eii bonda! Mana ada Aiwaa buat muka garang, inikan pula nak marah mereka. Murung tu adalah sikit hehehe" Kata Tengku Aiwaa sambil tersengih.
"Jadi betullah Aiwaa murung! Cuba cerita dekat bonda, kenapa?" Soal Tengku Aufaa ingin mengetahui.
"Sebenarnya bonda, Aiwaa tak sukalah dengan majlis-majlis semua ni. Majlis malam ni pulak untuk memaklumkan pada seluruh negara Eritrea tentang kepulangan Aiwaa kepada pangkuan bonda dan ayahanda. Mesti kamera asyik tertumpu dekat Aiwaa yang cantik inikan? Hah! Itu yang Aiwaa tak suka tu bonda" Ujar Tengku Aiwaa mengeluh berat.
"Haih budak ni, itu yang difikirkannya! Bonda punyalah ingat Aiwaa tak suka duduk dengan kami semua dekat sini" Kata Tengku Aufaa.
"Apa yang bonda cakapkan ni? Mestilah Aiwaa suka duduk dengan semua dekat sini. Cuma, Aiwaa malulah nak tunjuk kecantikkan Aiwaa Syiraz dekat rakyat jelata" Kata Tengku Aiwaa tergelak kuat dengan kata-katanya.
"Hahaha. Tak adalah bonda, Aiwaa bergurau aje. Aiwaa cuma risau, boleh ke rakyat Eritrea ni terima Aiwaa sebagai salah seorang puteri di sini. Maklumlah Aiwaa inikan dibesarkan di kampung, takut mereka semua tak boleh terima Aiwaa" Bicara Tengku Aiwaa sambil menghela nafas panjang.
"Kau jangan nak merepek boleh? Suka sangat buat andaian sendiri! Mana kau tahu yang rakyat tak terima kau? Cuba Tengku Aiwaa husnuzon sikit, ini tidak. Belum apa-apa dah suudzon. Apalah! Buka minda kau tu luas-luas sikit Aiwaa, jangan sempit sangat fikiran tu!" Tegas Tengku Aibaaq.
"Betul kata abang tu Aiwaa, Aiwaa kena bersangka baik. Dah, sekarang ni bonda nak Aiwaa pergi mandi, siap-siap ambil wudhu' kemudian bersiap untuk majlis malam nanti. Jangan fikir yang bukan-bukan lagi. Dengar ke tidak Tengku Aiwaa?" Sengaja Tengku Aufaa menegaskan suaranya.
"Dengar, bonda" Kata Tengku Aiwaa kemudian berlalu pergi. Tengku Aufaa mengenyitkan matanya kepada Tengku Aibaaq tanda berterima kasih.
*****
Aiwaa semakin resah-gelisah apabila dia tiba di bilik rehat diraja sementara menunggu majlis pada malam ini bermula yang bertempat di Balairong Seri, Istana Eritrea.
Jantungnya berdebar kencang menantikan detik-detik di mana dirinya akan diperkenalkan kepada seluruh warganegara Eritrea.
"Hey girl, mengapakah kamu kelihatan begitu resah? Gementar ya?" Soal Tengku Nasya kepada Aiwaa.
"Kak Nasya! Apa yang Aiwaa patut buat? Aiwaa gementar sangat ni! Jantung macam nak terkeluar, tangan pulak bukan main menggigil lagi." Ujar Tengku Aiwaa. Tengku Nasya memegang tangan Tengku Aiwaa dan cuba untuk menenangkan adiknya itu.
"Aiwaa janganlah gementar, Kak Nasya dah agak dah mesti Aiwaa akan ada perasaan macam ni. Aiwaa jangan risau tau sebab Kak Nasya akan masuk ke Balairong Seri tu sama-sama dengan Aiwaa. Cuma Aibaaq aje yang tak masuk sama-sama dengan kita." Kata Tengku Nasya.
"Betul ke ni Kak Nasya?" Soal Tengku Aiwaa teruja.
"Betul!" Jawab Tengku Nasya ringkas.
"Yeay, thank you!" Aiwaa memeluk kakaknya, sungguh dia gembira. Rasa resah-gelisah terus lenyap begitu sahaja.
*****
KEBERANGKATAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA ERITREA TUNKU MAHKOTA TENGKU AIBAAQ PUTERA WAAIL IBNI AL-SULTAN AATHIF PUTERA WAQQAS.
Aibaaq memasuki Balairong Seri dan menuju ke singgahsana yang disediakan khas bagi Pemangku Raja lalu bersemayam di singgahsananya itu sementara menunggu kemasukkan keluarganya yang lain.
KEBERANGKATAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA RAJA AATHIF PUTERA WAQQAS IBNI AL-MARHUM AALAM PUTERA WAHNAN DAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI TENGKU INDRA AUFAA HEZREENA BINTI AL-MARHUM TENGKU ANDRA ARQAM HAZREEN.
Kini tiba pula giliran di mana ayahanda dan juga bonda di jemput untuk masuk ke dalam Balairong. Hati Aiwaa kembali gelisah namun dengan pantas Tengku Nasya memberikan kata-kata semangat kepada Aiwaa. Dia memegang erat tangan adiknya itu.
"Lepas ni giliran kita, tarik nafas dan hembus. Tenang, jangan gelabah! Kak Nasya ada dengan Aiwaa. You can do this! chaiiyokk!" Ujar Tengku Nasya meyakinkan Tengku Aiwaa.
"In Syaa Allah!" Ringkas jawabnya.
KEBERANGKATAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TENGKU SULUNG TENGKU AITHAFUN'NASYA PUTERI WARDAH IBNI RAJA AATHIF PUTERA WAQQAS.
KEBERANGKATAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TENGKU MUDA TENGKU AIWAA SYIRAZ PUTERI WAFA ATAU NAMA SEBENAR BAGINDA TENGKU MUDA TENGKU AITHAFUN'NAINA PUTERI WAFA IBNI RAJA AATHIF PUTERA WAQQAS.
"Jom!" Ajak Tengku Nasya kepada Tengku Aiwaa. Tengku Aiwaa menganggukkan kepalanya tanda dia sudah bersedia.
"Bismillahirrahmanirrahim." Tengku Aiwaa menghelakan nafas panjang.
Ramai mata memandang tepat ke arah Tengku Aiwaa serta Tengku Nasya. Kamera juga tertumpu kepada mereka berdua. Tengku Aiwaa menguntumkan satu senyuman yang cukup-cukup manis.
Share this novel