Bab 23

Family Completed 2180

"Mustahil! Mana mungkin yang Syiraz itu adalah dia. Syiraz membesar dengan kedua orang tuanya. Bahkan, dia jugak berbinti Abdul Warith. Jadi, tersangatlah mustahil!" Kata Tengku Aufaa menidakkan ia.

"Wahai permaisuri hati beta, tiada apa yang mustahil didalam dunia ini seandainya Allah itu berkehendak. 'Kun Fayakun' kalau Allah kata jadi maka jadilah ia tapi jika ditelusuri kembali, ianya tidaklah mustahil kerana anak kita juga mempunyai alahan yang sama dan umur anak kita juga kalau diikutkan memang sebaya dengan Syiraz" Ujar Raja Aathif sambil menyirup coffee latte.

"Hah! Aufa tahu! Jom, abang! Kita kena pergi Costa Rica sekarang jugak untuk mendapatkan jawapan" Tengku Aufaa tersenyum manis.

"Tapi sayang, dah nak maghrib ni. Lagi pun abang tengah menikmati air kegemaran abang ni" Kata Raja Aathif kepada isterinya.

"Kita berhenti solat dekat mana-mana masjid sewaktu dalam perjalanan ya, abang? Tentang air tu abang minumlah dulu, Aufaa pergi bersiap sekejap. Aufaa kalau bersiap ambil masa yang lama. Kan, abang?" Soal Tengku Aufaa tersengih.

"Tahu tak apa!" Raja Aathif kembali menikmati coffee lattenya itu.

*****

Bugatti La Voiture Noire Matte Black kini berada dihadapan sebuah banglo yang cukup mewah kepunyaan salah seorang daripada kerabat diraja Eritrea iaitu Tengku Adzham dan juga isterinya Tengku Marissa.

"Abang rasa, betul ke apa yang kita buat ni?" Soal Tengku Aufaa sedikit gugup.

"Sayang, sayang jangan bergurau macam ni. Kita dah sampai depan rumah Adzham tau." Tercengang Raja Aathif dibuatnya.

"Bukan macam tu, jantung Aufaa ni berdegup kencang lain macam aje. Bagaikan mahu berjalan keluar dari badan" Kata Tengku Aufaa.

"In Syaa Allah tak ada apa-apa, kita serahkan semuanya pada Allah SWT. Tapi walau apa sekalipun jawapannya, abang tak nak sayang terlalu berharap. Bukan apa, abang takut sayang akan kecewa pulak nanti" Nasihat Raja Aathif buat Isterinya itu.

"In Syaa Allah, Aufaa akan berusaha untuk menerima apa jua kenyataan yang bakal berlaku" Bicara Tengku Aufaa sambil menarik nafas dalam-dalam.

"Jom masuk!" Raja Aathif berjalan sambil menuntun lembut tangan isterinya. Sebagai tanda memberi kekuatan.

*****

Aiwaa sedang ralit mengulang kaji pelajaran yang dia pelajari di sekolah, dia menumpukan sepenuh perhatiannya ketika ini. Dia berazam untuk menjadi salah seorang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan IGCSE. Niat di hati untuk membanggakan kedua orang tua kandungnya, tapi apakan daya sehingga ke detik ini dia tidak mengetahui sama ada keluarganya masih hidup ataupun tidak. Sudah menjadi lumrah kehidupan seorang anak dalam mendoakan kesejahteraan ibu bapanya, walau sejahat mana sekalipun mereka.

'Tok! Tok!'

Terdengar ketukan dari arah pintu bilik, dia segera bangun dari duduknya untuk membuka pintu itu. Kelihatan Tengku Marissa di muka pintu. Dia menyambut kehadiran Tengku Marissa dengan senyuman yang manis.

"Ya, Tengku Marissa! Boleh saya bantu?" Aiwaa Syiraz membuat gaya seperti seorang pramusaji yang sedang menyambut tetamu.

"Budak bertuah! Sejak-sejak dah pandai senyum ni, ada aje idea dia tau. Tapi mama suka dengan Syiraz yang ini" Puan Marissa menggelengkan kepalanya melihat telatah anak daranya yang satu ini.

"Sayang, jom turun bawah. Bonda dan ayahanda datang, mereka kata nak jumpa dengan Syiraz. Mama tengok macam ada perkara penting aje yang mereka mahu katakan, tapi tak tahulah. Mama cuma meneka dari raut wajah mereka berdua aje" Kata Tengku Marissa tersengih.

"Okay mama! Tapi, 5 minit. Nak kemas meja tu sekejap" Aiwaa menunjukkan jari telunjuknya ke arah meja belajar yang berselerak dengan buku-buku.

"Jangan lambat sangat" Ujar Tengku Marissa. Sebaik sahaja Aiwaa membuat tabik hormat, Tengku Marissa berlalu pergi.

*****

"Kedatangan kami ni bukanlah saja-saja tetapi ada satu asbab yang membawa kami ke sini. Kami harap sangat agar kamu semua tidak terkejut dengan apa yang kami ingin katakan ini" Raja Tengku Aathif Putera Waqqas menghela nafas panjang.

"Tapi sebelum itu, bonda nak tanya Syiraz satu soalan. Soalan ni sangat penting. Sejak bila Syiraz mempunyai alahan terhadap pemakaian rantai?" Serius muka Tengku Aufaa mengemukakan soalan pada Aiwaa.

"Sejak dari kecil" Jawab Aiwaa.

"Okay. Perkara yang kami ingin beritahu ini kemungkin besar bunyinya tidak masuk akal dan agak mustahil. Tapi ini firasat seorang ibu, betul atau salah wallahua'lam. Hati bonda kuat mengatakan yang Syiraz ini adalah anakanda bonda dan ayahanda yang hilang 16 tahun yang lalu" Agak Tengku Aufaa.

"Apa!" Jerit mereka serentak akibat terkejut dengan apa yang mereka dengari sebentar tadi.

"Betul ke apa yang Kak Aufaa katakan ni? Akak dengan Abang betul-betul pasti yang Syiraz ini dia?" Soal Tengku Adzham inginkan kepastian.

"Sebab itulah kami datang ke sini untuk memastikan sesuatu, sama ada ianya benar Syiraz adalah anakanda kami ataupun bukan" Jawab Raja Aathif.

"Bagaimanakah cara untuk ayahanda dan bonda ingin memastikan?" Soal Tengku Armel dengan muka yang berkerut.

"Caranya adalah dengan melihat rambut Syiraz secara keseluruhannya" Mereka kelihatan bingung.

"Maksudnya macam mana tu bang?" Soal Tengku Adzham tidak mengerti.

"Sewaktu anakanda kami itu dilahirkan rambut dia lebat. Namun, yang membezakan dia dengan bayi yang lain adalah seikat rambut dari rambutnya itu berwarna merah. Macam kita warnakan rambut tapi hanya seikat aje. Sedangkan kami tidak mewarnakan rambut dia, takkan baru lahir kita nak warnakan rambut dia pulak? Betul tak?" Terang Tengku Aufaa mengenai keadaan anakandanya itu sewaktu masih bayi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience