"Assalamualaikum. Oh Assalamualaikum" Sapa seorang lelaki dengan riang namun tiada balasan.
"Aik! Tak ada orang? Mana semua orang pergi ni? Hello! Ada orang tak?" Soal lelaki yang berkaca mata itu lagi.
"Hah! Itulah kau. Nak buat kejutan konon. Sekali kau sendiri yang terkena. Padanlah muka kau!" Kata seorang gadis pula.
"Kejamnya kau ni bukan nak sedapkan hati aku. Tak guna betul!" Rajuk lelaki itu.
"Malas aku nak layan kau! Mak Yam! Oh Mak Yam!" Panggil gadis itu memanggil pembantu rumahnya.
"Hah! Ada pun Mak Yam! Puas Armel cari" Sergah gadis itu selepas melihat kelibat pembantu rumahnya.
"Oh mak kau! Ya Allah! Budak bertuah ni. Terkejut Mak Yam tahu tak? Dahlah Mak Yam seorang diri sekarang ni" Kata Mak Yam pada anak majikannya yang satu ini.
"Bila Armel sampai ni? Mama dengan papa tahu tak yang Armel balik? Adhwa mana? Mak Yam tak nampak pun dia dan balik ni naik apa? Kenapa tak suruh Qayyum aje yang ambil?" Soal Mak Yam sekali nafas.
"Woah! Woah! Mak Yam! Banyaknya soalan 'sejibik' macam polis pencen! Satu-satulah Mak Yamku sayang" Kata Tengku Armel lembut sambil memeluk bahu Mak Yam. Ya, nama gadis itu adalah Armel atau lebih tepat ialah Tengku Armel Ri'adz Puteri Widya. Biasalah, keturunan diraja nama memang semuanya panjang-panjang belaka.
"Soalan pertama, bila Armel sampai? Jawapannya baru sahaja. Soalan kedua, mama papa tahu tak yang Armel balik? Jawapannya adalah tidak sebab si sengal tu katanya nak buat kejutan. Rupa-rupanya dia yang terkena dengan mama, papa. Padanlah muka dia tu. Soalan ketiga pulak, Adhwa mana? Dia ada dekat atas tengah letak beg dia dengan beg Armel. Soalan keempat merangkap soalan yang terakhir, balik naik apa? Armel dengan Adhwa balik Costa Rica ni menaiki aeroplane dan kami sampai ke rumah dengan menaiki motokar berkuasa tinggi haha! Malaslah nak susahkan Qayyum itu yang naik grab aje. Puan Maryam adakah saya menjawab semua pertanyaan Puan dengan baik?" Soal Tengku Armel sambil menuang air jus mangga ke dalam gelas.
"Ish budak ni ada aje tau idea dia nak kenakan Mak Yam!" Kata Mak Yam sambil meneruskan kerjanya mengelap meja.
"Mak Yam!" Sergah Tengku Adhwa pula.
"Oi kau jatuh tergolek" Latah Mak Yam.
"Astaghfirullahal'adzim! Seorang lagi budak bertuah ni! Mak Yam rasa, Mak Yam tak lama dah ni. Boleh mati kejung Mak Yam kalau begini gamaknya! Pening aku dengan kembar dua orang ni tau. Ini sehari pun aku dah sakit jantung macam manalah keadaan aku esok lusa" Bebel Mak Yam. Mereka berdua tertawa riang.
"Hahaha maaflah Mak Yam. Adhwa janji tak ada lagi lepas ni, okay? Tapi comel gila Mak Yam tadi. Sayang, Mak Yam" Kata Tengku Adhwa memohon maaf sambil menghabiskan tawanya.
"Mak Yam, mana dia?" Soal Tengku Adhwa sambil melilau mencari seseorang.
"Yang mana satu? Ada dua orang yang sepatutnya kamu cari?" Kata Mak Yam sambil tergelak kecil. Tengku Armel juga turut sama.
"Alaa Mak Yam ni! Sudah geharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. Dua-dualah Mak Yam. Mana mereka?" Soal Tengku Adhwa lagi.
"Haih! Gelojohlah kamu ni Adhwa! Adik kamu tu ikut tuan dengan tengku pergi shopping katanya. Melati pulak keluar sekejap dengan Mawar nak uruskan projek penulisan novel kalau Mak Yam tak silap. Kamu tahulah Melati tu suka sangat jadi penulis. Yang Mak Yam pelik, banyak pula idea dia ya. Tak habis-habis pulak tu" Mendengar kata Mak Yam membuatkan mereka berdua tergelak besar.
*****
Dikala mereka bertiga berbual tanpa mereka sedari ada tiga sosok manusia yang sedang memerhatikan mereka. Dua diantaranya kelihatan sedikit tercengang dengan apa yang mereka lihat tatkala ini. Dua insan yang amat mereka rindui kini benar-benar berada di hadapan mereka menyebabkan air mata mereka bergenang.
"My twins!" Bicara Tengku Marissa perlahan namun masih dapat didengari. Secara tidak langsung, dua insan itu memusingkan badan serentak. Sememangnya benarlah mereka ini kembar, tidak dapat dinafikan lagi.
"Mama! Papa!" Kata mereka berdua seraya mendapatkan ibu bapanya.
'Sangat erat pelukan mereka bagai tiada hari esok. Melepaskan rindulah katakan. Biarlah mereka' Kata Aiwaa didalam hati. Sedar tidak sedar Aiwaa juga mengalirkan air matanya. Sungguh dia rindu akan umi dan abinya. Apakan daya sudah suratan takdir. Allah lebih menyayangi kedua orang tuanya itu. Dia berharap putik-putik kemesraan didalam keluarga ini dapat menebarkan keharuman yang mampu melembut dan mendamaikan hatinya yang dahaga akan kasih sayang.
"Allahuakhbar! Mama terlupa sesuatu. Macam mana mama boleh terlupa!" kata Tengku Marissa sambil menepuk dahinya perlahan.
"Armel! Adhwa! Ini Mama kenalkan adik korang berdua. Syiraz namanya. Mama dengan papa harap sangat yang korang berdua boleh terima Syiraz seadanya serta dapat memberikan Syiraz kasih sayang daripada abang dan kakak. Untuk Adhwa dengan Syiraz mama harap sangat yang korang berdua pandai dalam menjaga batas masing-masing. Faham anak-anak mama?" Soal Tengku Marissa pada ketiga anak-anaknya.
"Faham Mama!" Jawab Tengku Armel dan Tengku Adhwa serentak. Aiwaa sekadar mengangguk perlahan tanda faham.
"Adik, adik boleh panggil Armel kakak okay? Mulai hari ini kakak akan menjadi seorang kakak yang mithali buat adinda tersayang. Acewah!" Kata Tengku Armel sambil berjabat tangan dengan adik perempuannya itu. Lalu memeluk Aiwaa erat. Aiwaa bagaikan tidak percaya hanya beberapa minit namun dia sudah merasakan kasih sayang yang ikhlas dari seorang kakak.
"Hai adik! Nama saya Tengku Adhwa Ri'adz Putera Wafi Bin Tengku Adzham Putera Wajdi dan awak boleh panggil saya Adhwa kacak!" Kata Tengku Adhwa sambil tangannya menyikat rambut ke belakang dengan lagak machonya.
"Adhwa Ri'adz!" Tegur Tengku Adzham dengan menaikkan nadanya seoktaf.
"Alaa Papa ni! Adhwa bergurau pun tak boleh. Semua tak oley! Hahaha okay fine! Adhwa serius! Syiraz boleh panggil Adhwa dengan panggilan abang ya. Yang kacak tu buang nanti ada orang marah pulak" Kata Tengku Adhwa perlahan seperti gaya berbisik. Namun semua yang berada di situ dapat mendengarnya dengan jelas.
"Okay" Ringkas jawapannya. Mereka berdua sudah sedia maklum dengan perangai adiknya itu. Mereka sedikit pun tidak mengambil hati. Malah sangat memahami. Kemungkinan besar masih trauma.
Share this novel