"Abang! Kakak! Adik! Cepat sikit! Nanti lambat pulak kita" Jerit Tengku Marissa memanggil ketiga-tiga anaknya.
"Ya. Sekejap ma!" Balas Tengku Armel. Mereka bertiga menuruni tangga sambil membawa beg pakaian bersama. Mereka bercadang mahu menginap di rumah Tengku Alma untuk satu malam. Ingin meluangkan masa bersama-sama katanya.
"Kenapa lambat sangat ni?" Soal Tengku Marissa sedikit marah.
"Ni, cermin mata abang tak jumpa tadi. Itu yang adik dengan kakak tolong abang cari. Alhamdulillah dah jumpa! Kalau tak ada cermin mata ni, habislah Abang dah tak macho" Kata Tengku Adhwa sambil membuat gaya lagaknya.
"Macam-macamlah korang ni, dah jom. Papa dah tunggu dalam kereta tu" Ujar Tengku Marissa.
"Okay, mama!" Kata mereka seraya menuju ke kereta.
"Melati, kunci pintu ya. Tunggu Abang Adhwa balik tau!" Kata Tengku Adhwa sambil mengenyitkan matanya.
"Okay" Kata Melati tersipu malu.
"Tengku Adhwa Ri'adz! Apa lagi tu?" Jerit Tengku Marissa kepada anak bujangnya itu.
"Ya, ma. Sekejap! Okay bye Melati kesayangan beta!" Kata Tengku Adhwa seraya melayangkan flying kiss sebelum berlalu menaiki kereta.
"Bye" Kata Melati perlahan lalu mengunci pintu.
Ford Ranger yang telah diubah suai laju membelah jalan menuju ke destinasi yang ingin ditujui.
*****
"Assalamualaikum"
Jelas kedengaran orang memberi salam, Tengku Aibaaq pantas membuka pintu.
"Waalaikumussalam, masuklah jangan malu-malu. Buat macam rumah sendiri, ya" Kata Tengku Aibaaq tertawa sambil menyalami bapa saudaranya itu.
"Amboi Baaq! Kemain lagi" Kata Tengku Alma kepada anak buahnya yang seorang itu.
"Hahaha. Aibaaq mewakili Aunty Su. Janganlah marah nanti cepat tua tau" Kata Tengku Aibaaq sambil mengusik Tengku Alma.
"Yalah" Kata Tengku Alma malas.
"Abang Aathif! Ni Am perkenalkan, anak bongsu Am. Syiraz namanya" Ujar Tengku Adzham memperkenalkan Aiwaa kepada abangnya.
"Oh! Jadi inilah Syiraz tu. Cantik manis orangnya" Kata Raja Aathif. Aiwaa mengangguk lalu senyuman mesra terukir dibibirnya.
"Macam Armelkan, ayahanda?" Soal Tengku Armel.
"Taklah. Macam ayahanda aje!" Kata Raja Aathif. Kedua tangannya diletakkan di bawah dagu sambil mengelipkan mata membuat muka comel. Mereka tertawa melihat gelagat Raja Aathif, Aiwaa mengetap bibir tersenyum.
*****
Usai sahaja mereka selesai makan dan mengemas, mereka duduk berkumpul di ruang tamu. Ada sesuatu yang ingin Tengku Aufaa beri pada mereka semua.
"Bonda nak bagi hadiah dekat semua, siapa nak?" Soal Tengku Aufaa gembira.
"Nak!" Kata Tengku Adhwa riang.
"Nak!" Kata Tengku Aibaaq juga.
"Okay! Kalau nak, cepat suruh semua berkumpul. Bonda tak nak ada seorang pun yang tertinggal" Kata Tengku Aufaa. Tengku Aibaaq dan Tengku Adhwa mengumpulkan semua orang di ruang tamu itu.
"Wah! Ada hadiah ke? Alma boleh dapat juga tak Kak Aufaa?" Soal Tengku Alma teruja.
"Boleh! Semua orang layak untuk dapatkan ia!" Jawab Tengku Aufaa.
"Yeay!" Jerit mereka riuh. Rumah mereka diisi dengan jeritan. Nasib baik, jiran-jiran jauh daripada rumah mereka. Kalau tidak habislah mereka dimarahi.
"Okay, sebelum tu jom kita main satu game dulu nak?" Soal Raja Aathif.
"Game apa?" Soal mereka serentak.
"Kita main teka-teki! Siapa yang jawab dengan betul, dia akan dapat sampul ini dan dalam sampul ini terisi duit. Setuju?" Soal Raja Aathif.
"Setuju!"
"Okay, soalan yang pertama! Ada tiga orang lelaki yang berada di dalam sampan. Lalu sampannya itu terbalik, akan tetapi hanya dua orang sahaja yang rambutnya basah dan seorang lagi tidak. Jadi, mengapakah ianya boleh berlaku? Hah, cepat teka!" Kata Raja Aathif memberi soalan.
"Sebab dia tak jatuh dari sampan"
"Salah!" Kata Raja Aathif.
"sebab, sebab apa ehh?"
"kenapa dua orang sahaja yang basah? Susahnya soalan ni"
"Senang saja jawapan dia, cepat teka! Kalau tidak, tak dapat duit!" Kata Raja Aathif lagi.
"Hah! Alma tahu! Sebab seorang lagi tu botak, kan. Betul tak?" Jawab Tengku Alma.
"Betul! Okay, ni untuk Alma. Tahniah!" Kata Raja Aathif.
"Yeay, Thank You! Wah! 50 ringgit! Bukan biasa-biasa!" Ujar Tengku Alma riang sambil menunjuk 50 Ringgit Costa Rica ke arah mereka semua.
"Soalan yang seterusnya! Sila mendengarkan soalan ini dengan baik. Apa yang ringan seperti bulu, namun manusia terkuat di dunia pun tidak mampu untuk menahannya lebih daripada satu minit? Cuba teka" Soal Tengku Aufaa pula.
"Kapas?"
"Salah!" Kata Tengku Aufaa.
"Adhwa tahu, jawapan dia awan! Betul tak?" Teka Tengku Adhwa.
"Salah Adhwa sayang. Soalan dia cakap, manusia terkuat pun tidak dapat menahan lebih daripada satu minit. Takkan awan pulak?" Tengku Aufaa menggelengkan kepala.
"Syiraz, Syiraz nak jawab?" Soal Tengku Aufaa yang melihat Aiwaa hanya mendiamkan diri.
"Adik cubalah jawab apa-apa, mana tahu betul" Kata Tengku Marissa sambil mengusap kepala anaknya itu dengan lembut.
"Nafas" Jawabnya ringkas namun jawapannya mampu membuatkan Tengku Aufaa dan Raja Aathif tersenyum.
"Betul!" Kata mereka berdua serentak.
"Mari sini Syiraz, ambil duit ni" Kata Raja Aathif, namun Aiwaa menggeleng.
"Malulah tu, pergilah ambil. Rezeki Syiraz tu, sayang" Kata Tengku Marissa memujuk anaknya itu.
"Kalau papa yang ambilkan, terus jadi milik papa duit tu! Baik Adik pergi ambil cepat" Usik Tengku Adzham.
"Alala malu pula dia, ni Syiraz punya" Kata Tengku Aufaa pula. Namun, mahu tidak mahu Aiwaa terpaksa juga bangun apabila tangannya ditarik oleh Tengku Alma.
"Terima Kasih" Kata Aiwaa dan dia terus menyorok dibelakang Tengku Marissa. Tidak tahu mengapa, perasaan segan menjengah dalam dirinya tatkala berjumpa dengan Raja Aathif dan Tengku Aufaa.
"Haih budak ni, nak ambil duit pun segan" Kata Raja Aathif menepuk dahi.
"Soalan yang terakhir! Mohon semua teliti dan beri sepenuh tumpuan ya, dengan soalan ini. Dua puluh lima tambah tiga puluh enam, tambah sembilan puluh sembilan, tambah empat puluh lima, tolak seratus, tambah tiga ratus lima puluh dua, darab enam, tambah tujuh, tambah lima ratus lima puluh lima, bahagi satu, dan tambah sepuluh. Soalannya, siapakah Cikgu Suraya?" Soal Raja Aathif tersenyum.
"Hah?"
"Apakah?"
"Apa ni ayahanda?"
"Soalan apa ni bang? Penat Am kira, last-last?"
"Ayahanda main-mainlah!"
"Tenang, tenang! Jangan marah! Ayahanda gurau aje tadi. Okay, kita serius ya. Jadi, berapakah jawapan daripada soalan pengiraan tadi? hah, kan! Siapa nak jawab?" Soal Raja Aathif. Keningnya diangkat-angkat menantikan jawapan.
"Alaa dah lupa!"
"Mohon ulang kembali soalan, ayahanda"
"Aduh, berapa tadi?"
"Alamak tuan!"
"Ayahandalah ni main-main tadi, kan dah terlupa!"
"Cepat, cepat! Berapa jawapannya? Takkan nak lepaskan duit ni, macam tu aje. Hahaha" Raja Aathif tergelak kuat.
"Dua ribu, tujuh ratus, lapan puluh sembilan" Jawab seseorang. Dengan segera, sembilan mata memandang tepat ke arah empunya suara. Mereka terkejut bercampur tercengang.
"Apa dia Syiraz? Ayahanda tak dengar, cuba ulang balik" Kata Raja Aathif yang sedang cuba untuk mendengar jawapan daripada Aiwaa.
"Jawapannya dua ribu, tujuh ratus, lapan puluh sembilan" Kata Aiwaa bersahaja.
"Betul! Tahniah Syiraz! Kemenangan untuk kali yang kedua! Ingatan yang kuat dan sangat fokus! Kan tadi ayahanda dah cakap korang kena teliti dan beri tumpuan sepenuhnya. Baru uji sikit dah lalai, macam mana nak dapat duit ni? Hahaha. Ni untuk Syiraz, tahniah sekali lagi" Kata Raja Aathif sambil menghulurkan sampul itu pada Aiwaa.
"Terima Kasih" Ucapnya.
"Tiada lagi soalan! Sekian, terima kasih" Kata Raja Aathif sambil menggelengkan kepala.
"Alaa, lagilah ayahanda! Syiraz dah dapat dua kali. Adhwa pun nak juga, bolehlah!" Ujar Tengku Adhwa membuat muka comel.
"Yang lain setuju ke nak lagi soalan? Kalau semua setuju kita bagi!" Soal Tengku Aathif.
"Nak!!" Jawab mereka serentak.
"Baik! Ini soalan yang terakhir dan soalan ini merangkap soalan bonus, okay? Selepas itu tiada lagi soalan!" Tegas Tengku Aathif. Tengku Aathif berbisik pada Tengku Aufaa mengenai soalan yang terakhir.
"Okay, dengar baik-baik ya soalan ini. Disebabkan soalan ini adalah soalan yang terakhir. Jadi, dia agak mencabar sedikit.
Soalan terakhir ini, terdapat empat soalan di dalamnya. Satu soalan bernilai 50 Ringgit! Kalau betul semua soalan, dia akan mendapatkan sebanyak 200 ringgit secara keseluruhan.
Tetapi untuk mendapatkan duit ini, paling kurang kena betul tiga soalan daripada empat soalan. Fahamkan, macam mana konsep soalan terakhir ini?" Terang Tengku Aufaa lembut.
"Faham!" Kata mereka serentak.
"Okay bagus! Soalan dia berbunyi begini. Soalan yang pertama, surah apakah selepas surah 'Abasa dan sebelum surah Al-Infitar?
Soalan yang kedua, dengarkan betul-betul. Surah yang tadi itu, adalah surah yang ke berapa di dalam Al-Quran?
Soalan ketiga, apakah yang di maksudkan dengan surah itu?
Soalan terakhir iaitu soalan yang keempat adalah, di manakah turunnya surah itu dan berapakah jumlah ayat yang terkandung di dalam surah tersebut.
Seperti yang kalian tahu, soalan ini sangat berkait rapat. Jadi kalau kalian salah di soalan yang pertama, tidak mustahil untuk kalian akan salah kesemuanya. Jadi fikirkan baik-baik sebelum menjawab. Dipersilakan untuk menjawab ya anak-anak sekalian" Ujar Tengku Aufaa.
"200 Ringgit Costa Rica menanti kalian! Grab cepat! Jangan melepaskan peluang keemasan anda!" Kata Raja Aathif sambil tersenyum.
"Fuh! Berpeluh dengar soalan dia"
"Ya Allah, soalan!"
"Kemain susah lagi soalan!"
"Alaa, tadi dah ingat. Boleh pula Nasya terlupa!"
"Mama, apa jawapannya? Bagilah tahu Kakak, sharing is caring. Kan?"
"Okay, biar Tengku Adzham yang cuba!" Ujar Tengku Adzham bersemangat.
"Silakan adindaku, Tengku Adzham Putera Wajdi." Kata Raja Aathif.
"Surah Al-Qiyamah, surah yang ke-75 dalam Al-Quran. Maksud surah itu adalah hari kiamat. Terdiri daripada 40 ayat dan di turunkan di Mekah. Betul tak?" Jawab Encik Adzham mengharapkan jawapannya itu benar.
"Alaa, papa! Janganlah betul!"
"Harap maaf, hanya satu daripada empat soalan sahaja yang betul. Boleh cuba lagi." Kata Tengku Aufaa tersenyum.
"Allahuakhbar! Salah ke? Punyalah kita yakin yang jawapan kita betul, rupa-rupanya salah! Tidak!!!" Seloroh Tengku Adzham berpura-pura menangis.
"Alma nak cuba pulak! Bolehkan?" Kata Tengku Alma sambil mengangkat tangannya.
"Silakan" Kata Tengku Aufa.
"Jawapannya adalah surah Al-Ghasyiyah dan surah ini adalah surah yang ke-88 di dalam Al-Quran. Hari malapetaka yang meliputi seluruh alam adalah maksud untuk dari surah ini. Ada 28 ayat didalam surah ini. Surah ini juga diturunkan di Mekah atau lebih tepat Makiyyah. Hopefully, betullah ya jawapan Alma!" Kata Tengku Alma panjang lebar.
"Ya! Sama macam Am, hanya satu dari empat soalan sahaja yang benar" Kata Raja Aathif pula.
"Oh my god! Nak kena belajar balik ni. Macam mana boleh salah pulak ni!" Kata Tengku Alma menepuk dahinya.
"Wahai anak muda! Tadi kata mahukan soalan, jadi kami dah beri. Sekarang ni, kenapa tak jawab? Hah, Adhwa! Tadi nak sangat soalan. Jawab cepat!" Ujar Raja Aathif.
"Bukan tak nak jawab, tapi soalan ni betul-betul mencabar!" Kata Tengku Adhwa sedikit kecewa.
"Syiraz tak nak jawab ke? Syiraz ni bukan boleh percaya sangat, diam-diam ubi berisi! Cuba Syiraz jawab, ayahanda nak dengar jawapan Syiraz. Salah pun tak apa, tak ada siapa yang marah" Kata Raja Aathif mengharapkan Aiwaa menjawab. Semua mata memandang ke Aiwaa sambil menganggukkan kepala supaya Aiwaa menjawab.
"Cuba aje tau, kalau salah jangan marah" Kata Aiwaa. Mereka mengangguk laju.
"Go adik go!" Tengku Armel memberikan semangat.
"Jawapan dia surah Al-Waqi'ah, kan?" Soal Aiwaa.
"Ehh, bukan sayang" Ujar Tengku Aufaa lembut kepada Aiwaa.
"Bukan-bukan!"
"Surah Al-Waqi'ah tu selepas surah Ar-Rahman dan sebelum surah Al-Hadid. Jadi bukan Al-Waqi'ah jawapan dia" Jawab Tengku Nasya.
"Taklah, gurau aje. Jawapan yang sebenarnya adalah Surah At-Takwir. Surah itu merupakan surah yang ke-81 didalam Al-Quran.
Maksud Surah At-Takwir adalah Penggulungan Matahari. Terdapat 28 ayat dan surah ini juga diwahyukan di Makkah Al-Mukarramah" Jawab Aiwaa tenang.
Mendengar jawapan Aiwaa membuatkan mereka tercengang. Kini, mereka serentak memandang ke arah Tengku Aufaa dan juga Raja Aathif untuk mendapatkan kepastian. Apakah benar jawapan yang Aiwaa berikan itu.
"Tepat sekali! Keempat-empat soalan dijawab dengan benar tanpa sebarang kesalahan. Tahniah Syiraz!" Kata Raja Aathif gembira.
"300 Ringgit dia seorang aje yang kebas. Hebat budak ni! Kan, betul ayahanda dah cakap tadi yang budak ni bukan boleh dipercayai. Diam-diam ubi berisi!" Kata Raja Aathif sambil menepuk tangan.
"Tahniah anak Mama!" Ujar Tengku Marissa seraya memeluk anaknya bangga.
"Adik! Adik kena ajar abang ni adik! Jealous abang dibuatnya!" Kata Tengku Adhwa pula.
Share this novel