Bab 15

Family Completed 2188

"Jadi, Jayyana Irdina Binti Tan Sri Jiyyad Iman. Apa alasan awak kali ni? Takkan TAK SENGAJA TUNJAL KEPALA orang pulak?" Tengku Alma sengaja menekan suaranya.

"Ma-mana ada saya tunjal kepala orang, pengetua. Ini semua fitnah yang tak berasas ni!" Tipu Jayyana demi menyelamatkan dirinya.

"Fitnah yang tak berasas? Awak yakin ke Jayyana?" Tengku Alma cuba untuk memerangkap Jayyana.

"Me-mestilah saya yakin pengetua!" Jawab Jayyana tergagap. Gementar barangkali!

"Jayyana, apa yang awak cuba buat ni? Awak ingat saya budak-budak ke? Jawab pun tergagap-gagap. Astghfirullahal'adzim, Jayyana. Apa nak jadi dengan awak pun saya tak tahu" Tergeleng-geleng kepala Tengku Alma melihat perangai Jayyana.

"Apa yang saya buat? Pengetua jangan nak melebih-lebih ya! Main tuduh-tuduh pulak! Pengetua ingat pengetua tu siapa? Macam bagus aje perangai! Jangan sampai saya bagitahu papa saya! Pengetua jangan nak biadab sangat!" Tengking Jayyana.

"Aik? Saya pulak yang kena? Jayyana, are you trying to be a victim? Kelakarlah kamu ni Jayyana! Hahaha" Ujar Tengku Alma sinis.

"Bush!"

"Syiraz?" Terkejut Tengku Alma dengan apa yang Aiwaa lakukan.

"Alang-alang saya akan diambil tindakan, jadi apa salahnya kalau saya tambah satu lagi, kan?" Soal Aiwaa tiada perasaan. Puas hatinya hari ini kerana dapat memberikan dua tumbukan pada musuhnya itu.

"Kalau kau rasa kau nak kena lebih lagi, kurang ajarlah dengan orang tua" Aiwaa memberi amaran dengan nada yang sangat tegas.

"Kau ni memang melampau kan, perempuan!" Jayyana cuba untuk melawan. Namun, pantas dihalang oleh pengetua.

"Sudah! Sudah! Jayyana, papa awak sedang dalam perjalanan. Jadi, jangan nak buat hal!" Tegas Tengku Alma.

"Pengetua, Tan Sri Jiyyad Iman dah sampai" Ujar Kerani itu.

"Okay, panggil Tan Sri masuk" Arah Tengku Alma.

"Baik!" Jawab Kerani itu lagi.

"Assalamualaikum, Tengku Alma" Sapa Tan Sri Jiyyad.

"Waalaikumussalam, Tan Sri. Silakan duduk terlebih dahulu." Pelawa Tengku Alma.

"Yana buat apa kali ni? Kenapa suka sangat malukan papa?" Soal Lelaki itu kepada anaknya dengan muka yang marah.

"Maaf Tan Sri kali ni saya dah tak dapat nak berdiam diri, Jayyana sudah melampau!" Tengku Alma menghela nafas berat.

"Ehh! Apa pulak Yana yang melampau! Perempuan tu yang melampau! Dia tumbuk muka Yana! Dua kali pulak tu!" Kata Jayyana sedikit jerit sambil jarinya menunjuk ke arah Aiwaa.

"Sudahlah Jayyana" Ujar Tan Sri Jiyyad sedikit kecewa.

"Benar Tan Sri, saya mengaku saya yang tumbuk muka anak Tan Sri dua kali" Kata Aiwaa.

"Hah! Kan! Yana dah cakap dah, papa yang tak nak percaya" Jawab Jayyana gembira.

"Baiklah, Tan Sri. Kita teruskan aje ya? Tak perlu kita basah-basi lagi. Tan Sri tengoklah sendiri anak Tan Sri, sekejap saya kuatkan suara." Ujar Tengku Alma seraya menunjukkan rakaman cctv.

"Jadi, Tan Sri. Saya minta maaf, kali ini saya akan mengambil tindakan tatatertib kepada Jayyana. Saya harap Tan Sri terima dengan hati yang terbuka" Kata Tengku Alma.

"Baiklah! Saya terima apa jua tindakan yang tengku ambil untuk anak saya, tengku buatlah apa yang patut" Balas Tan Sri Jiyyad pasrah.

"Okay, Jayyana! Ini adalah amaran terakhir daripada saya. Lagi sekali awak buat masalah, saya takkan teragak-agak untuk membuang awak dari sekolah ni. Awak tahu, kan? Kalau awak dibuang dari URNADA Empire High School ni, awak takkan dapat masuk mana-mana sekolah di negara Costa Rica ni kerana sekolah ni adalah sekolah yang terbaik. Kalau awak tetap nak bersekolah, awak perlu bersekolah di luar Costa Rica. Jadi gunakan peluang yang saya berikan ini dengan sebaik mungkin.

Awak akan digantung sekolah selama dua bulan. Keputusan saya adalah muktamad! Saya takkan terima mana-mana bantahan daripada awak dan tiada rayuan yang boleh awak buat. Faham, Jayyana?" Tengku Alma menantikan jawapan Jayyana.

"A-apa ni pa? Gantung dua bulan? Kenapa pulak? Entah apa-apa aje!" Kata Jayyana tidak berpuas hati dengan keputusan Tengku Alma.

"Jayyana Irdina!! Boleh belajar bersyukur sikit tak? Bersyukurlah Tengku Alma bagi Yana peluang terakhir! Jayyana nak kena buang sekolah? Ke Jayyana nak kena buang kewarganegaraan Costa Rica? Jangan main-main dengan Tengku Alma, Jayyana! Yana, tak kenal lagi siapa dia!!" Teriak Tan Sri Jiyyad.

"Sabar, Tan Sri. Jangan marah-marah macam ni" Ujar Tengku Alma menenangkan lelaki itu.

"Dia tu siapa? Kenapa Yana nak kena takut dengan dia pulak?" Jayyana sengaja menambah bara.

"Asal biadab sangat kau ni?" Soal Aiwaa sambil mencekak leher baju Jayyana.

"Syiraz, sudah. Jangan macam ni" Ujar Tengku Alma memujuk anak buahnya itu.

"Jayyana! Ini Tengku Alma Puteri Widad Binti Raja Aalam Putera Wahnan! Dia ni kerabat diraja negara Eritrea! Dalam masa yang sama, kakak ipar dia Tengku Zarith Marissa. Adik kepada raja Costa Rica! Negara Eritrea dan Costa Rica sangat rapat! Jadi, jangan sesekali cari pasal dengan mereka! Yana nak papa kena pecat ke!" Marah Tan Sri Jiyyad.

"Lagi satu, Yana tahu tak siapa gerangan orang yang Yana tunjal kepala dia tu? Dia tu anak kepada Tengku Zarith Marissa dan anak buah Tengku Alma, pengetua Yana! Sepasang kembar tu pun anak kepada Tengku Zarith Marissa! Yana ni memang dah melampau! Sebab tu papa tak kisah dengan apa jua tindakan yang Tengku Alma nak kenakan pada Yana!" Tambah Tan Sri Jiyyad lagi. Tergamam Jayyana dan dua lagi sahabatnya. Hilang segala kata-kata yang ingin dia keluarkan setelah mendengar kenyataan dari Tan Sri Jiyyad.

"Jayyana, awak nak tahu kenapa Syiraz layak memasuki kelas Sayyidatina Fatimah? Baiklah hari ini saya akan menjawab semua soalan-soalan yang sering awak lemparkan kepada saya, tetapi tidak pernah sekalipun saya memberikan jawapan. Setelah sekian lama saya merahsiakan perkara ni, mungkin sudah tiba masanya untuk awak mengetahui.

Awak selalu mempersoalkan bagaimana Syiraz layak masuk ke kelas Sayyidatina Fatimah yang bukan calang-calang orang boleh masuk melainkan dia anak orang berada dan juga ternama, betul tak? Bapa awak sendiri dah tolong saya untuk menjawabkan kedua-dua soalan itu. Cuma, saya nak tambah satu lagi jawapan mengenai soalan itu.

Syiraz layak masuk ke kelas tu sebab dia merupakan seorang pelajar yang sangat bijak. Disebabkan terlalu bijaklah dia dapat melompat kelas dan tak sekelas dengan rakan sebaya dia yang lain. Takkan awak tak pernah terfikir, macam mana budak 16 tahun boleh duduk sekelas dengan awak yang berumur 17 tahun.

Oh, mestilah awak tak pernah terfikir tentang perkara ni. Awakkan hanya tahu cari salah orang, betul tak Jayyana? Lagi-lagi kalau awak tak kenal siapa dia dan keluarga dia. Dekat situ awak dah tersilap Jayyana, terlalu awal untuk awak menilai seseorang itu hanya berdasarkan apa yang awak tidak tahu. Sepatutnya awak kenalah siasat latar belakang seseorang itu terlebih dahulu. Sekarang awak boleh tengok buku sudah bertemu dengan ruas, akhirnya perkara tu memakan diri awak sendiri.

Berubahlah Jayyana, sampai bila awak nak terus menerus begini? Kalau awak tak pedulikan tentang orang lain, sekurang-kurangnya awak fikirkanlah soal ibu dan ayah awak. Kesian mereka berdua, dengarlah nasihat saya ini" Ujar Tengku Alma dengan harapan bahawa ada perubahan pada diri Jayyana selepas ini.

*****

Setibanya di rumah,

"Dia memang selalu buat macam tu ke dekat Syiraz?" Soal Tengku Armel pada Aiwaa dengan pandangan yang tajam. Aiwaa hanya mendiamkan diri.

"Cuba jawab! Kalau diam macam ni sampai bila pun orang takkan tahu apa sebenarnya yang terjadi dekat Syiraz!" Dingin Tengku Armel.

"Tak" Jawab Aiwaa sepatah.

"Jangan nak tipu! Kakak tak percaya!" Bicara Tengku Armel lagi.

"Ayah dia menteri, agak-agak apa yang Syiraz boleh buat?" Soal Aiwaa sambil membuat muka malas.

"Jangan dia ingat dia anak menteri dia boleh buat sesuka hati dia. Kenapa Syiraz tak lawan?" Soal Tengku Armel tak puas hati..

"Siapa Syiraz nak dibandingkan dengan dia? Jauh panggang dari api" Jawab Aiwaa sambil menyiapkan kerja rumahnya.

"Kenapa cakap macam ni adik? Adik tahukan kalau nak dibandingkan kita dengan dia, kita jauh ke depan" Kata Tengku Adhwa pula.

"Itu korang" Ujar Aiwaa bersahaja.

"Adik tak anggap yang kami ni keluarga adik ke?" Soal Tengku Adhwa sedikit kecewa.

"Bukan macam tu" Jawab Aiwaa.

"Kalau bukan macam tu macam mana?" Soal Tengku Armel pula.

"Sudahlah Syiraz, suka hati Syirazlah. Kami anggap Syiraz macam adik kami sendiri, mama dengan papa dah anggap Syiraz macam anak sendiri. Tapi Syiraz?" Soal Tengku Armel seraya berlalu dari situ. Tengku Adhwa juga mengikut langkah kakaknya.

'Korang tak faham! Korang tak duduk dekat tempat aku! Korang tak rasa apa yang aku rasa!' Bicara Aiwaa didalam hati.

*****

"Armel" Panggil Syiraz sambil mengetuk pintu bilik kakaknya.

"Apa" Jawab Tengku Armel sepatah.

"Nak masuk" Ujar Aiwaa.

"Ikut kaulah" Kata Tengku Armel malas.

"Kau masih marah ke?" Soal Aiwaa lembut.

"Entah" Jawab Tengku Armel ringkas.

"Maaflah, Armel" Kata Aiwaa cuba memujuk. Tengku Armel hanya mengendahkan Aiwaa.

"Armel" Panggil Aiwaa.

"Apa" Jawab Tengku Armel malas.

"Armel" Panggil Aiwaa lagi.

"Apa?" Soal Tengku Armel.

"Armel!" Panggil Aiwaa lagi dan lagi.

"Apa!" Jawab Tengku Armel.

"Woi! Armel, apa. Armel, apa. Armel, apa. Bila nak habis!!!" Sampuk Tengku adhwa sakit hati dengan perangai dua manusia dihadapannya ketika ini.

"Fine! Disebabkan aku kenal perangai kau yang susah sangat nak ucapkan perkataan 'maaf' tu, jadi aku ambil keputusan untuk maafkan kau Syiraz"

"Thanks" Ucap Aiwaa.

"Sebagai tanda minta maaf, kau kena belanja aku baju, seluar, kasut, tudung! Senang cerita semua sekalilah! Setuju ke tak?" Soal Tengku Armel menunggu jawapan.

"Ya" Jawab Aiwaa malas.

"Cantik! Kalau macam tu, esok kita pergi Sanjo Cosrica Mall nak?" Soal Tengku Adhwa menyampuk.

"Setuju tak?" Soal Tengku Adhwa lagi. Mereka berdua tidak mengendahkan Tengku Adhwa sebaliknya membuat kerja masing-masing. Tengku Armel menyambung kembali mewarna lukisan yang dia lukis manakala Aiwaa leka bermain telefon.

"Korang! Aku cakap dengan korang ni! Jomlah!" Rayu Tengku Adhwa seperti budak-budak.

"Kau ingat kau dapat pergi waktu sekolah macam ni Adhwa? Kau macam tak kenal pulak mak kau tu macam mana" Jawab Tengku Armel selamba.

"Alaa. Aku lupa pulak! Susahlah macam ni" Kata Adhwa mengeluh.

"Tapi ada satu cara untuk mama bagi kita pergi. Dengan cara..." Kata-kata Tengku Adhwa terhenti. Tengku Armel dan Tengku Adhwa memandang ke arah Aiwaa.

"Apa?" Soal Aiwaa kebingungan.

"Dengan cara .. kau Aiwaa!" Ujar Tengku Armel dan Tengku Adhwa serentak.

"Aku? Kenapa pulak aku?" Aiwaa membuat muka tidak puas hati.

"Kau, kan anak kesayangan mama. Jadi, mesti mama bagi punya kalau kau yang cakap" Ujar Tengku Adhwa meyakinkan Aiwaa.

"Aku tak nak masuk campur!" Kata Aiwaa.

"Bolehlah!" Ujar mereka serentak.

*****

"Bolehlah!" Rayu Aiwaa kepada Tengku Marissa.

"No means no, sayang" Kata Tengku Marissa.

"Boleh ya?" Kata Aiwaa membuat muka sepuluh sen.

"Ni kenapa ni? Apa yang boleh apa yang tak boleh?" Soal Tengku Adzham.

"Pa, nak pergi Sanjo Cosrica Mall esok. Please pa!" Kata Aiwaa pada papanya pula.

"Rissa, bagilah mereka bertiga pergi. Lagipun, lusa kan cuti peristiwa. Apalah salahnya anak-anak nak meluangkan masa bersama" Kata Tengku Adzham.

"Tapi bang" Kata Tengku Marissa namun pantas dipotong oleh Tengku Adzham.

"Biarlah mereka" Kata Tengku Adzham lagi.

"Yalah." Kata Tengku Marissa mengalah.

"Terima kasih!" Kata Aiwaa gembira. Dia tersenyum menampakkan barisan gigi yang asmaradanta. Walau hakikatnya Tengku Marissa masih berat hati, namun ada sinar gembira mengerlip di matanya apabila melihat anaknya Aiwaa tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience