Puan Marissa POV
"Boleh saya tahu nama kamu siapa?" Soal Tengku Marissa kepada gadis itu.
"Ai, tak! Maksud saya Syiraz" Jawab gadis itu seperti tiada perasaan.
"Oh, Syiraz. Sedap nama tu, aunty suka. Nama saya Marissa tapi kamu boleh panggil saya Aunty Rissa" Kata Tengku Marissa kepada gadis yang bernama Syiraz.
"Baik." Jawab gadis itu ringkas.
"Oh ya! Boleh aunty dapatkan nombor keluarga Syiraz? Sebab aunty perlu beritahu mereka tentang keadaan Syiraz sekarang" Ujar Tengku Marissa. Gadis itu hanya mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa.
"Syiraz! Syiraz okay tak ni? Ke Syiraz ada sakit dekat mana-mana?" Risau Tengku Marissa melihat gadis itu hanya mendiamkan diri. Adakah dia sakit?
"No, i'm okay" Jawab Gadis itu.
"Syiraz betul-betul yakin?" Tanya Tengku Marissa lagi. Gadis itu mengangguk perlahan tanpa mengeluarkan sebarang suara.
"Jadi, boleh aunty dapatkan?" Tengku Marissa.
"Dah tak ada" Jawab gadis itu bersahaja tanpa ada perasaan.
"Maksud Syiraz? Aunty tak faham?" Soal Tengku Marissa sambil berkerut mukanya.
"Already passed away"Jawab gadis itu tanpa sebarang reaksi.
"Allahuakhbar! Aunty minta maaf, aunty tak tahu. Syiraz ada ahli keluarga yang lain untuk aunty berhubung?" Soal Tengku Marissa lagi.
"I dont have anyone" Gadis itu melelapkan mata selepas sahaja habis menuturkan kata-kata. Sayu pandangan Tengku Marissa ke arah gadis yang sedang berada di atas katil itu. Sungguh dia faham apa yang gadis itu rasakan di kala ini.
'Dengan apa yang kamu lalui, aunty mulai faham mengapa kamu bersikap seolah-olah kamu seorang yang tidak mempunyai perasaan.' Getus hati Tengku Marissa.
*****
"Abang. Nama budak tu Syiraz. Dia sebatang kara. Dia dah tak ada siapa-siapa bang. Waktu dia cakap dia sebatang kara tu Rissa tahu yang sebenarnya dia sangat sedih tapi dia buat-buat kuat. Kalau Rissa ada dekat tempat dia ditambah pulak dengan apa yang jadi dekat dia sekarang ni, Rissa rasa Rissa takkan mampu dan Rissa tak akan kuat seperti dia" Bicara Tengku Marissa tanpa dia sedari ada butir-butir mutiara jatuh dari tubir matanya.
"Sayang, dengar sini apa yang abang nak cakapkan ni. Lepas satu persatu ujian yang menimpa diri dia, disebabkan dia seorang yang kuat dan Allah tahu yang dia mampu untuk melalui semua ujian itu. Sayang janganlah sedih-sedih macam ni, kalau dia tahu yang sayang menangis disebabkan dia. Mesti dia tak suka. Nanti dia ingat sayang cuma kesian dan berasa simpati dekat dia. Jadi abang tak nak dia salah faham dengan niat kita" Kata Tengku Adzham bagi menenangkan isterinya itu.
"Abang, boleh tak kalau Rissa nak minta sesuatu?" Soal Tengku Marissa.
"In Syaa Allah kalau abang mampu untuk tunaikan, abang akan cuba sedaya-upaya abang untuk menunaikan permintaan Rissa" Jawab Tengku Adzham tenang.
"Boleh tak kalau kita jaga Syiraz? Rissa janji yang Rissa akan menjaga dan didik dia macam anak Rissa sendiri. Lagipun dia dah tak ada siapa-siapa. Tak salahkan kalau kita jaga dia? Bolehkan, abang? Dari hari pertama kita jumpa dia, Rissa dah mula rasa sayangkan Syiraz. Sebab tu kalau apa-apa tentang Syiraz, Rissa risau dan takut seandainya ada perkara buruk berlaku pada dirinya" Jelas Tengku Marissa.
"Boleh tu boleh, abang tak ada masalah. Kalau tentang anak-anak kita tu Rissa janganlah risau, abang sendiri yang akan slow talk dengan mereka. Soal pengambilan anak angkat tu, Rissa pun tak perlu risau sebab abang yang akan uruskan kesemuanya. Tapi yang menjadi masalahnya sekarang ni adalah Syiraz. Nak ke dia? Itu yang abang risau dan abang takut kalau dia tak mahu, Rissa akan kecewa" Risau Tengku Adzham akan isterinya. Dia amat mengenali isterinya itu.
"Kita cuba dulu, ya bang? Kalau dia tak mahu, nak tak nak Rissa kenalah terima hakikat ni" Jawab Tengku Marissa sambil menguntumkan senyuman manis.
*****
Aiwaa POV
Sedang Aiwaa asyik melihat keindahan bandar metropolitan ini, kedengaran pintu biliknya dikuak perlahan oleh seseorang namun dia hanya mengendahkan sahaja. Malas dirinya mahu mengambil tahu siapakah gerangan yang membuka pintu tersebut.
"Syiraz, maaf kalau aunty dengan uncle mengganggu kamu. Tapi boleh tak kalau kami ingin berbincang dengan kamu tentang satu perkara?" Soal Tengku Marissa lembut. Aiwaa mengambil masa yang agak lama untuk memberi tindak balas berkenaan dengan soalan Tengku Marissa. Dia sekadar mengangguk perlahan menandakan dia bersetuju.
"Alhamdulillah. Okay macam ni, sebenarnya kami dah bersepakat ingin melamar Syiraz untuk menjadi sebahagian daripada keluarga kami" Kata Tengku Marissa. Aiwaa menjongketkan kening sebagai tanda tidak memahami apa yang Tengku Marissa maksudkan.
"Maksud aunty tu kami nak jadikan Syiraz sebagai anak angkat kami. Itu pun kalau Syiraz sudi" Terang Tengku Adzham pula.
"Ya, betul tu Syiraz. Sebenarnya sejak kali pertama aunty berjumpa dengan Syiraz, aunty dah tertarik sangat dengan kamu dan dalam masa yang sama juga aunty sudah mula sayangkan Syiraz. Aunty dah anggap Syiraz ni macam anak kandung aunty sendiri" Tambah Tengku Marissa seraya mengukirkan senyuman.
"Anak angkat? Layak ke orang macam saya ni nak jadi anak kepada orang yang berpangkat macam Tengku berdua ni? Macam tak layak aje saya tengok" Kata Aiwaa dengan sinis.
"Kenapa Syiraz cakap macam tu, sayang?" Soal Tengku Marissa sayu sambil menunggu jawapan dari Aiwaa.
"Huh! Saya ni bukan budak baik. Saya ni kotor! Tengku sendiri tahu macam mana keadaan saya masa pertama kali Tengku berdua jumpa saya! Dengan berpakaian tak senonoh macam tu! Seksi! Tak bertudung! Jadi, lebih baik carilah orang lain yang lebih layak dari saya yang jijik ni!" Bentak Aiwaa.
"Syiraz! Dengar sini. Kami tak pandang masa lalu Syiraz. Siapa kami untuk menghukum? Kita sebagai manusia ni, takkan terlepas dari melakukan kesilapan. Syiraz kena ingat yang bukan Syiraz sahaja yang melakukan kesilapan, kami juga sama macam Syiraz"
"Selagi kita hidup dan selagi pintu taubat itu masih terbuka, tiada istilah terlambat untuk kita berubah. Tapi entahlah! Hati kami kuat mengatakan yang kamu dipaksa melacur, diculik atau hampir diperkosa" Tengku Adzham cuba untuk meyakinkan Aiwaa.
Aiwaa yang memandang ke arah ibu negara Costa Rica itu melepaskan keluhan berat.
"Syiraz, adakah andaian kami itu benar? Jika benar, kita buat laporan kepada pihak polis. Ceritakan apa yang telah berlaku kepada Syiraz supaya pihak polis boleh menjalankan tugas mereka. Takkan Syiraz nak tengok ada lagi gadis yang menjadi mangsa seperti Syiraz?" Tengku Marissa mengharapkan Aiwaa tidak mendiamkan diri soal ini.
"Tengoklah macam mana" Dingin katanya.
"Takkan Syiraz nak biarkan mereka macam tu sahaja? Sedangkan mereka hampir nak memusnahkan hidup kamu. Kalau uncle dekat tempat kamu, uncle takkan sesekali biarkan mereka terlepas! Uncle akan pastikan mereka akan mendapat balasan di atas perbuatan tidak bermoral mereka! Susah payah Rasulullah S.A.W mengangkat martabat seorang wanita dengan sewenang-wenangnya mereka nak menjatuhkannya! No! No way!" Ujar Tengku Adzham dengan tegas. Dia sangat pantang jika ada lelaki yang cuba mengambil kesempatan di atas kelembutan seorang wanita.
"Kalau Syiraz takut, aunty nak Syiraz buang perasaan tu jauh-jauh. Syiraz berada dijalan yang benar. Jadi Syiraz tak perlu ada rasa takut tu. Innallaha Ma'ana. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita. In Syaa Allah, kami juga ada untuk kamu" Kata Tengku Marissa memberi kekuatan sambil mengusap lembut kepala Aiwaa yang bertudung itu.
"Betul tu" Tengku Adzham membenarkan kata Puan Marissa.
Aiwaa sekadar mengangguk tanda setuju dengan kata-kata mereka berdua.
Share this novel