Bab 18

Family Completed 2180

Lamborghini Aventador Grigio Estoque meluncur laju diatas jalan raya dan menuju ke San Jose Square. Setibanya di destinasi, mereka masuk melalui pintu utama. Aiwaa baru teringat, dia tertinggal sesuatu didalam kereta iaitu telefon pintarnya.

"Korang!" Panggil Aiwaa sedikit jerit kerana pasangan kembar itu sudah ke hadapan.

"Ya! Kenapa ni dik?" Soal Tengku Adhwa kepada adiknya.

"Phone! Tertinggal dalam kereta" Jawabnya.

"Haih! Macam mana boleh tertinggal? Dah jom kita pergi ambil sekejap" Kata Tengku Armel pula.

"Ehh, tak apa korang pergi aje dulu" Jawab Aiwaa.

"Betul ke ni? Tak nak kitaorang teman?" Soal Tengku Armel mahu memastikan.

"Betul" Jawab Aiwaa ringkas. Tengku Adhwa menghulurkan kunci kemudian Aiwaa berlalu ke kereta manakala si kembar itu memasuki salah satu kedai di situ.

*****

Aiwaa tiba di kereta lalu mencari Iphone 14 Pro Max. Rupanya berada di karpet kereta, barangkali terjatuh ke bawah.

"Alhamdulillah ada. Kalau tertinggal dekat rumah tak apa kalau hilang? Mati aku!" Omel Aiwaa seorang diri. Sedang Aiwaa ingin menekan button lock, dia terdengar seperti ada seseorang yang meminta tolong.

Aiwaa segera berlari mendapatkan suara itu, kelihatan seorang wanita dari jauh yang berumur pertengahan 40-an sedang terduduk menangis sambil meminta tolong.

Aiwaa melihat sebuah motorsikal berjenama Honda dengan nombor plat CR2810 yang sedang melarikan diri tidak jauh daripadanya. Aiwaa mengejar motor tersebut.

Sewaktu dia mengejar motor itu, dia mengeluarkan sebiji batu yang bersaiz sederhana didalam begnya. Sejak peristiwa dia hampir dilacurkan dahulu, dia menyimpan sebiji batu sebagai langkah berjaga-jaga.

Dia melontarkan batu tersebut ke arah belakang badan seorang peragut yang sedang membonceng motorsikal. Bingo! Batu yang dia baling itu tepat mengenai belakang badan pembonceng.

'Rasakan!' Ujar Aiwaa didalam hati.

Pembonceng itu tidak sengaja menyengetkan sedikit badannya ke kiri, akibat daripada refleks kesakitan yang dia hadapi tatkala itu.

Disebabkan itu, si penunggang telah kehilangan keseimbangan badan dan membuatkan motorsikal yang ditunggangnya itu terumbang-ambing sehingga terjadinya pelanggaran pada pembahagi jalan.

'Gedebuk!'

Mereka berdua tergolek jatuh. Tangkas Aiwaa mendapatkan mereka, akan tetapi peragut itu dengan bingkas bangkit daripada perbaringan dan cuba untuk meloloskan diri.

Melihat si peragut cuba untuk melarikan diri, Aiwaa dengan tidak semena-mena memberikan sebuah tendangan yang dipanggil 'flying kick' kepada peragut itu.

Peragut itu jatuh tersembam ke bumi seperti nangka busuk!

'Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua' Kata Aiwaa didalam hati.

Seorang peragut yang berada dibelakang Aiwaa cuba untuk menyerangnya apabila melihat Aiwaa sedikit lalai. Namun dia tersilap sangka!

Dia dengan berhati-hati mendekati Aiwaa dan dengan pantas Aiwaa menyiku lelaki itu di bahagian muka. Lelaki itu tidak berputus asa. Dia memberi tumbukan dari arah kanan lantas Aiwaa segera menepis.

Giliran untuk Aiwaa membalas, dia memberikan satu tumbukan dari arah kiri dengan pantas lelaki itu mengelak. Lalu dia tertawa kerana Aiwaa tidak dapat memberi tumbukan kepadanya.

"Kau main-main dengan aku ehh? Kau belum kenal lagi siapa aku!" Kata Aiwaa dengan sinis.

Aiwaa memberikan satu tendangan ke arah depan dengan menggunakan hujung depan telapak kakinya. Dia menyasarkan dibahagian kepala lelaki itu. Tendangan ini dinamakan 'ap chagi'.

Akibat daripada tendangan itu, si peragut terlambung ke arah belakang dan jatuh terlentang diatas jalan tar.

Lelaki itu masih menggagahkan dirinya untuk bangun. Sungguh degil!

"Lepas ni gelaplah masa depan kau, kawan!" Kata Aiwaa sinis seraya memberikan sagu hati kepada lelaki itu.

Aiwaa mahu cepat menghabiskan lelaki itu, malas untuk dirinya berlama-lama. Dia memberi sebuah tendangan maut dititik kelemahan seorang lelaki. Dengan tendangan itu membuatkan lelaki dihadapannya tidak mampu untuk berdiri lagi.

Aiwaa menghubungi 'Royal Costa Rica Police' dan pengawal yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan di San Jose Square pun tiba. Mereka mengikat peragut-peragut itu sambil menunggu kedatangan pihak polis. Aiwaa berlalu menuju ke arah wanita yang diragut dan di sana dia melihat ada beberapa orang turut membantu wanita tersebut.

Aiwaa memandang sayu wanita itu, dia bersimpati dengan apa yang telah menimpa ke atas wanita itu.

"Puan, ini beg puan?" Soal Aiwaa kepada wanita itu.

"Ya betul, itu beg saya. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah. Terima kasih banyak-banyak ya" Ucap wanita itu bersyukur.

"Alhamdulillah, cuba puan tengok. Mana tahu ada yang hilang" Kata Aiwaa risau. Wanita itu memeriksa ke semua barang yang ada didalam beg itu.

"Alhamdulillah, semua ada. Terima kasih banyak saya ucapkan" Ujar wanita itu.

"Alhamdulillah, sama-sama puan. Puan, jom saya bawa puan ke klinik" Kata Aiwaa namun ditolak baik oleh wanita itu.

"Tak mengapa, terima kasih banyak. Saya tak ada apa-apa" Jawab wanita itu sambil tersenyum.

"Mana boleh puan, luaran nampak okay. Tapi dalaman? Siapa tahukan?" Soal Aiwaa risau. Lalu dia membuat panggilan yang tertera nama Tengku Armel di screen phone.

"Assalamualaikum. Korang dekat mana? Aku okay aje, tapi boleh tak Korang datang sini? Janganlah risau aku tak ada apa-apalah. Cuma, aku ada tolong orang yang kena ragut lepas tu aku ingat nak bawa pergi klinik. Ya, cepat sikit tau" Kata Aiwaa mematikan telefon.

"Puan sekejap ya, kita tunggu Kakak dengan Abang saya datang. Kemudian baru kita pergi klinik ya" Kata Aiwaa kepada wanita itu.

"Okay, baiklah. Oh, ya! Boleh saya tahu siapa nama kamu?" Soal wanita itu kepada Aiwaa.

"Syiraz" Jawab Aiwaa ringkas.

"Sedap nama Syiraz. Nama aunty, Aufaa Hezreena. Tapi, aunty nak Syiraz panggil aunty dengan panggilan bonda. Boleh?" Soal wanita yang bernama Aufaa Hezreena itu.

"In Syaa Allah" Kata Aiwaa sambil terlakar senyuman di wajahnya. Tidak tahu mengapa, namun hatinya berasa tenang apabila melihat wajah 'Bonda' ini.

"Adik!!" Jerit Tengku Armel mendapatkan adiknya. Sungguh dia risau akan adiknya yang satu itu.

"Ehh! Bonda Aufaa? Bonda buat apa dekat sini?" Soal Tengku Adhwa tercengang.

"Adhwa, Armel? Ya Allah! Tak sangka bonda boleh jumpa dengan korang berdua dekat sini" Kata Tengku Aufaa sambil memeluk Tengku Armel erat.

"Korang kenal ke?" Soal Aiwaa bingung.

"Sangat kenal! Kalau Syiraz nak tahu inilah ibu kepada Aibaaq dan Kak Nasya" Terang Tengku Adhwa pada Aiwaa. Aiwaa hanya mengangguk tanda faham.

"Sekejap! Tadi Armel panggil Syiraz adik, maksudnya Syiraz ni?" Soal Tengku Aufaa agak terkejut.

"Ya, bonda. Inilah adik kami tu!" Jawab Tengku Armel sambil tersenyum.

"Adik! Adik kata adik tolong orang yang kena ragut. Mana orangnya?" Soal Tengku Adhwa kepada Aiwaa. Aiwaa menunjukkan tangannya ke arah Tengku Aufaa. Tengku Adhwa dan Tengku Armel terkejut beruk.

"Bonda ada cedera dekat mana-mana ke? Jom kita pergi klinik cepat!" Risau Tengku Adhwa dan Tengku Armel.

"Alhamdulillah, bonda okay aje. Cuma, Syiraz ni yang suruh pergi klinik. Padahal bonda tak ada apa-apa" Kata Tengku Aufaa sambil memuncungkan mulut.

"Bahaya" Balas Aiwaa sepatah.

"Jom, kami bawa bonda pergi klinik" Kata pasangan kembar itu serentak. Lalu mereka berjalan ke kereta untuk menuju ke klinik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience