"Bonda, macam mana bonda boleh kena ragut?" Soal Tengku Adhwa.
"Bonda keluar aje terus ada dua orang lelaki naik motorsikal meragut bonda" Jawab Tengku Aufaa.
"Where's your bodyguard bonda?" Soal Tengku Armel dengan mata yang disepetkan sambil memandang tepat ke arah Tengku Aufaa yang duduk di kerusi belakang. Tengku Aufaa hanya membatukan diri.
"Tuanku Raja Permaisuri Eritrea Tengku Indra Aufaa Hezreena Binti Al-marhum Tengku Andra Arqam Hazreen. I'm asking you, tuanku." Ujar Tengku Armel dengan muka yang serius.
'Haih, budak ni! Boleh pula dia sebut nama penuh kita. Malulah kita macam ni huhuhu' Getus Tengku Aufaa didalam hati.
"Bonda" Panggil Aiwaa lembut, dia juga menantikan jawapan dari Tengku Aufaa.
"Baiklah! Bonda jawab. Bonda datang sini tanpa ada seorang pengawal peribadi dan tak ada seorang pun yang tahu bonda ada dekat sini kecuali Aunty Su. Ayahanda tahu yang bonda datang ke sini cumanya ayahanda tak tahu yang bonda tak bawa sesiapa" Jawab Tengku Aufaa. Dia tahu bahawa dia akan dimarahi oleh mereka.
"Apa!" Jerit Tengku Adhwa dan Tengku Armel. Aiwaa hanya menepuk dahi sambil menggelengkan kepalanya.
"Astaghfirullahal'adzim! Bonda tahu tak ianya membahayakan bonda? Bonda, kalau orang nak buat jahat dia tak kira masa tau! Allahu, inikan pulak bonda tu seorang permaisuri raja. Kalau ada apa-apa jadi macam mana? Kenapa bonda buat macam ni?" Soal Tengku Armel kecewa bercampur risau.
"Ya, bonda tahu yang bonda salah. Bonda cuma nak beri kejutan aje dekat semua orang. Bonda tak tahu pun yang semua ni nak jadi. Bonda tahu salah bonda, tapi janganlah marah bonda macam ni" Tengku Aufaa sedikit sedih. Dia tidak menyangkakan yang ini akan berlaku kepadanya.
"Armel sudahlah." Kata Aiwaa lembut menegur Kakaknya itu.
"Yalah! Bonda, Armel minta maaf ya. Bonda tahukan yang Armel marah sebab apa? Armel risau akan keselamatan bonda. Armel sayang bonda sama macam mana Armel sayang mama. Sebab tu Armel ambil berat tentang bonda. Armel minta maaf sekali lagi." Ujar Tengku Armel lembut.
"Ya, bonda jugak nak minta maaf dekat anak-anak bonda ni. Kalau tak ada korang semua, bonda tak tahulah apa yang akan jadi dekat bonda. Terima Kasih banyak sebab dah tolong bonda Armel, Adhwa dan terutamanya Syiraz" Ucap Tengku Aufaa kepada mereka.
"Sama-sama"
"Most Welcome"
*****
"Bonda, kita dah sampai" Beritahu Tengku Adhwa kepada Tengku Aufaa.
"Alhamdulillah, dah sampai pun. Anak-anak bonda, jom kita masuk dulu. Aunty Su dengan Nasya dah masak makan tengah hari. Kita makan sama-sama ya" Ajak Tengku Aufaa pada mereka bertiga.
"Tak apalah bonda, tak perlu susah-susah. Kami makan dekat rumah aje. Ni waktu untuk Bonda dengan anak-anak bonda meluangkan masa bersama. Kami, tak naklah jadi pengacau" Ujar Tengku Armel. Tengku Adhwa dan Aiwaa mengangguk tanda setuju.
"Ish! Apa pulak menganggu. Korang bertigakan anak bonda jugak, jadi apa salahnya? Tak ada istilah menganggu. Kita semua satu keluarga. Dah jangan cakap banyak, mari masuk!" Tegas Tengku Aufaa.
"Baiklah!" Kata mereka serentak.
*****
"Assalamualaikum" Ucap beberapa orang di luar.
"Waalaikumussalam, Ampun tuanku. Tuanku-tuanku bersemayamlah dahulu" Kata Melati memperlawa.
"Melati, tak perlulah protokol sangat. Cakap macam biasa sahaja, lagi pun kita bukan dekat Eritrea. Sekarang ni kita di San Jose, Costa Rica" Ujar seorang wanita.
"Betul tu Melati" Seorang lelaki membenarkan kata wanita itu.
"Baik, tuanku. Saya menurut perintah. Tengku semua duduklah dahulu, saya panggilkan Tengku Adzham dan Tengku Marissa sebentar" Kata Melati lagi.
"Baiklah, terima kasih Melati" Kata wanita itu ringkas. Melati menaiki tangga dan menuju ke bilik Tengku Adzham dan Tengku Marissa.
"Maaf tengku, saya menganggu. Raja Aathif dan Permaisuri Aufaa ada di bawah. Mereka baru sahaja sampai" Kata Melati sambil mengetuk pintu bilik.
"Apa? Raja Aathif dengan Permaisuri Aufaa datang?" Terkejut Tengku Marissa dibuatnya.
"Ya, tengku. Mereka ada di bawah, saya suruh mereka duduk dulu" Kata Melati lagi.
"Okay, awak cakap dengan mereka tunggu sekejap ya. Tengku, ada didalam tandas. Saya pulak nak solat sekejap" Ujar Tengku Marissa.
"Baik, tengku" Kata Melati berlalu pergi menuju ke arah tetamu yang hadir itu.
"Tuanku, Tengku Marissa minta semua untuk tunggu sebentar kerana Tengku Adzham berada di dalam tandas dan Tengku Marissa pula ingin menunaikan solat sebentar" Kata Melati sambil tersenyum.
"Okay, baiklah. Terima kasih Melati" Kata Tengku Aufaa membalas senyuman.
"Melati, Melati dengan Adhwa macam mana?" Usik Tengku Aufaa.
"Hah? Alamak! Sa-saya tak ada apa-apa dengan Adhwa, tengku." Gagap Melati.
"Tengku, saya masuk dahulu ya" Kata Melati lagi. Mereka hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum.
"Sayang, tak baik usik dia macam tu" Tergeleng-geleng kepala Raja Aathif.
*****
"Kekanda! Sudah lama kita tidak bersua-muka. Tidakkah kakanda merindui adinda?" Ujar Tengku Adzham berseloroh kepada abangnya. Mereka berpelukan erat saling melepaskan rindu.
"Benarlah kata adinda, sepertinya sudah 12 purnama kita tidak berjumpa. Adinda semakin" Raja Aathif menghentikan percakapan.
"Adinda semakin apa kakanda? Adinda mahu kakanda jujur sama adinda. Katakanlah wahai kekandaku tercinta" Tengku Adzham setia menunggu jawapan daripada Raja Aathif.
"Semakin menyerlah kekacakan adinda, namun masih tidak bisa mengalahkan kekacakan kakanda. Hahaha" Raja Aathif mengusik adiknya itu.
"Cit! Cit! Cit! Cit! Cit! Wahai kekanda! Tidakkah kekanda tahu bahawa adinda tidak memandang semua itu? Itu semua dunia! Bangun kekanda, bangun! Bangun dari tidurmu!" Ujar Tengku Adzham.
"Ehem! Maaf mencelah. Patik sebenarnya ingin bertanya, bilakah drama tuanku berdua ini mahu ada penghujung? Adakah ianya masih lama? Seandainya masih lama, biarlah patik dan juga Tengku Marissa masuk ke dapur dahulu. Rasanya sempat untuk kami memasak sementara menunggu tuanku berdua berdrama akasia tv3 di sini" Soal Tengku Aufaa dengan gaya cekak pinggang.
"Hahaha" Mereka berdua tertawa.
"Okay dah habis. Janji!" Ujar Raja Aathif dengan sisa tawanya.
"Maafkan beta wahai permaisuri hatiku" Kata mereka berdua serentak pada isteri masing-masing.
"Oh ya! Am dan Rissa apa khabar? Lupa pulak nak bertanya khabar" Soal Raja Aathif tersengih.
"Alhamdulillah! Kami sihat hendak-Nya. Abang dengan Kak Aufaa sihat? Kenapa semua datang tak beritahu dulu? Kalau tidak bolehlah kita makan tengah hari bersama-sama" Soal Tengku Adzham sambil mempersilakan mereka duduk.
"Kak Aufaa ni bang Am, dia yang nak buat kejutan katanya. Biasalah Tengku Aufaa, kan? Kejutan dengan dia berpisah tiada. Habis semua orang dia kenakan" Adu Tengku Alma. Mereka hanya menggelengkan kepala melihat gelagat Tengku Aufaa.
"Kak Aufaa ni ada-ada aje tau" Tergeleng-geleng kepala Tengku Adzham. Tersengih Tengku Aufaa dibuatnya.
"Memandangkan keluarga kita dah lengkap dan semuanya ada. Apa kata kalau malam esok, kita makan malam sama-sama dekat rumah Alma. Setuju tak?" Soal Tengku Alma kepada semua yang berada di situ.
"Okay! Abang Am, Kak Rissa dengan anak-anak setuju. Abang Aathif sekeluarga macam mana pulak? Setuju tak?" Soal Tengku Adzham.
"Okay, kalau macam tu. Abang Aathif sekeluarga pun setuju!" Kata Raja Aathif tersenyum gembira.
"Okay, cun! Esok semua orang sila bawa makanan sendiri ya. Jimat sikit duit Alma. Hahaha" Kata Tengku Alma sambil tergelak besar.
"Ehh?"
"Hah?"
"Aik?"
Semua yang berada di situ mengerutkan muka sambil menggelengkan kepala tanda tidak setuju.
"Gurau ajelah. Takkanlah Alma nak buat macam tu, hehehe" Kata Tengku Alma tersengih.
"Hah, Am. Anak-anak Am mana? Lagi tadi tak nampak pun batang hidung. Selalunya dah riuh kalau bapa saudara dia yang kacak ni datang. Tapi hari ni senyap aje. Abang nak tengok jugak anak bongsu Am tu, abang seorang aje yang belum jumpa dengan dia" Ujar Raja Aathif sambil mencari-cari kelibat anak buahnya.
"Mereka bertiga keluar bang. Sejak-sejak dah bertiga ni, dah tak reti nak melekat dekat rumah. Asal cuti aje keluar, Rissa sampai naik angin kadang-kadang tu. Tapi, Rissa asyik kalah dengan pujuk rayu anak-anak dia. Lagi-lagi si bongsu tu" Tengku Adzham memandang isterinya lalu tersenyum.
"Ehh, kita yang kalah dengan pujuk rayu anak-anak ke dia yang sebenarnya kalah? Abang, kan yang selalu sangat menangkan budak bertiga tu? Abang asyik cakap 'biarlah Rissa, biarlah Rissa' sekarang kita pulak yang kena" Bebel Tengku Marissa sambil mengajuk kata-kata yang sering suaminya ungkapkan.
"Haih! Korang berdua ni. Dari dulu sampailah sekarang, tak habis-habis bergaduh tau" Kata Raja Aathif.
"Alaa abang Aathif, ini dinamakan gaduh-gaduh manja gitchu. Tak betul Abang Am?" Sampuk Alma sambil memenangkan Tengku Adzham.
"Betul tu Alma, kita cuma gaduh-gaduh manja aje. Betul tak, sayang?" Soal Tengku Adzham sambil mencuit hidung isterinya.
"Eii abang! Kan ada ramai orang ni, malulah sikit" Kata Tengku Marissa segan. Mereka tertawa bahagia.
Share this novel