"Doctor, how she's? Dia baik-baik sahaja ke?" Soal Tengku Marissa apabila melihat Doktor Areena menuju ke arahnya.
"Alhamdulillah! Dia sudah stabil. Dia banyak kehilangan darah tetapi tidak mengapa kerana stok darah jenis 'AB' banyak dan mudah dijumpai. Jadi, semuanya dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Tengku tidak perlu risau atau cemas ya. Cuma..." Kata-kata Doktor Areena terhenti separuh jalan.
"Cuma apa, doktor?" Soal Tengku Marissa sedikit cemas. Tengku Adzham yang berada bersebelahan dengan Tengku Marissa cuba untuk menenangkannya.
"Dia stabil cuma kecederaan pada bahagian bahu agak dalam dan lukanya itu boleh dikatakan panjang juga. Badan dia pun terlalu lemah. Jadi, kami membuat keputusan untuk menahan dia didalam wad selama beberapa hari untuk kami pantau serta healing process. Saya harap Tengku berdua setuju dengan keputusan yang pihak kami buat" Jawab Doktor Areena.
"Kami setuju. Doktor buatlah apa sahaja yang penting dia sihat dan pulih. Tentang kos perubatan doktor jangan risau, kami akan tanggung semuanya." Kata Tengku Adzham sekian lama tidak bersuara. Doktor Areena ingin berlalu namun langkahnya terhenti.
"Oh ya! Boleh pulak saya terlupa. Tengku, kalau kita tengok dari gaya pesakit, nampaknya seperti dia dipukul dan didera. Kalau dilihat dari segi pakaian pula, saya rasa..." Sekali lagi kata-kata doktor Areena terhenti.
"Doktor rasa apa?" Soal Tengku Marissa dengan sabar.
"Tak tak. Saya rasa, tak. Saya syak dia dipaksa menjadi pelacur. Saya yakin dia seorang yang menutup aurat sebab kalau kita tengok dari segi badan, dia seorang remaja yang dalam lingkungan 14 tahun ke 17 tahun. Tone warna pada mukanya itu seperti orang yang memakai tudung. Mukanya ada kesan berbelang termasuklah tangan. Jadi tidak mungkin dia akan memakai pakaian seperti itu" Terang Doktor Areena panjang lebar.
"Logik!" Kata Pasangan suami isteri itu serentak.
"Saya sudah arahkan nurse untuk membuat laporan kepada pihak polis dan saya juga akan memberi kerjasama dalam memberi maklumat tentang keadaan pesakit itu." Ujar Doktor Areena.
"Terima kasih, Doktor. Terima kasih banyak-banyak!" Ucap Tengku Marissa sambil tersenyum.
"Sama-sama tengku" Balas Doktor Areena dan segera berlalu pergi.
"Alhamdulillah, bang. Rissa bersyukur sangat budak tu dalam keadaan yang baik-baik sahaja." Kata Tengku Marissa sambil meraup wajahnya. Tanda syukur dia kepada Tuhan yang Maha Esa.
*****
Keesokkan harinya,
Sedang Tengku Marissa asyik membelek-belek telefon pintarnya, kedengaran satu suara seperti merintih meminta tolong. Ternyata suara itu datangnya dari seorang gadis yang kini terlantar lesu di atas katil.
"Sa-sakit! Lepaskan! Lepaskan aku! Tolong!" Jeritannya semakin kuat kedengaran dan dia meronta-ronta untuk dilepaskan bagai dirasuk oleh syaitan. Tanpa membuang masa Tengku Marissa menekan emergency button yang terletak berdekatan dengan katil pesakit.
"Doktor! Tolong doktor!" Pinta TengkuMarissa kepada Doktor Areena yang baru sahaja tiba. Gadis itu masih meronta-ronta. Sebaik sahaja Doktor Areena memberikan suntikan ubat penenang, barulah gadis itu kembali tenang dan berhenti meronta.
"Tengku, boleh tengku tunggu di luar sebentar?" Soal salah satu jururawat yang berada di situ.
"Baiklah" Ringkas jawabnya.
Kira-kira 10 minit kemudian, Doktor Areena bersua muka dengan Tengku Marissa serta Tengku Adzham.
"I think he's traumatized" Kata Doktor Areena memulakan pembicaraan.
"Trauma? Allahu!" Soal Tengku Marissa terkejut.
"Ya. Tengku berdua tahu apa-apa tak tentang gadis tu?" Soal Doktor Areena.
"Kami tak tahu. Sewaktu kami berjumpa dengan gadis itu, dia seolah-olah sedang dikejar oleh seorang lelaki yang pakaiannya fully black dan sangat mencurigakan. Lagi-lagi keadaan dia macam tu. Kami juga syak perkara yang sama dengan apa yang doktor syak. Boleh jadi dia dipaksa melacur, hampir diperkosa atau diculik dan dalam masa yang sama dipukul. Itu sekadar pendapat kami" Jawab Tengku Adzham. Puan Marissa mengangguk tanda bersetuju dengan kenyataan suaminya.
"Keluarga dia?" Soal Doktor Areena lagi.
"Pihak polis masih lagi menyiasat tentang ni dan dalam masa yang sama sedang mencari siapa keluarga dia. Saya juga ada mengupah seorang private investigator untuk menyiasat siapa gadis itu dan dimanakah keberadaan keluarganya. Tetapi agak sedikit sukar kerana kita tiada langsung maklumat tentang dirinya" Kata Tengku Adzham.
"Okay tak apalah kalau macam tu. Apa-apa pun, kita tunggu pesakit bangun terlebih dahulu. Anything, just call me" Kata Doktor Areena dan berlalu pergi.
*****
Aiwaa kini kembali sedar, dia merasakan yang dirinya sudah tidur dalam jangka masa yang lama. Dia cuba membuka mata namun sedikit pedih. Perlahan-lahan dia membuka matanya, dia masih lagi ditempat yang sama sewaktu kali pertama dia menyedarkan diri. Sakit dibahagian bahu dia rasakan.
"Auch! Sakitnya bahu aku ni! Huh! Still dekat sini? Kalau aku tanya sekarang dekat mana cliche sangatlah pulak soalan tu. Sudah tentulah aku dekat hospital. Dengan wayar dekat tangan ni lagi. Aduh! Ehh sekejap! Kenapa aku rasa macam berangin semacam aje ni? Tu-tudung aku mana? Hah sudah! Ya Allah! Macam mana ni?" Soal Aiwaa sambil membelek-belek kepalanya. Aiwaa menggagahkan diri untuk mencari sesuatu yang membolehkan dia menutup kepalanya. Secara tidak langsung ada seseorang yang cuba untuk membuka pintu lalu masuk ke dalam.
"Mati aku!" Aiwaa pantas menyelimuti dirinya dengan gaya berselubung sehingga tiada satu pun anggota badannya yang kelihatan. Seorang wanita masuk ke dalam dan sedikit tercengang apabila melihat kelakuan Aiwaa yang menyelubungkan dirinya.
'Macam mana aku nak mulakan ni? Nak bahasakan dia apa ya? Takkan anak pulak? Dah macam gaya orang tua-tua bercakap pun ada. Walaupun memang sudah tua tapi janganlah kuno sangat. Kita kenalah ada gaya sikit dalam bercakap barulah orang kata kita ni sentiasa up to date. Tak gitu?' Kata wanita itu didalam hati.
"Assalamualaikum" Lembut sapaan wanita itu.
"Waalaikumussalam" Jawab Aiwaa bersahaja.
"Kamu takut ya? Sebab tu kamu selubungkan diri kamu macam ni? Janganlah takut. Saya tak makan orang. Ehh maksud saya, saya bukan orang jahat. Eii mulut ni!" Kata wanita itu sambil menampar-nampar perlahan mulutnya.
"Bukan takut" Ujar Aiwaa.
"Kalau kamu tak takut, kenapa kamu berselubung macam tu sekali?" Soal wanita itu.
"S-saya tak pakai tudung" Jawab Aiwaa bersahaja.
"Oh! Okay saya faham. Sekejap ya, kalau tak silap saya dalam kereta saya ada tudung. Harap-harap adalah ya." Bicara wanita itu. Dia keluar sebentar dan menyuruh pemandunya untuk mengambil sehelai tudung untuk diberikan kepada Aiwaa. Tidak lama kemudian, wanita itu kembali masuk ke dalam bilik dan membawakan sehelai tudung berwarna hitam.
"Ini saya ada bawakan kamu sehelai tudung berwarna hitam. Taklah terlalu komot untuk dipakai" Kata wanita itu sambil menghulurkan tudung itu kepada Aiwaa.
"Err, saya okay. Terima Kasih ya" Kata Aiwaa sambil mengambil tudung tersebut lalu memakaikan di kepalanya. 'Cantik!' itulah yang dikatakan di dalam hati wanita itu sebaik sahaja melihat wajah Aiwaa bertudung.
"Most Welcome" Jawabnya sambil melakarkan senyuman.
Share this novel