Bab 6

Family Completed 2188

Selepas menempuhi perjalanan selama 5 jam 58 minit. Aiwaa tiba di Bus Station SJ Central, San Jose dengan selamat. Tetapi dia menghadapi satu masalah dan masalahnya ini sungguh besar!

"Alhamdulillah sampai juga aku dekat San Jose ni tapi?" Bicaranya itu terhenti.

"Tapi masalahnya mana aku nak pergi?" Sambung Aiwaa lagi sambil berjalan walau hakikatnya dia tidak tahu ke mana arah tuju yang ingin dia tujui.

"Ya, aku tahu kau bijak dekat sekolah. Tapi nampaknya memang kau hanya bijak dekat sekolah aje Aiwaa. Takkanlah sikit pun kau tak terfikir masa kau nak datang sini, dekat mana kau nak tinggal bila kau dah sampai nanti? Aduh Aiwaa, kenapalah kau ni bengap sangat?" Aiwaa mula buntu.

"Pertama sekali, aku kena fikir dekat mana aku nak tidur malam ni!" Katanya lagi.

"Hah! Aku tahu. Masjid! Ya, aku boleh tidur dekat masjid malam ni. Alhamdulillah nampaknya sel otak aku kembali berhubung, hahaha" Katanya riang. Dia mencari masjid yang berdekatan dengan tempat di mana dia berada sekarang.

"Sekejap! Apa! Apakah ini semua? Tak mungkin! Ini tak boleh jadi. Allahu takkan aku tak boleh tidur masjid? Aku dah dikira musafir kot sekarang ni!" Ujar Aiwaa bengang. Tiada seorang pun yang dibenarkan untuk tidur didalam masjid. Siapalah yang buat peraturan ini? Semakin rungsing Aiwaa dibuatnya.

"Takkan aku nak tidur hotel pulak? Masalahnya ada ke hotel yang berharga 100 RCR atau 150 RCR di tengah-tengah bandar yang serba maju ni? Sudahlah aku hanya berbakikan 150 Ringgit Costa Rica sekarang ni. Itulah untuk dibuat makan, minum dan itulah jugak untuk aku bayar tambang teksi seandainya aku ingin pergi kemana-mana" Kata Aiwaa. Kalaulah dia boleh menjerit di sini pasti dia akan menjerit sepuas-puasnya. Tapi apakan daya pasti orang di sini akan melabelkan yang dia ini orang gila.

*****

Sedar tidak sedar jam telah menunjukkan tepat pukul 9:00 malam. Seusai mengerjakan solat isyak, kini dia berada betul-betul di hadapan pintu masjid untuk menyusur keluar. Dia masih tidak tahu dimanakah dia ingin berteduh pada malam ini. Adakah dia perlu berbumbungkan angkasa kelabu dan berlantaikan bumi yang retak seribu? Dia tiada jawapan.

Aiwaa berjalan dan terus berjalan seraya fikirannya merewang entah ke mana. Sewaktu dia sedang leka meneruskan perjalanan barulah dia tersedar bahawa dia berjalan di jalan yang agak sunyi. Kawasan itu terang bahkan sangat terang. Dia mulai merasa pelik mengapakah kawasan itu terlalu sunyi? Perasaannya mulai tidak enak! Dia ingin membuat satu pusingan U. Dengan ketajaman matanya terlihat seakan ada tiga orang jejaka nun jauh di hadapan ketika ini. Tanpa berfikir panjang dia meneruskan perjalanan. Langkah kakinya dilajukan.

"Oh mak kau!" Aiwaa dikejutkan dengan kehadiran dua lelaki yang benar-benar berdiri di hadapannya saat ini sedang menghalangi laluan. Sekali lagi dia membuat pusingan U. Namun, nasib tidak menyebelahi dia kerana terdapat seorang lagi lelaki dengan memegang sebatang kayu besbol di tangan.

'Hah sudah! Matilah kau Aiwaa! Apa yang kau nak buat sekarang ni? Haih, dahlah aku tengah lapar gila ni"getus hatinya.

"Hai cik adik manis! Cik adik buat apa dekat sini? Nak abang temankan?" Kata salah seorang dari mereka dan tangan lelaki itu cuba untuk menyentuh wajah Aiwaa yang mulus itu.

"Jangan kacau akulah! Aku tak kacau korang, kan? Pergilah main jauh-jauh! Banyak lagi perkara yang aku nak kena fikir ni! Tolonglah!" Ujar Aiwaa sangat tegas serta tangannya pantas menepis tangan lelaki tersebut.

"Woah! Woah! Kasarnya adik comel kita ni. Kalau adik nak tahu lagi adik kasar lagi abang suka" Lelaki itu membuat muka nakal sambil melihat Aiwaa dari atas sampai ke bawah.

"Jap! Kau kata kau tak kacau kami? Hoi perempuan! Kau sedar tak yang kau dah ceroboh masuk kawasan kami ni? Itu yang kau cakap kau tak kacau kami? Kau sendiri yang datang menyerahkan diri kau! Dasar perempuan murah! Bodoh!" Tambah seorang lagi lelaki.

"A-aku minta maaf aku tak sengaja! Aku janji aku takkan masuk kawasan korang lagi dan korang jangan risau aku akan keluar tanpa tinggalkan jejak" Janji Aiwaa kepada mereka bertiga.

"Wah! Hebat ya kau perempuan? Kau ingat kami akan senang-senang lepaskan kau macam tu aje? Ehh memang taklah cerita dia! Jangan nak bermimpi di siang hari! Bangun dari tidur kau tu!" Kini lelaki yang memegang sebatang kayu besbol itu pula bersuara.

Dua orang lelaki itu cuba untuk mencapai tangan Aiwaa dan dengan lajunya dia menepis kuat tangan lelaki itu menggunakan tangan kanannya. Lalu memberikan satu tendangan yang cukup padu dengan kaki kanan ke arah lelaki yang berada disebelah kirinya itu. Sebaik sahaja dia dapat melepaskan diri. Dia berlari sepantas kilat dan terus meninggalkan mereka bertiga dibelakang.

'TANG!'

Aiwaa terjelepok jatuh, dia memegang dahinya dan kelihatan cecair berwarna merah di tangan. Ya, Aiwaa dipukul pada bahagian dahi oleh lelaki yang memegang sebatang kayu besbol itu tadi. Darah terus-menerus keluar dengan banyak.

"Huh! Kan aku dah cakap tadi yang ini adalah kawasan kami tapi kau tak nak percaya! Memang taklah kau nak blah macam tu aje!" Kata lelaki yang memegang sebatang kayu besbol itu. Dia memunculkan diri di salah satu lorong kecil yang terdapat di kawasan tersebut. Mata Aiwaa semakin lama semakin kabur dan terus kabur. Kini dia telah pun hilang kesedaran.

"Apit! Wolf! Korang angkat minah ni bawa pergi gudang, semak pulak aku tengok dia lama-lama!" Kata lelaki yang memegang sebatang kayu besbol dan sebenarnya dia merupakan ketua di antara mereka.

"Bos suruh saya ke Wolf?" Kata Apit sambil menggarukan kepala yang tidak gatal.

"Mana-manalah! Takkan itu pun aku nak kena bagitahu?" Jawab ketua mereka berlalu pergi.

"Yang mana satu ni? Aku ke kau, Wolf? Peninglah aku dengan bos ni!" Kata Apit yang kebingungan.

"Kau ni awat bingai sangat? Aduh! Harap muka ja handsome tapi otak lebih kecil dari burung unta!" Kata Wolf sambil mengangkat Aiwaa pergi. Malas dia ingin melayan perangai kawannya itu.

"Hah? Lah salah ke aku tanya? Dah aku tak faham kenalah tanyakan? Pepatah melayu ada mengatakan malu bertanya sesat jalan, malu mengayuh perahu hanyut" Kata Apit.

"Woi! Cepatlah, apa yang kau tercegat lagi dekat situ. Huh?" Kata Wolf sambil memandang Apit yang masih lagi tidak beranjak dari tadi.

"Yalah" Jawab Apit malas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience