"Selamat pagi! Sekejap! Kenapa muka Syiraz macam tu? If you have any problem, just tell me dear. Mama sentiasa ada untuk adik dan kalau adik nak tahu mama ni seorang pendengar yang setia tau. Kan, papa?" Soal Puan Marissa dengan semangat pada suaminya itu.
"Ya ke? Kenapa papa sikit pun tak tahu soal ni?" Soalan Puan Marissa di balas dengan soalan Encik Adzham. Encik Adzham berpura-pura membuat gaya seperti sedang berfikir.
"Eii abang. Apa ni? Tak naklah kawan dengan abang!" Rajuk Puan Marissa dengan suaminya itu.
"Hahaha. Buruklah muka Rissa bila merajuk. Betullah apa yang mama cakapkan tu Syiraz, mama seorang pendengar yang sangat setia. Kalau papa ada masalah, dengan mamalah yang papa akan ceritakan semuanya. Jadi seandainya Syiraz ada masalah atau ada perkara yang ingin diceritakan Syiraz cerita aje dekat mama. Okay anak papa?" Soal Encik Adzham kepada Aiwaa sambil tersenyum.
"Okay" Hanya itu sahaja yang keluar daripada mulut Aiwaa. Encik Adzham dan Puan Marissa hanya menggeleng melihat perangai anak mereka itu. Walaupun baru 9 bulan mengenali Aiwaa. Namun, mereka sudah masak dengan perangai anak perempuannya yang satu ini.
"Sayang, dah cepat habiskan makan. Nanti adik terlambat pulak nak ke sekolah" tambah Puan Marissa. Aiwaa hanya mengendahkan sahaja mamanya itu.
*****
Tiba sahaja Aiwaa di sekolah, ramai mata yang memandang tepat ke arahnya. Lalu mereka berbisik sesama mereka dan ada yang mengata tentang dirinya dengan nada suara yang kuat sehingga dia dapat mendengari apa yang mereka katakan.
"Bila dia nak berambus dari sekolah ni ehh?"
"Potong mood betullah minah kampung ni!"
"Semak!"
"Itu dia budak kampung yang tak selevel dengan kita!" Kata salah seorang dari mereka.
"Perempuan Kampung? Eiuw not my taste!" Kata seorang lelaki.
"Macam manalah boleh sesat masuk ke sini ya? Sedih aku tengok!" Tambah seorang lagi perempuan yang dikenali dengan nama Yana atau nama sebenarnya adalah Jayyana.
"Sesat! Sesat! Sesat!" Ejek mereka semua yang berada di situ. Tomahan demi tomahan yang Aiwaa dapati.
'Do i care? Of course, not!' Bicara Aiwaa didalam hati. Aiwaa menuju ke kelas dan hanya mengendahkan sahaja mereka. Malas untuk dirinya melayan perangai kebudak-budakkan mereka semua.
Dahulu dia seorang yang ceria, periang, lemah-lembut dan mudah bergaul dengan orang. Tetapi itu dahulu. Aiwaa bukanlah Aiwaa yang dahulu. Kini, dia seorang yang lebih suka berdiam diri, tidak ceria dan sukar untuk menguntumkan senyuman. Baginya Aiwaa yang dahulu sudah mati! Yang ada hanyalah SYIRAZ!
Mengapa Aiwaa berubah begitu sekali? Apa yang terjadi kepada dia yang sebenarnya?
*****
Seminggu selepas kematian Encik Warith dan Puan Safiyyah.
"Kau biar betul Aiwaa? Kau jangan nak buat gila!" Kata Shamira terkejut dengan kenyataan Aiwaa.
"Kau ingat aku tengah bergurau ke sekarang ni? Aku tengah seriuslah ni" Jawab Aiwaa seperti tiada perasaan.
"Sah! Kau memang dah gilalah Aiwaa! Kau kena ingat tau yang kau tu sebatang kara! Kau dah tak ada sesiapa lagi. Bahaya tahu tak? Aiwaa Syiraz! Cubalah kau dengar nasihat aku ni sikit. Kau tu perempuan tau. Risiko dalam keadaan bahaya tu sangat-sangat tinggi! Please Aiwaa! Dengarlah nasihat aku kali ni sahaja" Bicara Shamira dengan nada merayu. Dia amat menyayangi sahabat karibnya yang satu ini dan dia tidak mahu ada perkara buruk terjadi kepada Aiwaa.
"Maaf wei. Tapi kali ini aku betul-betul dah nekad. Kau tu cuba-cubalah Husnuzon sikit Mira oii. Ini tidak asyik nak Suudzon aje. Sepatutnya kau sebagai sahabat aku, kau kenalah doakan supaya aku sentiasa didalam keadaan yang baik-baik dan sentiasa di bawah lindungan Allah SWT. Kawan apalah kau ni!" Marah Aiwaa. Ada betulnya juga! Seharusnya dia mendoakan keselamatan sahabatnya itu.
"Tapi aku sayangkan kau Aiwaa. Aku takut! Aku takut aku akan hilang kawan yang senget macam kau ni" Balas Shamira. Walau dalam keadaan yang sedih sempat pula dia membuat lawak.
"Ehh dia ni. Ya aku tahu aku pun sayang dekat kau juga Mira ketot!" Kata Aiwaa sambil memeluk erat sahabatnya.
'Aku minta maaf Mira, aku pergi ke San Jose bukanlah sekadar suka-suka. Tapi aku ingin mencari siapakah ibu bapa kandung aku. Hanya itu sahaja harapan yang aku ada untuk mengecapi kembali kebahagiaan' monolog Aiwaa didalam hatinya.
*****
Kini tibalah waktunya untuk Aiwaa Syiraz berhijrah ke San Jose, Costa Rica untuk memulakan misinya dalam mencari siapakah sebenarnya ibu bapa kandung yang sebenar.
"Weii, kau jangan lupa aku dekat sini tau senget!" kata Sharifah Shamira dengan suara yang bergetar seperti ingin menangis.
"Kau ni takkanlah aku nak lupakan sahabat aku yang ketot seorang ni!" Aiwaa cuba untuk kuat kerana dia tidak mahu sahabatnya yang satu itu sedih.
"Sudah-sudah janganlah bersedih hati bukannya kita tak contact langsung. Sekarang ni kan zaman dah canggih semua benda di hujung jari. Kau cakap aje kau nak apa? Video Call? Voice Call? Whatsapp? Semua boleh tiada limit maa" Sambung Aiwaa dengan mulut sinis sambil kening terangkat-angkat.
"Yalah! Boleh pulak aku terlupa hehe. Okay fine! Aku kurangkan sedih aku. Tapi aku nak kau jaga diri kau baik-baik Aiwaa. Kalau ada apa-apa berlaku kau janji dengan aku yang kau akan cepat-cepat beritahu aku. Faham!" Kata Shamira dengan tegas.
"Baik puteri patik menurut perintah!" Balas Aiwaa.
"Cun! Bye Aiwaa. Ada rezeki kita jumpa lagi tau, Assalamualaikum" Jawab Shamira sambil melambai-lambaikan tangannya ke arah Aiwaa.
"In Syaa Allah, bye Mira. Waalaikumussalam" Balas Aiwaa sambil melambai kembali kepada Shamira.
Share this novel