"Wei! Siapa sebelah budak kampung tu? Handsome gila!" Kata Jesmine sahabat karib kepada Jayyana.
"Yalah! Handsome gila. Sesuai untuk aku! Aku kan puteri yang cantik letopz" Kata Jayyana perasan.
"Itu tak penting! Yang menjadi masalah sekarang ni siapa lelaki dengan perempuan sebelah budak kampung tu?" Soal Akira.
"Siapa pulak mereka berdua tu? Dan apa kaitan mereka dengan budak tu?" Soal Jayyana pula.
"Kita tunggu ajelah nanti mesti kita akan tahu jugak. Sekarang, kita kena pergi. Nanti lambat pulak kita ke perhimpunan" Kata Jesmine, dengan pantas mereka bergerak menuju ke perhimpunan sekolah.
*****
Aiwaa membawa Armel serta Adhwa ke pejabat sekolah untuk bertemu dengan pengetua terlebih dahulu. Itulah pesanan Tengku Adzham sebelum mereka bertiga tiba di sekolah.
"Assalamualaikum Cik, boleh kami berjumpa dengan pengetua?" Soal Tengku Adhwa kepada seorang kerani yang berada di situ.
"Boleh saya tahu siapa nama kamu bertiga?" Soal kerani itu mesra.
"Saya Adhwa Ri'adz, ini Armel Ri'adz dan ini Syiraz" Terang Tengku Adhwa. Walaupun mereka mempunyai darah diraja namun ibu bapa mereka sudah mendidik mereka untuk merendah diri sesama manusia.
"Oh, sampai pun awak bertiga. Mari saya bawakan awak bertiga ke bilik pengetua" Kata kerani itu sambil menunjukkan jalan ke arah bilik pengetua.
"Assalamualaikum, pengetua. Mereka bertiga sudah pun sampai" Ujar kerani itu.
"Waalaikumussalam, okay baiklah. Kamu boleh panggilkan mereka dan suruh mereka bertiga masuk ya. Terima kasih" Jawab Pengetua itu.
"Baik, pengetua" Jawab kerani itu lagi.
"Kamu bertiga jemputlah masuk tapi sebelum tu sila buka kasut dulu ya" Kata Kerani itu berlalu pergi.
*****
"Assalamualaikum, pengetua" Kata mereka bertiga serentak.
"Waalaikumussalam warahmatullah" Jawab pengetua itu sambil berpalingkan muka ke arah mereka bertiga.
"Aunty Su!!" Jerit Tengku Armel dan Tengku Adhwa sambil meluru ke seorang wanita yang dipanggil 'Aunty Su'. Aiwaa hanya memerhatikan sahaja tingkah laku mereka. Aiwaa tidak mengetahui wasilah apa di antara 'Aunty Su' itu dengan Armel dan Adhwa bahkan selama lapan bulan dia bersekolah di sini tidak pernah sekalipun dirinya berselisih mahupun bersua muka dengan 'Aunty Su' ini.
"Rindunya kami dengan Aunty Su. Lama gila kita tak berjumpa" Kata Tengku Armel.
"Ya, Aunty Su pun rindu dekat korang. Kenapa balik sini tak jumpa Aunty Su? Aunty Su tahu pun dari papa korang" Rajuk pengetua itu.
"Aunty Su! Aunty Su! Aunty Su! Aunty Su tahukan Adhwa sentiasa sibuk. Tak pernah satu hari pun Adhwa tak sibuk" Jawab Tengku Adhwa sinis sambil mengelap kaca matanya.
"Adhwa! Adhwa! Adhwa! Dari dulu sampai sekarang dengan poyonya berpisah tiada" Kata pengetua itu dengan sinis juga sambil mengelap gambarnya yang tergantung di dinding pejabat. Dia ingat dia seorang sahaja yang boleh berkata sinis? Ini Aunty Su tau!
"Allahu. Aunty terlupa sesuatu. Ni semua disebabkan Adhwalah ni, poyo sangat! Sampaikan aunty terlupa segalanya" Sambung dia lagi dengan muka yang mencebik.
"Ehh! Adhwa pulak yang salah. Asyik-asyik kita aje yang salah. Nak baliklah macam ni, okay bye" Tengku Adhwa membuat muka masam mencuka tanda protes. Namun tidak diendahkan oleh pengetua itu.
"Syiraz mari sini, sayang. Aunty minta maaf. Boleh pula aunty terlupa dekat anak buah aunty yang seorang lagi ni" Kata wanita itu tersengih.
"Aunty Su kalau Aunty Su nak tahu, budak kecil ni kalau tak ditarik tak adanya dia nak datang. Dia ni pemalu orangnya, nasib baik comel tau" Bebel Tengku Armel. Gayanya seperti orang tua sahaja. Tengku Adhwa dan wanita itu tergelak kecil.
"Syiraz, perkenalkan nama aunty ialah Tengku Alma Puteri Widad Ibni Al-marhum Tengku Aalam Putera Wahnan. Tapi Syiraz boleh panggil Aunty Su. Nama punyalah panjang, last-last panggil Aunty Su aje. Apalah hahaha. Aunty ni adik bongsu kepada papa. Lagi satu aunty tak nak kamu bertiga panggil aunty dengan panggilan Aunty Su dekat sekolah ni ya sebab aunty nak buat surprise!" Ujar Tengku Alma.
"Maksud aunty? Adhwa tak fahamlah" Soal Tengku Adhwa bingung.
"Okay macam ni, aunty sebenarnya tahu apa yang Syiraz lalui sepanjang bersekolah dekat sini. Syiraz dihina, dicaci, dimaki semuanya aunty tahu. Tapi aunty biarkan dahulu. Bila tepat pada masanya mereka akan tahu siapa sebenarnya Syiraz dan waktu tu mereka akan menyesal dengan apa yang mereka dah buat. Disebabkan itu, aunty nak kita semua rahsiakan perkara ni dulu. Setuju tak sayang-sayang-sayang aunty?" Soal Tengku Alma kepada mereka bertiga.
"Setuju!" Jawab Tengku Armel dan Tengku Adhwa serentak. Aiwaa sekadar mengangguk perlahan.
"Jom kita bergerak ke tapak perhimpunan. Sudah masanya untuk semua pelajar berkumpul" Ajak Tengku Alma.
"Jom!" Jawab mereka seretak.
Share this novel