Bab 14

Family Completed 2180

Mereka berjalan bersama-sama untuk menyertai perhimpunan pagi di Dewan Aththobarani. Dewan Aththobarani boleh memuatkan lebih 350 orang dalam satu masa namun bilangan pelajar di sekolah itu tidak begitu ramai. Hanya 177 orang pelajar, 24 orang guru dan 12 orang kakitangan sahaja di sekolah itu. Pembelajaran di sekolah ini sangat tinggi harganya berbanding dengan sekolah-sekolah swasta yang lain kerana yuran tahunannya dianggarkan minimum sebanyak 1.5 juta ringgit setahun termasuk kemudahan dan kelengkapan pelajar.

Di sini para pelajar diberi dua pilihan dalam sistem pembelajaran. Pelajar boleh memilih sama ada mahu mengambil SPCR (Sijil Pelajaran Costa Rica) ataupun IGCSE (International General Certificate of Secondary Education). Tiada paksaan dikenakan, namun pihak sekolah menggalakkan pelajarnya untuk mengambil IGCSE kerana sijil IGCSE ini diiktiraf oleh kebanyakan institusi seluruh dunia.

Sekolah berprestij tinggi ini bernama URNADA Empire High School yang terletak di tengah-tengah bandar metropolitan, Costa Rica. Sekolah ini tidak perlu disangkal lagi dari semua aspek. Baik dari segi kualiti pendidikan, fasiliti, teknologi, kediaman, tenaga pengajar dan struktur kokurikulum. Tidak hairanlah mengapa kos yuran di sini agak mahal.

URNADA Empire High School ini menerapkan elemen-elemen seperti inteligensia, berketerampilan dari aspek fizikal dan kestabilan spiritual kepada para pelajar. Di sini, guru-guru juga memainkan peranan yang sangat penting untuk melakukan rekayasa melalui pelbagai medium dan kaedah pembelajaran didalam kelas. Guru-guru juga mampu menarik minat pelajarnya agar mereka tidak mudah bosan ketika sesi pembelajaran.

Bak kata cendekiawan, alang-alang menyelup pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Jadi, mari kita bercerita sedikit sebanyak tentang kemudahan atau fasiliti yang disediakan untuk pelajar di URNADA Empire High School ini.

Setiap pelajar disediakan dua buah loker setiap seorang. Sebuah loker didalam kelas manakala sebuah lagi terletak didalam bilik persalinan pakaian. Loker yang berada didalam kelas dikhaskan untuk pelajar meletakkan buku mahupun alatan-alatan menulis. Sebuah lagi dikhususkan untuk loker pakaian pelajar seperti pakaian sukan, seragam sekolah dan renang.

Terdapat dua buah gimnasium yang membahagikan antara gim lelaki dan perempuan. Jangan terkejut ya, kerana di sini juga menyediakan ruang untuk bersauna. Ruang ini dapat memuatkankan seramai 15 orang pelajar dalam satu masa. Juga dipisahkan kepada dua bahagian, satu bahagian untuk lelaki dan satu bahagian untuk perempuan. Nice bukan?

Di sekolah-sekolah swasta selalunya mempunyai sebuah kolam renang. Namun, di sini terdapat dua buah kolam renang. Sebuah untuk lelaki dan sebuah lagi khas buat perempuan yang ditutupi dan dikawal rapi agar aurat mereka sentiasa terpelihara.

*****

"Pengetua kata kita bertiga ditempatkan dalam satu kelas yang sama. Jadi, senanglah untuk seorang abang berdedikasi macam Adhwa yang kacak ni untuk menjaga korang berdua" Kata Tengku Adhwa dengan yakinnya.

"Kau ni kalau tak poyo memang tak boleh ke wahai Adhwa yang tak adalah kacak mana?" Soal Tengku Armel sambil menyilangkan tangannya. Aiwaa malas untuk bersuara dan seandainya dia bersuara habislah Tengku Adhwa terdiam.

"Hei! Aku kalau petik jari bukan setakat sepuluh orang perempuan aje yang datang tau tapi dua puluh lima orang! Kau ada? Tak ada, kan? So, better watch your mouth! Malas aku nak layan kau! Baik aku cakap dengan Syiraz lagi baik! Adik sayang, sekarang ni kita nak pergi bilik persalinankan?" Soal Tengku Adhwa gedik. Aiwaa hanya mengangguk.

Tak sabar abang nak pakai seragam sekolah! Mesti tiga kali ganda kekacakkan manusia yang bernama Adhwa Ri'adz! Ya, itu sudah pasti!" Ujar Tengku Adhwa lagi. Kali ini Tengku Armel dan Aiwaa tidak mengendahkan lelaki itu.

"Sampai" Kata Aiwaa sepatah. Namun Tengku Armel dan Tengku Adhwa tidak mempedulikannya kerana mereka berdua sudah tidak sabar lagi untuk menyarungkan pakaian seragam sekolah yang sungguh cantik itu.

15 minit kemudian

"So, how? Do i look beautiful with this uniform?" Tengku Armel menyuakan soalan kepada Aiwaa. Sungguh dia mengharapkan adiknya itu memberi pujian kepadanya.

"Perfect!" Dengan satu perkataan mampu membahagiakan hati kakaknya itu.

"Thank you!" Kata Tengku Armel terharu. Akhirnya adiknya itu mahu memberikan pujian. Sebelum mereka berdua berjalan keluar untuk menemui Tengku Adhwa, sempat Tengku Armel memeluk adiknya itu tanda terima kasih kerana sudah memujinya.

"Wow! You look so beautiful kakak! Sesuai sangat baju tu dengan kau" Puji Tengku Adhwa ikhlas.

"You too Adhwa! Macho gila kau. Sumpah tak tipu! Ini kalau Melati tengok ni mesti dia makin sayang dekat kau! Kan, adik?" Aiwaa mengangguk setuju.

"Adhwa,kan? Mana pernah tak macho!" Kata Tengku Adhwa berlagak sambil membetulkan bajunya.

"Dia dah mula dah. Jom adik kita masuk kelas. Susah kalau bercakap dengan orang yang pantang kena puji ni. Mulalah nak angkat bakul dia lebih-lebih!" Malas Tengku Armel mahu melayan perangai adik lelakinya itu. Dia menarik tangan Aiwaa menuju ke kelas.

"Wei! Tunggulah aku!" Tengku Adhwa berlari mendapatkan kakak dan juga adiknya.

*****

"Assalamuaikum Cikgu" Kata kembar itu serentak kepada guru yang sedang khusyuk mengajar.

"Waalaikumussalam. Kamu berdua pasti pelajar baharu bukan?" Soal guru itu kepada mereka.

"Ya! Boleh dikatakan begitu" Jawab Tengku Adhwa tersengih.

"Jemput masuk, Syiraz kamu boleh duduk dulu ya" Arah guru itu. Aiwaa berlalu ke tempat duduknya.

"Kamu berdua bolehlah memperkenalkan diri masing-masing" Sambung guru itu lagi.

"Assalamualaikum, hai! Cukuplah korang tahu nama saya Armel Ri'adz dan ini adik kembar saya. Nama dia Adhwa Ri'adz! Kami berdua harap korang boleh beri tunjuk ajar pada kami. Terima kasih" Ujar Tengku Armel sambil mengukirkan senyuman manis kepada pelajar yang berada didalam kelas itu.

"Okay Armel, awak boleh duduk disebelah Syiraz. Manakala Adhwa awak bolehlah duduk ditempat yang kosong itu" Kata guru itu.

"Baik cikgu!" Kata mereka berdua serentak.

"Oh sebelum itu, Armel dan Adhwa. Perkenalkan, nama saya Izzarah Ameena. Awak boleh panggil saya Cikgu Zarah. Saya juga merupakan guru kelas Sayyidatina Fatimah ini. Kalau ada sebarang masalah, bolehlah berjumpa dengan saya" Kata guru itu lalu meneruskan pembelajaran.

"Kringg!"

Loceng menandakan waktu rehat telah pun berbunyi. Sudah tiba waktunya untuk mereka mengisi perut yang kelaparan dengan makanan.

"Jom rehat! Lapar gila dah ni" Kata Tengku Adhwa. Mereka bertiga bergerak menuju ke arah kantin sekolah.

"Bang, kacak-kacak pun kalau tak reti nak beratur tak guna jugak bang" Ujar Aiwaa bersahaja kepada abangnya yang berjalan tanpa menoleh kiri atau kanan. Tengku Adhwa berpatah balik selepas mendengar apa yang diperkatakan Aiwaa sambil membuat muka selamba. Armel? Usah ditanya! Sudah lama dia mentertawakan tingkah laku adik lelakinya itu. Tergelak besar Tengku Armel dibuatnya.

"Itulah kifarah untuk orang yang poyo macam kau Adhwa! Hahaha" Gelak Tengku Armel.

"Diamlah kau! Aiwaa, kenapa kita kena beratur?" Soal Tengku Adhwa bingung.

"Sebelum masuk kena imbas muka dulu biar adil untuk semua pelajar. Tidak ada istilah, ada pelajar yang tak dapat makan" Jawab Aiwaa. Mahu tidak mahu dia perlu menjelaskan kepada kakak dan abangnya. Dia tidak mahu abang dan kakaknya menjadi seperti dia yang tidak tahu apa-apa sewaktu pertama kali memasuki sekolah tersebut. Semuanya dia perlu belajar sendiri tanpa ada yang memberitahunya. Sungguh seksa baginya pada waktu itu.

"Oh, tapi kenapa tak pakai kad pelajar macam sekolah lain?" Soal Tengku Adhwa lagi.

"Teknologi sekolah ni maju selangkah ke hadapan daripada sekolah lain" Jawab Aiwaa seperti orang yang tiada perasaan.

"Okay abang dah faham. Patutlah belajar pun kena guna iPad Pro. Memang luar biasa betul teknologi dia. IPad Pro yang 12.9 inci pulak tu! iPad Pro tu dahlah dilengkapi dengan 16 gigabyte RAM on the models and 2 terabyte capacity storage! Tabiklah abang dengan sekolah ni!" Teruja Tengku Adhwa dengan teknologi yang digunakan oleh sekolah itu.

"Pertama kali kau nampak bijak, bang" Kata Tengku Armel sambil tergelak kuat. Ramai mata yang memandang tetapi dia tidak mempedulikan mereka. Tengku Adhwa menjeling tajam kakaknya itu.

"Gempak weii! Suka gila aku dengan sekolah ni!" Ujar Tengku Adhwa riang.

"Suka tu suka jugak, tapi cepatlah ambil makanan tu! Kau ni ramai lagi yang tengah beratur dekat belakang!" Marah Tengku Armel kepada Tengku Adhwa.

"Yalah" Kata Tengku Adhwa mengeluh.

*****

"Alhamdulillah. Kenyang betul" Ujar Tengku Adhwa.

"Both of you wanna use the elevator or escalator?" Soal Tengku Adhwa inginkan jawapan.

"Escalator" Jawab Aiwaa sepatah.

"Okay. Kakak nak tanya makanan dekat sini memang sedap-sedap ke? Dah macam makan dekat hotel pulak kakak tengok" Soal Tengku Armel.

"Hari isnin aje makan macam tu. Hari lain kita boleh pilih kita nak makan apa dekat iPad Pro tu" Jawab Aiwaa sambil mereka berjalan menuju ke kelas.

"Wow! Nampaknya tak menyesal abang pindah sekolah ni" Kata Tengku Adhwa bangga.

"Sekejap Syiraz! Kakak nak tanya ni. Kenapa semua kelas dekat bahagian depan, ada nama Ummu? Macam Ummu Aiman, Ummu Ruman, Ummu Ammara dan lain-lain. Tapi nama kelas kita aje yang Sayyidatina Fatimah?" Soal Tengku Armel bingung.

"Sebab aku!" Kata seorang gadis dengan bongkaknya.

"Apa maksud kau?" Soal Tengku Armel kepada gadis itu.

"Semuanya sebab aku! Aku yang suruh papa aku buat satu kelas yang khas untuk aku dengan kawan-kawan aku. Papa aku tu Tan Sri Jiyyad Iman! Menteri Kewangan dekat Costa Rica ni. Tapi pengetua kata takkan dalam satu kelas cuma ada tiga orang aje. Jadi papa aku limitkan, hanya sepuluh orang sahaja yang boleh masuk kelas ni dan aku usulkan syarat kepada pengetua. Orang yang betul-betul layak sahaja yang boleh masuk kelas ni. Layak yang aku maksudkan tu hanya orang-orang kaya macam aku atau anak orang ternama aje yang boleh masuk! Tapi yang aku tak faham kenapa pengetua pergi masukkan perempuan kampung jijik ni dekat kelas ni!" Kata Jayyana sambil menunjal kepala Aiwaa.

"Woi!! Apa masalah kau nak tunjal kepala dia? Mak bapak dia pun tak pernah tunjal kepala dia! Kau ingat kau siapa? Orang tengah bercakap sibuk kau nak menyampuk! Dasar perempuan biadab!" Marah sungguh Tengku Armel dengan gadis itu. Tengku Adhwa turut marah namun dia tidak mahu berkasar dengan wanita. Tetapi jangan sesekali mencabar tahap kesabaran dia!

"Kau ingat dia takut dengan kau ke? Jangan lupa dia tu anak menteri! Kau langsung tak setaraf dengan dia! Sedar sikit diri tu!" Kata Akira mempertahankan sahabatnya Jayyana.

"Dah Armel, jom!" Kata Tengku Adhwa malas untuk bergaduh.

"Takut ke? Hm lemah! Slibau!" Ujar Jesmine pula.

"Jom!" Kata Tengku Adhwa lagi.

"Ehh tak ada! Aku memang pantang kalau orang tak ada adab macam ni! Dia ingat dia siapa? Nak cakap tu cakap ajelah! Tak perlu sampai nak tunjal kepala anak orang! Apa dia ingat dia anak menteri aku takutlah dengan bapak dia? Ehh, kendatipun dia anak raja kalau dia biadab macam ni, apa dia ingat aku takut? Ada jugak yang kena penampar dengan aku ni kang! Dahlah gedik!" Mendidih darah Tengku Armel dengan perempuan gedik itu.

"Sabar Kakak! Ingat Allah! Jangan layan orang macam ni! Sikit pun tidak mendatangkan faedah" Kata Tengku Adhwa menenangkan kakaknya itu.

"Okay, baik! Nasib baik ada adik aku. Kalau tidak memang 360 darjah kepala kau terpusing sebab kena tempeleng dengan aku! Kau dengar sini perempuan! Sekali lagi kalau kau sentuh dia, kau tengoklah nasib kau nanti! Jangan main-main dengan aku!" Kata Tengku Armel memberi amaran kepada Jayyana sambil Tengku Adhwa menarik tangannya untuk beredar dari tempat itu.

"Cakap pung pang pung pang macam hebat sangat. Belum gaduh lagi dah cabut. Nampak sangat lemah! Kalau kau nak tahu perempuan yang kau jaga sangat tu, sikit pun tak ada beza dengan pelacur! Hina lagikan jijik!" Ujar Jayyana yang menambahkan lagi bara dalam hati Tengku Armel.

Mendengar kata-kata Jayyana membuatkan Armel tidak lagi dapat menahan amarahnya. Tidak mengambil masa yang lama pantas Armel memalingkan badannya dan terus menuju ke arah Jayyana. Dia mahu menghadiahkan satu tumbukan istimewa buat Jayyana, namun langkahnya terhenti. Ternyata ada yang lebih pantas bertindak daripada dirinya.

'Dush!'

"Auch!"

"Yana!!" Risau Jesmine dan Akira.

"Hoi! Apa masalah kau? Asal kau tumbuk dia?" Akira menolak kuat tubuh gadis yang telah menumbuk muka teman karibnya itu.

"Aku tanya kau ni! Asal kau tumbuk dia! Jawablah perempuan!" Marah Akira lagi. Tengku Adhwa dan Tengku Armel masih tergamam dengan situasi yang baru sahaja berlaku sebentar tadi.

"Kau memang kurang ajarkan!" Ujar Jayyana marah.

"Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa" Gadis itu memberikan senyuman sinis.

"Kau memang nak kena dengan aku!" Ujar Jayyana seraya mahu mencekik leher gadis itu.

"Jangan melebih-lebih Jayyana. Aku tak berminat nak 'bermain' dengan kau" Gadis itu pantas mencekak pergelangan tangan kepunyaan Jayyana. Dia mencekak kuat sebelum melepaskan tangan 'perempuan gedik' itu dengan kasar.

"Siapa yang mula dulu? Kau, kan!!" Tidak sempat Jayyana mahu memberikan satu tumbukan buat gadis itu, ada satu suara yang mengarahkan agar dia berhenti dari terus menyempurnakan niat didalam hatinya.

"Jayyana Irdina Binti Tan Sri Jiyyad Iman! Stop it!" Ujar Tengku Alma dingin.

"Ta-tapi pengetua, dia yang mulakan dulu. Bukan saya" Jayyana cuba untuk menyelamatkan dirinya.

"Tak perlu menunding jari Jayyana! Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang? Kalau kamu tak ada buat apa-apa dekat dia, takkan tiba-tiba sahaja dia nak tumbuk kamu? Apa saya yang salah Jayyana? Kali ini saya akan ambil tindakan tatatertib ke atas kamu!" Ucap Tengku Alma tegas.

"Pengetua! Pengetua jangan lupa tau. Saya ni anak kepada orang ternama iaitu anak Menteri Kewangan! Jadi berani ke pengetua nak ambil tindakan kepada saya?" Jawab gadis itu sombong dengan muka sinisnya.

"Jangan menilai sesuatu buku itu hanya dari kulitnya sahaja, Jayyana. Jangan pandang remeh terhadap saya sedangkan kamu sedikit pun tidak pernah mengenali saya" Tengku Alma juga bercakap dengan sinis.

"Tidak bermakna kamu anak menteri kamu boleh buat sesuka hati kamu. Kalau saya nak kamu dan bapa kamu dibuang dari negara ini pun saya boleh buat Jayyana. It's small matter for me, so don't you ever challenge me Jayyana!" Tambah Tengku Alma lagi.

Jayyana serta teman-teman karibnya terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Tengku Alma. Muka mereka kelihatan cuak bercampur pucat. Armel, Adhwa dan Aiwaa hanya mendiamkan diri. Namun, hati mereka sedikit gembira dengan apa yang dikatakan oleh 'Aunty Su' mereka.

"Jayyana Irdina, Jesmine Emily dan Bunga Akira jumpa saya di pejabat sekarang!" Arah Tengku Alma seraya mahu berlalu pergi. Langkahnya terhenti.

"Syiraz, kamu juga perlu berjumpa dengan saya di pejabat kerana kamu yang mula menumbuk muka Jayyana." Ujar Tengku Alma kepada Aiwaa sebelum berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience