"Pfft! What the?! Kebiadaban apakah ini markonah?" Naik angin Aiwaa dibuatnya. Aiwaa menyemburkan air yang terdapat dalam mulutnya akibat disiram oleh penjahat itu.
"Kau ingat ni hotel ke yang kau boleh tidur tak bangun-bangun?" Kata Wolf bengis.
"Kalau iya pun tak payahlah main siram-siram air dekat aku! Dah tak boleh nak kejut orang elok-elok ke? Bukannya aku tak reti nak bangun!" Bengang Aiwaa. Dia ingat dia ja boleh bengang? Aku pun bolehlah!
"Yalah. Kenapa kau tak kejut dia baik-baik Wolf? Boleh ajekan?" Kata Apit membenarkan kata-kata Aiwaa.
"Kan, kan? Apa bendalah kawan kau tu" Sambung Aiwaa tanpa Wolf sempat berkata apa-apa.
"Woi! Korang berdua ni tak payah nak memekak boleh? Aku suruh kau bangun! Bukan suruh kau memekak dekat telinga aku! Kalau ikut aku lagi semalam aku dah bunuh kau! Tapi disebabkan bos kata nak jadikan kau anak ayam dia jadi terpaksalah aku bersabar dengan kau!" Bentak Wolf marah.
"A-apa? Kau nak jadikan aku anak ayam? Maksudnya kau nak jadikan aku pelacur? Macam tu ke? Kau jangan cakap yang perempuan-perempuan yang dekat sana tu" Kata-kata Aiwaa dipotong oleh Apit.
"Ya! Tepat sekali! Aku sukalah dekat kau ni, bijak!" Potong Apit sambil menepuk tangan dengan riang.
"Jadi yang budak-budak tu pun kau nak jadikan" kata Aiwaa lagi.
"Bukanlah adik cantik. Yang budak-budak tu bos kata nak potong salah satu anggota badan mereka dan kemudiannya dijadikan peminta sedekah" Jawab Apit dengan tersengih-sengih.
"Oh okay. Wait! What? No! Mana boleh! Korang tak kesian ke dekat mereka?" Terkejut Aiwaa dibuatnya. Dia seolah-olah tidak percaya apa yang baru dikatakan Apit.
"Kalau aku kesiankan mereka, bukan businesslah namanya cik adik oii!" Kata ketua mereka yang baru tiba entah dari mana.
"Bos" Kata Wolf pada bosnya itu.
"Ketua" Kata Apit pula.
"Aku nak korang berdua bagi makan dekat anak-anak ayam aku ni. Biar mereka ada tenaga sikit untuk memulakan kerja malam ini. Peminta sedekah tu pulak, selepas sahaja Teko dengan budak-budak dia datang untuk potong salah satu tangan atau kaki mereka baru kau bagi mereka makan. Selagi belum potong jangan sesekali bagi makan. Faham!" Kata Ketua mereka berlalu pergi.
"Baik bos!" Kata mereka berdua serentak.
'Tak boleh! Ini tak boleh dibiarkan! Takkan aku nak biarkan mereka rosakkan aku? Aku kena keluar dari sini walau apa cara sekali pun!' Bicara Aiwaa di dalam hatinya.
*****
Menjelang malam, Aiwaa dan juga wanita yang berada di situ dibawa menaiki van yang berwarna hitam. Mereka dipaksa memakai pakaian yang tentu kalian tahu bukan? Pakaian jenis yang bagaimana mereka akan beri seandainya seseorang itu mahu dijadikan pelacur? Puas Aiwaa cuba menolak dari memakai pakaian tersebut. Tetapi tamparan demi tamparan dan tumbukan demi tumbukan yang dia dapati. Walau dia tidak redha, namun dia terpaksa akur kerana dia sudah kehabisan tenaga.
Aiwaa dan yang lain-lain di bawa ke suatu lorong dan di lorong itu terdapat ramai 'orang' sebagaimana mereka akan menjadi sebentar lagi. Jantung Aiwaa tidak perlu digambarkan lagi, memang sudah hampir ingin terkeluar dari jasad.
'Ya Allah! Ya Tuhan kami! Bantulah kami! Kau selamatkanlah kami dan tunjukkanlah keajaiban-Mu, Ya Sami' Ya Basir!' Aiwaa berdoa memohon pertolongan pada Tuhannya yang satu. Hanya kepada Allah dia berserah diri.
Selepas sahaja Aiwaa mengharapkan sesuatu keajaiban yang berlaku ke atas dirinya, tanpa disangka-sangka dia mendapatkan satu idea yang baginya cukup bernas dan semoga sahaja dengan idea ini dia dan yang lain-lain berhasil untuk melarikan diri dari neraka ini.
Di kala Apit dan Wolf keluar daripada van tersebut, mereka berbual sebentar dengan seorang lelaki yang berdiri di situ sejak mereka tiba di lorong ini. Tanpa melengah-lengahkan masa Aiwaa terus sahaja memberitahu rancangan dari idea yang bernas tadi kepada wanita-wanita yang mendapat nasib yang serupa dengan dirinya..
"Korang nak melarikan diri dari sini, kan?" Soalnya. Lalu mereka yang seramai enam orang tidak termasuk Aiwaa mengangguk laju.
"Okay macam ni. Aku ada idea. Korang nampak tak ada lorong kecil dekat sebelah kanan tu?" tanya Aiwaa dan mereka mengangguk lagi.
"Aku nak korang lari ikut lorong tu dan pastikan jangan ada sesiapa yang berpecah dan tertinggal. Okay? Aku nak korang jaga antara satu sama lain. Faham?" Soal Aiwaa lagi.
"Faham. Tapi kau macam mana pulak?" Tanya salah seorang dari mereka.
"Korang jangan risau tentang aku. Aku akan pergi mengalihkan perhatian dua orang tu termasuklah seorang lagi lelaki yang berdiri sewaktu kita datang. Aku syak lelaki tu pun orang-orang dia jugak." Kata Aiwaa.
"Mula-mula kita tunggu aje siapa yang buka pintu dan aku akan tendang kuat-kuat orang yang ada dekat depan pintu tu. Kemudian, aku akan berlari selaju yang mungkin dan aku akan ikut jalan yang lurus ni. Apit dengan Wolf mesti gelabah punya dan tanpa berfikir panjang. Mereka mesti akan kejar aku sampai dapat tapi aku tak pastilah mamat seorang tu akan ikut kejar atau tidak.
Waktu tu korang kena lari laju-laju dan sejauh yang boleh! Lebih baik kalau korang pergi cari balai polis yang terdekat dan pandai-pandailah korang belasah mamat tu. Cara paling cepat untuk tumbangkan dia, kau tendang je titik kelemahan dia. Satu lagi yang paling penting, jangan lari dekat tempat yang sunyi! Korang pergi lari dekat tempat yang terbuka. Korang fahamkan?" Kata Aiwaa seperti sedang menyanyi rap. Bukan apa, dia takut tidak sempat untuk menerangkan semua ideanya. Mereka mengangguk tanda faham.
"Terima kasih banyak. Kami tak tahu macam mana nak balas kebaikan kau" Kata salah seorang dari mereka.
"Kalau betul korang nak balas kebaikan aku, balas dengan memastikan korang pergi dari tempat ni dengan selamat! Boleh?" Soal Aiwaa sambil memerhatikan penjahat itu.
"In Syaa Allah. Terima Kasih Banyak-banyak" Kata mereka serentak tetapi perlahan.
*****
Seusai sahaja membuka pintu, Wolf menyuruh ke semua wanita yang berada di dalam kenderaan itu termasuklah Aiwaa untuk bergerak keluar dari perut van tersebut. Apabila Wolf berdiri tepat di tengah-tengah pintu dengan sekuat tenaga yang Aiwaa ada, dia menendang Wolf menggunakan kaki kanannya. Ia menyebabkan Wolf jatuh tersungkur ke belakang.
'Gedebuk!'
"Argh!" Jerit Wolf mengadu kesakitan.
"Boleh tahan hebat jugak aku ni. Baru dia tahu the power of kaki kanan itu apa! Hehehe" Aiwaa tersenyum bangga dengan dirinya.
"Apit kejar dia! Jangan bagi dia terlepas! Tak guna punya betina!" Bentak Wolf sangat marah.
Aiwaa dikejari rapat oleh Apit, Wolf pula jauh ke belakang. Namun dia masih bertenaga dalam mengejar Aiwaa meskipun kepalanya terhantuk kuat sebentar tadi. Kuat, tidak mudah mengaku kalah dan mukanya agak menyeramkan itu memang sesuai dengan gelaran 'serigala'. Adakah dia spesies serigala jadian? Entahlah, Aiwaa juga tidak mengetahuinya.
Apa yang Aiwaa rancangkan itulah yang terjadi. Semua rancangannya berjalan lancar tanpa sebarang cacat cela. Walaupun dia masih lagi dikejar oleh Apit dan Wolf, jauh di lubuk hati dia risau akan keselamatan wanita-wanita yang senasib dengan dirinya itu. Dia sangat mengharapkan yang mereka semua berjaya menyelamatkan diri dan melarikan diri sejauh yang boleh.
Aiwaa menoleh ke belakang dan mendapati dua jejaka itu masih mengejarinya.
'Aduhai! Dua orang ni memang tak reti nak penat ke macam mana? Bawa-bawalah berehat oii! Aku dah tak larat dah ni, Allahu!' Mengeluh Aiwaa di dalam hati.
"Woi perempuan! Bila kau nak berhenti ni? Mengaku kalah aje! Kau ni memang cari fasal dengan aku betul! Berhentilah!" Gertak Wolf.
"Tak nak!" Jawab Aiwaa meneruskan larian.
"Adik manis! Berhentilah, please! Abang Apit dah penat ni kejar adik manis dari tadi. Kalau adik manis berhenti, abang Apit janji yang abang Apit akan belanja adik manis gula-gula biar wajah adik manis bertambah manis sampaikan semut pun main jauh-jauh. Please! Boleh ya?" Soal Apit dengan nada memujuk.
"Tak nak!" Ujar Aiwaa dengan jawapan yang masih sama.
"Kau memang menempah maut. Siap kau! Aku akan pastikan yang aku dapat tangkap kau! Kau tunggu! Kau tunggu! Silap besar kau main-main dengan aku, perempuan!" Tahap kesabaran Wolf tersisa satu peratus sahaja. Apa yang bakal terjadi dengan Aiwaa? Habislah dia!.
"Tolong! Tolong! Helper me now!" Jerit Aiwaa sekuat hati. Dia mengharapkan pertolongan. Manalah tahu ada jejaka korea yang mahu menghulurkan bantuan buat dirinya. Siapa tahu? Tak salahkan untuk berangan?
"Kau ingat kau melalak minta tolong macam ni, ada orang nak tolong kau ke perempuan? Jangan mimpilah! Sekarang ni dah pukul 12:00 tengah malam. Lelaki korea pun dah tidur waktu-waktu macam ni!" Kata Wolf dengan nada teriak.
'Aik! Mana dia tahu aku mengharapkan pertolongan dari jejaka korea?' Soalnya di dalam hati.
"Aku tak peduli! Ini dinamakan ikhtiar. Takkan tak tahu? Tolong! Tolong saya! Tolong!" Jawab Aiwaa seraya meminta bantuan.
Dalam pada Aiwaa berlari dia tersungkur dek kerana terpijak sebiji batu bersaiz kecil yang berada di laluannya. Tidak dapat dia mengelakkan diri dari batu kecil itu lalu dia tersembam jatuh mencium bumi.
'Gedebuk!'
"Allah!"
"Hah! Kan aku dah kata yang aku akan pastikan aku dapat tangkap kau! Dasar perempuan tak guna!" Ujar Wolf dengan senyuman sinis.
Tanpa belas kasihan Wolf menampar kuat kedua-dua pipi serta memukul gadis itu semahu-mahunya. Sungguh tidak terduga Apit juga turut melakukan hal yang sama. Dalam pada Apit dengan perangai sengal ubinya, jauh di sudut dalam bahawa dia dan Wolf tiada beza.
Aiwaa tersangatlah lemah, apa yang dia mampu lakukan pada waktu itu hanyalah menangisi takdirnya dengan tangis kekesalan.
'Maafkan aku Mira kerana tidak mendengar apa yang kau nasihatkan kepadaku. Kini, sungguh aku menyesalinya Sharifah Shamira! Seandainya aku bisa mengembalikan putaran waktu, akan aku dengari segala nasihat dan pesanan kau wahai sahabatku. Andai benar sudah tertulis di luth mahfuz bahawa malam ini adalah malam yang terakhir buat diriku ini. Sungguh aku redha dalam menerima takdirku dengan lapang dada dan hati yang ikhlas kerana-Nya. Maafkan aku sahabat!' Getus Aiwaa di dalam hati. Matanya tertutup rapat. Penat, penat dia rasakan tika ini.
Aiwaa, bangun sayang. Bukalah matamu. Aiwaa kena bangkit sayang. Aiwaa tak boleh biarkan mereka berdua terus-menerus menyakiti Aiwaa. Ingat, wanita itu untuk dilindungi bukan untuk disakiti. Terciptanya wanita itu dari tulang rusuk yang kedudukannya dekat pada bahu agar mudah untuk dilindungi dan ia bukanlah dari kaki yang dengan mudah untuk mereka sakiti. Bangkit sayang! Bangkit! Permata kami ini kuat!
'Umi! Abi!'
Aiwaa membuka mata, cecair putih pada tubir matanya itu dibiarkan sahaja. Dia melihat kedua-dua penjahat itu sedang duduk bersandarkan dinding. Barangkali kepenatan, maklumlah sudah puas memukul tubuhnya itu.
"Puas? Puas dengan apa yang kalian berdua lakukan terhadap aku? Kenapa kalian sanggup perlakukan aku sebegini rupa? Apa salah aku terhadap kalian?
Mana hati dan perasaan kalian berdua? Apit? Wolf? Sebagai lelaki tugas kalian adalah menjadi pelindung atau dalam erti kata lain 'hero' buat para wanita. Tapi terbalik pulak dengan apa yang kalian berdua lakukan sekarang ini. Hahaha, kelakar bukan?
Cuba kalian berdua bayangkan yang kalian berdua mempunyai seorang adik mahupun seorang kakak. Lalu diperlakukan sebegini bahkan mahu dijadikan seorang pelacur. Sungguh tidak dapat dibayangkan bagaimana sadisnya perasaan mereka.
Bertaubatlah Apit! Wolf! Selagi pintu taubat masih terbuka. Sampai bila kalian mahu berada di takuk yang sama? Sampai kalian tertangkap? Sampai kalian ke tali gantung? Fikirkanlah.
Aku tahu sebenarnya kalian berdua ni orang yang baik. Cuma, biasalah manusia tersasar dari landasan yang benar. Ubahlah jalan yang penuh dengan liku-liku kepada jalan yang lurus dan dipenuhi dengan bunga-bungaan ditepinya.
"Apit! Wolf! Boleh tak aku nak buat satu permintaan?" Setelah panjang lebar Aiwaa mencuci mereka, Aiwaa menyoalkan satu soalan.
"Apa dia?" Soal Apit ringkas.
"Boleh tak kalian biarkan aku pergi? Aku janji, aku tidak akan sesekali membuat laporan polis jika kalian berdua melepaskan aku. Sesungguhnya aku seorang yang berpegang pada janji." Ujar Aiwaa. Semoga sahaja mereka mahu melepaskannya.
*****
'Bush!'
"Kau memang tak gunakan, perempuan! Kau pijak kepala aku!" Kata Wolf dengan perasaan yang sangat marah.
Apakah sebenarnya yang terjadi? Mengapakah Wolf begitu marah sekali dan mengapa Wolf mengatakan bahawa Aiwaa telah memijak kepalanya? Nantikan di bab seterusnya.
Share this novel