Bab 4

Family Completed 2188

Sewaktu Aiwaa pulang dari sekolah dengan menaiki basikal kesayangannya yang diberikan nama Baby Silv. Kelihatan Uncle Young sedang berjalan mundar-mandir dihadapan rumahnya seperti orang yang penuh kegelisahan. Bagaikan ada perkara penting yang ingin disampaikan dengan kadar segera.

'Kenapa ya agaknya Uncle Young mundar-mandir macam tu?' Getus Aiwaa didalam hati sambil menolak basikalnya ke arah Uncle Young.

"Uncle Young. Uncle buat apa dekat sini? Bukan ke sepatutnya uncle ada bersama dengan umi dan abi sekarang? Umi dengan abi pergi pekan nak jumpa uncle, kan?" Soal Aiwaa kehairanan.

"Y-ya, memang tadi umi sama abi you ada berjumpa sama uncle. Tapi mereka sudah balik tadi maa, kira-kira dalam pukul 1:00 tengah hari" Balas Encik Young.

"Oh! Tapi uncle tak jawab lagi soalan saya. Uncle buat apa dekat sini? Umi dan abi belum balik lagi dari pekan. Tu kereta mereka tak ada dekat garaj" Aiwaa mempamirkan jari telunjuknya ke arah garaj kosong yang tidak terdapat sebarang kenderaan di situ.

"Unc-uncle tahu umi sama abi you belum balik ke rumah lagi. Tapi uncle a-ada perkara yang ingin uncle beritahu sama you Aiwaa" Kata Encik Young tergagap-gagap seperti ada sesuatu yang telah berlaku.

"Okay. Jadi apa yang uncle nak beritahu saya? Macam suspen aje bunyinya" Kata Aiwaa. Hatinya dengan tiba-tiba mulai merasa tidak enak.

"Y-you kena banyakkan bersabar ya, d-dengan apa yang uncle ingin sampaikan ini. Sebenarnya umi sama abi you telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan ingin pulang ke rumah. Uncle dapat call daripada hospital dan pihak hospital beritahu yang abi sama umi you sudah meninggal dunia ditempat kejadian. Pihak hospital juga menyuruh uncle membawa waris untuk proses pengecaman mayat. Jadi, uncle mahu bawa you ke hospital sekarang" Dengan perasaan yang takut-takut Encik Young memberitahu Aiwaa perkara yang telah menimpa ibu dan ayahnya itu.

"Allahuakhbar!" Lemah longlai lututnya menyebabkan dia terduduk setelah mendengar kenyataan yang keluar daripada mulut Encik Young dan hanya satu perkataan itu sahaja yang mampu Aiwaa lafazkan ketika itu kerana dia tidak tahu bagaimana ingin mengungkapkan. Perasaannya seolah-olah bercampur-baur.

*****

Setahun sudah berlalu daripada peristiwa itu.

Aiwaa tersentak dari lamunan panjangnya, terasa seperti ada butir-butir kaca di pipinya yang mengalir deras. Pantas Aiwaa menyeka air mata yang mengalir itu, lalu beristighfar bagi menenangkan dirinya.

'Astaghfirullahal'adzim' getus Aiwaa didalam hati.

La yukalifullahu nafsan illa wus'aha

-Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya-

(Quran Surah Al-Baqarah Ayat 286)

Teringat Aiwaa dengan kata-kata yang sering diungkapkan oleh Encik Warith dan Puan Safiyyah sewaktu mereka merasakan ujian yang mereka hadapi itu terlalu berat.

"Kau kena kuat Aiwaa! Kau mampu dan kuat untuk menghadapinya, kau tak boleh lemah macam ni. Allah takkan uji kau kalau kau tak mampu untuk lalui ujian ini, ingat tu Aiwaa yang cantik! Sematkan dalam diri kau yang kau boleh!" Ujar Aiwaa dengan semangat. Ya. Dia kena kuat untuk menempuh hari-hari yang mendatang.

"Aiwaa rindu umi dan abi. Umi dengan abi tunggu tau Aiwaa dekat taman syurga nanti, In Syaa Allah Aiwaa akan menyusul suatu hari nanti. Aiwaa sayang umi dan abi sangat-sangat" Ucap Aiwaa sayu sebelum melelapkan matanya.

*****

Jam di dinding menunjukkan tepat pada pukul 5:00 pagi. Aiwaa bangkit dari tidurnya lalu bergerak ke tandas untuk membersihkan diri dan dia mengenakan pakaian harian kerana dia ingin menuju ke dapur terlebih dahulu untuk membantu Mak Yam menyediakan sarapan pagi sebelum dia bersiap-siap ke sekolah.

"Assalamualaikum, selamat pagi Mak Yam" Katanya kepada Mak Yam sambil tangannya ralit membantu Mak Yam memotong sayur-sayuran yang berada di atas papan pemotong.

"Waalaikumussalam, selamat pagi Cik Syiraz. Ya Allah Cik Syiraz! Mak Yam boleh buat semua ni, anak-anak Mak Yam pun ada untuk tolong Mak Yam. Cik Syiraz pergilah berehat atau bersiap-siap untuk menunaikan solat subuh" Kata Mak Yam serba salah kerana melihat anak majikannya itu bersusah-payah membantu dia di dapur.

"Tak nak! Selagi Mak Yam panggil Syiraz dengan panggilan Cik Syiraz. Selagi itu jugalah Syiraz akan tolong Mak Yam dekat sini" Kata Aiwaa dengan selamba.

"Cik Syiraz, Cik Syiraz tu anak majikan Mak Yam jadi Mak Yam kenalah bahasakan Cik Syiraz dengan panggilan Cik Syiraz" Kata Mak Yam.

"Tak! Mak Yam tak perlu bersusah-payah nak panggil Syiraz dengan panggilan tu! Just call me SYIRAZ, S-Y-I-R-A-Z!!" Aiwaa membuat muka serius dan sengaja dia menekankan suaranya itu. Mak Yam cuak melihat wajah Aiwaa kerana dia belum pernah melihat Aiwaa serius begitu sekali.

"Baiklah, mulai hari ini Mak Yam akan memanggil Cik Syiraz dengan panggilan Syiraz sahaja" Balas Mak Yam dengan muka yang agak sedikit pucat.

"Maaf Mak Yam" Aiwaa perasaan akan perubahan wajah Mak Yam dan dia berlalu ke biliknya agar Mak Yam kembali tenang.

*****

Seusai sahaja Aiwaa selesai mempersiapkan dirinya untuk ke sekolah, dia berlalu menuruni tangga dan menuju ke ruang makan untuk makan bersama-sama Puan Marissa dan Encik Adzham.

Siapa pula Puan Marissa? Encik Adzham dan Mak Yam? Semakin complicated cerita ini bukan? Nantikan di bab seterusnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience