"Jika benar Syiraz adalah anak kepada bonda dan ayahanda. Kenapa tergamak sungguh bonda dan ayahanda membuang Syiraz jauh-jauh dalam hidup kalian berdua?" Soal Aiwaa seperti orang yang tiada perasaan.
"Adik, bukan macam tu sayang. Ayahanda dan bonda tak pernah buang adik, mereka berdua sangat sayang akan anakandanya. Jadi tak mungkin mereka tergamak untuk buang anak mereka sendiri" Tengku Marissa cuba untuk menenangkan hati anak bongsunya itu.
"Jadi?" Soalnya ringkas.
"Sebenarnya 16 tahun yang lalu, puteri bonda yang bernama" Pantas Aiwaa memotong percakapan Tengku Aufaa.
"Naina?" Mereka semua terkejut dengan apa yang dikatakan Aiwaa.
"Sekejap! Ma-macam mana Syiraz tahu nama puteri bonda tu? Setahu bonda, bonda dah lama tak dengar orang menyebut nama tu lagi selepas kejadian tragis tu berlaku" Kata Tengku Aufaa berkerut.
"Mimpi! Dalam mimpi tu ada seorang perempuan sedang mencari anak dia yang bernama Naina. Mula-mula Syiraz tak nampak siapa perempuan tu. Syiraz mimpi untuk kali yang kelima barulah Syiraz tahu siapa perempuan tu dan ternyata perempuan tu adalah bonda" Jelas Aiwaa panjang lebar. Mereka mengangguk tanda faham.
"Jadi puteri kami yang bernama Naina itu diculik pada ketika umurnya menginjak 6 bulan. Sewaktu itu negara Eritrea dan Ecuador mengalami krisis yang menyebabkan kedua-dua buah negara itu mencetuskan perang yang agak besar. Ianya memberikan impak yang besar pada negara Eritrea. Nyawa kami dan rakyat terancam hebat! Ayahanda dan bonda bersepakat dalam membuat keputusan, di mana kami ingin menghantar Nasya, Aibaaq dan Naina kepada Adzham dan Marissa untuk menolong kami dalam melindungi putera puteri kami buat sementara waktu.
Mama dan papa waktu tu dah menetap dekat sini sebab papa mengahwini mama yang merupakan kerabat diraja di negara Costa Rica ini. Tapi malangnya, hanya Nasya dan Aibaaq sahaja yang selamat tiba di tangan mama dan papa. Menurut orang kepercayaan kami, sewaktu dalam perjalanan ingin menghantar putera puteri kami, ada askar dari negara Ecuador telah menahan mereka serta merampas ketiga-tiga anakanda kami. Namun dengan pantas orang kepercayaan kami itu mengambil semula Aibaaq serta Nasya. Hanya Naina sahaja yang tidak dapat diselamatkan kerana mereka telah melarikan Naina terlebih dulu.
Disebabkan itulah kami kehilangan Naina. Bukan kami sengaja untuk membuangnya dari hidup kami. Sungguh kami tidak rela! Bonda sehinggakan perlu berulang-alik dari istana ke hospital dua minggu sekali kerana masalah tekanan yang sangat teruk. Banyak kali bonda cuba untuk membunuh diri tapi dapat dihalang oleh dayang-dayang di istana.
Nak tak nak ayahanda terpaksa kuat demi anak dan isteri, walau hakikatnya ayahanda tersangatlah lemah. Kami cuba mencari Naina tapi kami tiada daya untuk melawan takdir yang dirancang kemas oleh pemilik alam semesta ini. Hasilnya, ayahanda menghentikan segala inisiatif dalam mencari Naina demi untuk membuatkan bonda berhenti dari terus berharap akan kembalinya puteri kami itu" Terang Raja Aathif sambil menyeka air matanya yang jatuh berjuraian.
Kelihatan semua orang yang berada di situ dibanjiri oleh air mata kesedihan dengan apa yang diceritakan oleh Tengku Aathif.
"Jadi Syiraz, boleh ayahanda tahu sama ada Syiraz mempunyai seikat rambut yang berwarna merah ataupun tidak?" Mereka semua menantikan jawapan dari Aiwaa.
"Syiraz minta maaf" Jawapan Aiwaa membuatkan mereka semua tunduk kecewa.
"Syiraz, tak! Aiwaa maksudkan Aiwaa! Aiwaa ingin memohon sejuta kemaafan dari bonda dan ayahanda kerana Aiwaa bersikap kurang ajar pada bonda dan ayahanda sebentar tadi. Ya! Sememangnya terdapat seikat rambut yang berwarna merah pada Aiwaa sejak kecil lagi. Aiwaa pernah cuba untuk buang rambut tu, tapi ia tetap tumbuh" Ujar Aiwaa sambil menguntumkan sebuah senyuman kebahagiaan pada tubir bibirnya.
"Allahuakhbar! Betul ke apa yang Syiraz, ehh maksud bonda Aiwaa! Betul ke apa yang Aiwaa katakan ni? Aiwaa ada rambut berwarna merah tu?" Soal Tengku Aufaa menantikan jawapan. Aiwaa mengangguk lalu tersenyum manis.
"Alhamdulillah, syukur pada Allah! Abang, kita dah jumpa anak kita bang" Tengku Aufaa memeluk suaminya, sungguh dia bersyukur.
"Adik, papa rasa lebih baik bonda dan mama memastikan dulu sama ada betul atau tidak yang Syiraz ni Naina. Papa bukan tak percaya cuma inginkan kepastian. Pelbagai aspek akan berubah, macam aurat dan mahram sekiranya Syiraz adalah Naina. Syiraz jangan salah faham ya sayang" Lembut Tengku Adzham menuturkan pandangan.
"Papa! Bukan Syirazlah, kan Aiwaa kata dia Aiwaa. Apalah papa ni" Ujar Tengku Adhwa mencebik. Dia pula yang lebih sudu dari kuah.
"Tak apa pa, Aiwaa faham maksud papa" Kata Aiwaa tenang sambil tersenyum.
"Jom bonda! Mama! Kita pergi ke bilik" Ajak Aiwaa seraya menarik tangan mereka.
*****
"Alhamdulillah! Sememangnya benarlah Aiwaa adalah Naina. Tidak dinafikan lagi" Tengku Aufaa dan Aiwaa berpelukan erat. Sudah lama Tengku Aufaa menantikan kepulangan anakandanya ini. Begitu juga Aiwaa bermacam-macam dugaan yang harus dia tempuhi untuk merasai detik-detik kebahagiaan ini.
"Lepas ni mesti mama rindu dekat anak mama yang satu ni" Bergetar suara Tengku Marissa menahan sebak.
"Alaa! Mama janganlah sedih. In Syaa Allah, Aiwaa akan selalu jenguk mama dekat sini. Okay?" Pujuk Aiwaa sambil meletakkan tangannya di pipi Tengku Marissa.
"Bonda, Kak Nasya dengan Aibaaq dah tahu ke soal ni?" Soal Armel.
"Belum lagi, tapi bonda tak tahulah kalau ayahanda dah bagi tahu ke belum" Jawab Tengku Aufaa.
"Jom kita pergi ke ruang tamu, mesti orang lelaki nak tahu apa keputusannya" Ujar Puan Marissa dan mereka terus menuju ke ruang tamu.
"Jadi bagaimana? Apa keputusannya?" Raja Aathif tidak sabar lagi untuk mengetahui keputusan.
"Sah!" Satu perkataan yang ringkas namun mampu membuatkan semua yang berada di situ melakarkan senyuman kebahagiaan.
"Yeay! Tapikan, kakak dengan mama takkan tak tahu yang Aiwaa ada seikat rambut warna merah?" Soal Tengku Adhwa pelik.
"Yalah! Tak pernah pulak nampak selama ni" Berkerut Tengku Armel memikirkannya.
"Aiwaa sembunyikan, sebab tu mama dengan kakak tak pernah nampak. Selagi kita boleh elak dari fitnah, lebih baik kita elak. Betul tak?" Jawab Aiwaa untuk soalan Tengku Adhwa.
"Ohh, pat" Tidak sempat Tengku Adhwa ingin menghabiskan ayatnya, kedengaran seseorang memberi salam.
"Waalaikumussalam, biar Adhwa yang buka pintu" Katanya dan berlalu ke pintu. Kelihatan Tengku Aibaaq, Tengku Nasya dan juga Tengku Alma di hadapan pintu.
"Bonda, ayahanda! Ayahanda kata tadi dah jumpa Naina. Mana dia? Tak ada pun?" Soal Tengku Nasya dengan kelam-kabut. Tiada pula reaksi yang ditunjuk daripada Tengku Aibaaq.
"Bonda! Ayahanda! Nasya tanya ni, mana Naina? Ke Nasya dah rabun sampai tak nampak dia?" Soal Tengku Nasya lagi. Namun mereka hanya mendiamkan diri.
"Jap! Ayahanda kata dah jumpa adik, tapi Nasya sikit pun tak nampak dia dekat mana" Tengku Nasya cuba untuk memikirkan sesuatu. Selepas 2 minit kemudian.
"Mustahil! Tak boleh jadi! Tapi boleh jadi jugak! Peninglah Nasya. Bonda! Ayahanda! Jawablah soalan Nasya! Betul ke yang Syiraz tu Naina? Tak mungkinlah! Syiraz tu bukan ke anak angkat mama dengan papa? Umur pun kalau diikutkan sebaya dengan adik. Sekejap! Maksudnya betullah yang Syiraz tu adalah Naina sebab Syiraz ada alahan yang sama! Yeayy!" Omel Tengku Nasya cuba untuk memecahkan soalan yang mereka rahsiakan jawapan dari dirinya. Segera Tengku Nasya memeluk adiknya itu.
"Bingo!" Kata Tengku Adhwa riang.
"Tak sangka, cikgu kita ni memang bijak orangnya!" Kata Tengku Armel teruja.
"Hey, girl! Semua guru-guru dekat URNADA Empire High School, memang cerdik-cerdik orangnya. Tengoklah siapa pengetua dia, Tengku Alma Puteri Widad. Kan!" Ujar Tengku Alma dengan lagaknya.
"Eii! Poyolah Aunty Su ni!" Kata Tengku Adhwa terkekek-kekek ketawa. Mereka sekeluarga tertawa gembira. Namun ada seseorang yang seperti tidak menyukai apa yang sedang berlaku di dalam keluarga ini.
"Kalau betul dia ni Naina, kenapa nama bapa angkat dia sama dengan nama yang dia berbinti! Kenapa berbinti Abdul Warith? Kenapa tak berbinti Abdullah? Tak pelik ke?" Soal Tengku Aibaaq dengan penuh keraguan.
"Yalah! Betul jugak apa yang Aibaaq katakan tu." Tengku Adhwa membenarkan kata-kata Aibaaq.
"Kan? Aibaaq dah cakap dah!" Kata Tengku Aibaaq sambil melemparkan senyuman sinis pada Aiwaa.
"Zaman sekarang dah tak macam zaman dulu. Zaman sekarang boleh berbinti selain daripada Abdullah, asalkan yang berbinti tu adalah nama-nama Allah. Abdul bermaksud hamba Allah, manakala Warith kita ambil dari 99 asma ul husna iaitu Al-Warith. Maka, terjadilah Abdul Warith yang bermaksud hamba Allah yang mewarisi. Lagi satu alang-alang nama abi Abdul Warith, itu yang umi dengan abi letak nama Aiwaa berbinti Abdul Warith.
Masa dekat kampung dulu, semua orang tahu yang Aiwaa ni anak angkat abi dan umi. Kalau pergi mana-mana pun memang mereka akan cakap yang Aiwaa ni anak angkat mereka. Tak pernah sekalipun mereka mengaku mereka adalah ibu dan ayah kandung Aiwaa.
Aiwaa tak terasa hati kalau umi dengan abi cakap yang Aiwaa bukan anak kandung sebab dalam masa yang sama mereka akan cakap yang Aiwaa ni anak susuan mereka dan memang benar Aiwaa anak susuan mereka. Jadi, Tengku Aibaaq adakah saya menjawab soalan kamu dengan baik?" Soal Aiwaa sambil memberi senyuman manis agar membuatkan hati Tengku Aibaaq membara.
"Semua yakin ke dengan budak ni?Jangan yakin sangat, Aibaaq bukan apa. Aibaaq takut nanti makan diri pulak. Zaman sekarang ni terlalu banyak helah yang membolehkan mereka masuk ke dalam keluarga kita, lagi-lagi kita semua ni keturunan kerabat." Dengan sinis Tengku Aibaaq mengemukakan pandangannya.
"Tengku Aibaaq! Kamu sedar tak apa yang kamu katakan? Kamu tahu tak dengan siapa yang kamu sedang bercakap sekarang ni?" Soal Raja Aathif yang mula menaikkan suaranya seoktaf.
"Ayahanda, betullah apa yang baaq cakap. Kita kena hati-hati dengan orang luar!" Sengaja dia menekankan perkataan 'orang luar' itu.
"Tengku Aibaaq! Tengku Aibaaq! Tengku Aibaaq! Kamu sepertinya tidak berpuas hati dengan saya. Kenapa ya? Adakah mungkin dikeranakan saya akan mengambil kembali gelaran'bongsu' dari kamu? Boleh jadi juga!
Saya tak rasa yang kamu tidak berpuas hati dengan saya kerana harta, sebab suatu hari nanti kamu tetap akan menjadi seorang raja. Memandangkan kamu seorang sahaja anak lelaki dalam adik-beradik kita.
Sudah lama saya perhatikan, bahawa kamu sepertinya tidak menyukai akan kehadiran saya didalam keluarga Tengku Adzham dan Tengku Marissa. Saya juga sangat yakin yang kamu lebih tidak menyukai saya apabila mendapat tahu bahawasanya saya adalah Tengku Aithafun'Naina Puteri Wafa! Adakah patik benar wahai kekandaku Tunku Mahkota Eritrea Tengku Aibaaq Putera Waail?" Soal Aiwaa sinis.
'Kau boleh bercakap dengan siniskan tadi? aku pun bolehlah!' Getus hati Aiwaa.
"Aiwaa sayang, macam mana Aiwaa tahu yang nama penuh Aiwaa adalah Tengku Aithafun'Naina Puteri Wafa?" Soal Tengku Aufaa terkejut.
"Bonda, kan Aiwaa ada cakap yang Aiwaa dapat tahu nama Naina tu dari dalam mimpi" Tengku Aufaa mengangguk tanda mengerti.
"Tengku Aibaaq! Saya bertanya pada kamu ni. Apakah benar andaian saya? Selama ini saya hanya mendiamkan diri, namun tidak lagi sekarang! Kamu fikir saya tidak tahu yang kamu telah bersubahat dengan Jayyana dan rakan-rakannya untuk sabotaj saya sewaktu di kolam renang wanita? Saya hampir mati lemas akibat rancangan kamu akan tetapi Alhamdulillah, Allah masih mengasihi saya dan memberi saya kesempatan untuk meneruskan hidup. Allah hadirkan seseorang dan orang itulah yang menolong saya pada waktu itu. Sungguh saya terhutang nyawa padanya.
Saya juga tahu bahawa peristiwa yang saya hampir digantung sekolah itu berpunca dari kamu. Kamu mengupah seorang pelajar perempuan untuk melanggar saya dan memasukkan duit koperasi didalam kantung baju saya. Lalu seorang lagi pelajar membuat aduan kepada guru koperasi dan mengatakan dia ternampak saya mengambil duit itu. Mentanglah saya ini berasal dari kampung dan hanya menumpang kasih di sini, kamu bolehlah memfitnah saya!
Hebat! Hebat permainan kamu Aibaaq! Kalau tidak mengenangkan kamu itu adalah anak raja dan anak saudara pengetua di sekolah itu, mahu saja saya membongkarkan kegiatan kamu terhadap saya pada keluarga kamu. Tapi saya sedar siapalah saya ini. Mahu tidak mahu saya perlu membiarkan sahaja ianya berlalu.
Aibaaq! Aibaaq! Sanggup menganiaya dan memfitnah orang untuk memuaskan nafsu sendiri. Bertaubatlah Aibaaq. Insaf dari melakukan perkara-perkara begitu. Ingatlah Aibaaq, kamu baru mengenali saya hanya sepuluh peratus. Masih ada berbaki sembilan puluh peratus lagi. Kalau saya mahu, saya boleh sahaja melakukan sesuatu yang kamu tidak pernah jangkakan ianya akan berlaku. Tetapi kalau saya melakukannya apa beza saya dengan kamu? Disebabkan itu saya tidak ingin melalukannya. Jadi jangan sesekali mencabar tahap kesabaran saya Aibaaq!
Aiwaa minta maaf seandainya Aiwaa pernah melakukan kesilapan atau kesalahan pada abang Baaq, Aiwaa sedar Aiwaa khilaf. Jadi maafkanlah Aiwaa ya?" Ujar Aiwaa tersenyum setelah panjang lebar dia membebel.
"Betul ke ini Syiraz? Macam tak percaya aje!" Kata Tengku Adhwa tercengang, yang lain juga turut tercengang.
"Kan! Tak pernah-pernah dia cakap sebegini banyak selama ni. Tiba-tiba aje hari ni dia cakap macam ni banyak! Selalunya hanya angguk-angguk, geleng-geleng, tunduk-tunduk, ikut telunjuk, iya-iya, saya-saya, kiri kanan ikut saja. Ehh!" Kata Tengku Armel pula yang seolah-olah tidak percaya.
"Hehehe. Aiwaa Syiraz memang satu nama, tapi mempunyai dua perwatakkan yang berbeza. Kan Aiwaa dah kata ni Aiwaa bukan Syiraz. Kalau semua nak tahu Aiwaa adalah seorang yang banyak cakap, ceria orangnya, peramah. Tapi berbeza pulak dengan Syiraz, Syiraz orang yang lebih suka berdiam dari bercakap, tidak ceria dan sangat membosankan. Jadi semua nak Aiwaa jadi Syiraz balik ke macam mana?" Usik Aiwaa pada mereka semua.
"TAK NAK!!" Teriak mereka serentak.
"Kalau Naina pulak? Macam mana?" Soal Tengku Adhwa tanpa sengaja.
"Kalau Naina? Kalau Naina, nanti Aiwaa fikirkan. Tapi harapnya semua orang bagi Aiwaa masa untuk membuat kajian dalam menentukan bagaimana karakter Naina ni" Mereka semua tertawa melihat gelagat Aiwaa.
Share this novel