Bab 27

Family Completed 2180

"Bonda, lama lagi ke orang Costa Rica nak sampai? Lama dah Aiwaa tunggu ni!" Kata Tengku Aiwaa mengeluh berat.

"Sabarlah sayang, sekejap lagi mereka sampailah tu. Ayahanda dah call tadi, mungkin kesesakan lalu lintas kot." Ujar Raja Aathif.

"Yalah" Jawab Tengku Aiwaa ringkas sambil membuat mulut muncung.

"Girl, nak air coklat tak? Kalau nak Kak Nasya tuangkan" Soal Tengku Nasya kepada Tengku Aiwaa.

"Nak! Nak! Aiwaa nak yang ada ais! Aiwaa haus sangat ni Kak Nasya" Jerit Tengku Aiwaa seperti keanak-anakkan. Tengku Nasya menuangkan air lalu diberikan pada Tengku Aiwaa.

"Aiwaa! Janganlah jerit dekat telinga Abang Baaq! Lagi satu, jangan nak mengada sangat boleh? Dah tak boleh nak tuang air tu sendiri ke macam mana?" Marah Tengku Aibaaq pada adiknya itu.

"Alaa maaflah, tak sengaja. Kak Nasya yang nak tuangkan bukannya Aiwaa yang mintak. Apalah Abang Baaq ni, asyik nak marah aje" Balas Tengku Aiwaa bersahaja.

"Korang berdua ni asyik nak bergaduh aje! Pening bonda nak uruskan korang berdua tahu tak?" Pening Tengku Aufaa melihat kedua anaknya ini.

"Aiwaa ni bonda!" Jawab Tengku Aibaaq sambil mengarahkan jari telunjuk ke arah Tengku Aiwaa.

"Eii apa tunjuk-tunjuk? Gunting jari tu kang! Kan Aiwaa kata tak sengaja. Apalah!" Marah Tengku Aiwaa pula. Raja Aathif pula hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam. Hah! Sampai pun! Lama tau Aiwaa tunggu" Kening Tengku Aiwaa bertaut sambil memuncungkan mulut tanda dirinya sedang marah.

"Haih budak ni, dari jauh dah dengar suara dia. Kalau dulu sikit punya payah nak dengar suara" Kata Tengku Marissa sambil mencuit hidung gadis yang dia anggap seperti anak kandungnya itu. Aiwaa memeluk erat Tengku Marissa. Sungguh dia rindu akan wanita itu.

"Pening dah kepala Kak Aufaa dengan budak berdua ni, hari-hari ada aje nak bergaduh. Tak Aiwaa yang mulakan, Aibaaq yang mulakan" Mengadu Tengku Aufaa pada adik iparnya itu.

"Ish bonda ni. janganlah buka aib. Malulah Aiwaa!" Kata Tengku Aiwaa sambil menutup mukanya dengan kedua-dua tangan. Mereka semua yang berada di situ tertawa melihat telatah Aiwaa.

"Hahaha, sudah-sudah tu. Kita berkelah ni nak makan-makan, jadi marilah kita makan. Ayahanda dah lapar sangat dah ni" Ujar Raja Aathif pada mereka semua.

"Tengku semua biarlah Mak Yam, Mawar dengan Melati yang ambilkan makanan" Kata Mak Yam yang ingin mencedok nasi.

"Ehh, Mak Yam! Tak perlu. Hari ni Mak Yam, Mawar dengan Melati berehat dari melayan kami semua. Kita berkelah ni nak merehatkan diri dari kerja, bukannya datang untuk membuat kerja" Ujar Tengku Aufaa.

"Tapi, tengku" Kata Mak Yam mahu menyangkal.

"Mak Yam, tak ada tapi-tapi! Mak Yam duduk makan. Kami bawa Mak Yam sekeluarga untuk berehat dan bergembira bersama-sama dengan kami. Ingat tau!" Tegas Tengku Marissa memberi peringatan.

"Baiklah tengku!" Jawab Mak Yam mengalah.

"Siapa nak nasi lemak?" Soal Tengku Aufaa.

"Sayang, abang nak."

"Kak Aufaa, Am nak jugak!"

"Kak Nasya boleh tak hulurkan ayam goreng berempah tu dekat Adhwa."

"Aunty Su, Armel nak spageti macam Aunty Su tu boleh?"

"Aiwaa, ambilkan Abang Baaq sandwish telur tu."

"Mawar minumlah air tu, penat Sya buat tau hahaha"

"Jom Wa, kita terjun sungai. Tak sabar dah nak berenang ni."

"Abang Baaq! Iya pun nak mandi sungai tu janganlah curi roti sosej Aiwaa!"

"Abang pun nak satu, lari."

"Hei! Janganlah! Bonda Mama tengoklah Abang Baaq dengan Abang Adhwa!"

"Oii Adhwa! Kau tinggalkan aje kekasih hati kau dekat sini? Apa punya tunanglah kau ni!"

"Alamak! Lupa! Kaulah ni Baaq!"

"Ehh! Aku pulak yang salah?"

"Melati sayang, Melati duduk dekat sini diam-diam okay? Abang Adhwa yang kacak ni nak terjun sungai sekejap"

"Adhwa, bila majlis?"

"Tahun depan!"

Riuh suasana pada ketika itu, diisi dengan gelak tawa mereka.

Sungguh indah takdir yang ditulis buatnya sehingga tidak terucap kebahagiaan yang dia rasakan tika ini. Alhamdulillah, kepada Sang Pencipta dia panjatkan kesyukuran dan limpah kurnia-Nya.

Walaupun dia pernah dikunci oleh sisi gelap kehidupan, namun sinar cahaya mengatasi sengalanya sehinggakan tidak berbekas walau sekelumit luka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience