"Boleh tak kalian biarkan aku pergi? Aku janji, aku tidak akan sesekali membuat laporan polis jika kalian berdua melepaskan aku. Sesungguhnya aku seorang yang berpegang pada janji" Ujar Aiwaa. Semoga sahaja mereka mahu melepaskannya.
Wolf dan Apit hanya mengendahkan sahaja apa yang gadis itu katakan. Bukan mereka tidak mahu melepaskan gadis itu. Tetapi mereka takut jika mereka melepaskan gadis itu, keluarga mereka pula yang menjadi sasaran bosnya sebagai galang ganti akibat kecuaian mereka dalam menjaga gadis tersebut.
Aiwaa dapat menyangkakan bahawa mereka tidak mahu melepaskan dirinya. Dia dengan pantas cuba mengambil prakarsa lain untuk melarikan diri daripada situasi itu. Dalam pada mereka sedang leka berehat akibat kepenatan, Aiwaa bangkit dari kedudukannya yang sekarang. Sewaktu Aiwaa mahu bangkit dengan bingkas Wolf dan Apit mendapatkan dirinya.
Aiwaa menumbuk muka kacak kepunyaan Wolf dengan sekuat hati lalu dia membaling sebiji batu bersaiz kecil yang menyebabkan dia tersungkur tadi ke arah Apit. Tanpa dia sangka, batu itu tepat mengenai dahi kiri Apit. Darah mengalir laju pada dahinya itu.
"Adoi! Kurang ajar betul!"
"Kuat gila tumbukan minah ni!"
Aiwaa berlari laju meninggalkan dua sosok tubuh itu dengan sisa baki tenaga yang dia ada.
Sedang Aiwaa berlari, dia mendapati bagai ada seseorang yang memegang bahu kanannya. Dia menoleh sekilas dan ternyata itu adalah Wolf.
"Mana kau nak lari lagi hah, perempuan! Kau memang tak gunakan? Aku baru ingat tak nak berkasar dengan kau tapi boleh pulak kau pijak kepala aku! Kali ni memang aku takkan biarkan kau terlepas lagi. Itu janji aku! Kau dengar ke tak!" Kata Wolf dengan merentap kasar rambut Aiwaa kerana dia merasakan dirinya tertipu dan disebabkan itu kepala Aiwaa terdongak ke atas. Aiwaa merintih kesakitan.
Wolf mengeluarkan sebilah pencakar kuku besi yang sangat tajam kepunyaannya lalu menggunakan ia untuk mencarik bahu Aiwaa. Rupa bentuk pencakar kuku besi itu sama seperti didalam cerita 'X-men'. Namun yang membezakannya adalah saiz dan bilangan pencakar. Panjang pencakar itu hanyalah sepanjang dua atau tiga sentimeter dan mempunyai lima bilah pencakar. Sekiranya pencakar itu terkena pada tubuh badan tetap akan meninggalkan kesan luka yang amat dalam.
"Allahuakhbar!"
Sakitnya bukan kepalang! Deras air matanya mengalir dek kerana tidak tertahan dengan keperitan yang dia rasai saat itu. Jika diikutkan mahu sahaja dia rebah disitu, tetapi dia menguatkan semangatnya untuk tetap bertahan. Dia tahu Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar. Innallaha Ma'as Sobirin.
Tanpa melengahkan masa, Aiwaa memberikan satu tendangan yang menyasarkan pada bahagian kepala Wolf yang diberi nama dwi chagi. Jika belajar seni mempertahankan diri 'Taekwando' pasti kalian tahu tentang tendangan ini. Tendangan ini adalah tendangan ke arah belakang dengan memutarkan badan sebanyak 90 derajat ke arah belakang. Lalu mengangkat lutut dan kemudiannya menyentakkan kaki ke arah pihak lawan.
Dengan memakai pakaian yang seksi itu Aiwaa memberikan tendangan dwi chagi, tidak dapat Aiwaa membayangkan bagaimanakah rupa dia ketika itu. Hanya Itu sahaja cara untuk dia melepaskan dirinya, mahu tidak mahu dia terpaksa.
Sebaik sahaja Wolf menerima tendangan maut daripada Aiwaa. Badannya secara tidak langsung melambung ke arah belakang.
'Tadi kau menyentak rambut aku kan? Sekarang rasakan akibatnya!' Ujar Aiwaa di dalam hati.
Tanpa Aiwaa sedar, tendangan yang dia hadiahkan buat Wolf itu sedikit sebanyak telah memakan dirinya juga. Akibat tendangan itu luka di bahu Aiwaa semakin dalam serta semakin panjang.
"Argh! Sakitnya!! Ya Allah! Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar!" Aiwaa meronta kesakitan sambil tercungap-cungap. Dia tidak tahu bagaimana untuk mengungkapkan betapa sakitnya dia pada detik itu. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana rasanya.
Dalam masa yang sama, Aiwaa memikirkan bahawa dirinya kini telah selamat. Namun sayang seribu kali sayang, fikirannya jauh meleset! Apit semakin menghampiri dirinya. Dia kini kembali meneruskan lariannya walaupun dia berada dalam keadaan yang sangat kritikal. Ya, berlari dan terus berlari. Dia tidak tahu bila akan adanya kesudahan! Semoga ada sinar kebahagiaan buat dirinya.
*****
Setelah sekian lama dia berlari didalam kawasan yang gelap-gelita dan hanya berbekalkan cahaya bulan. Kini, dihadapannya terpancar satu cahaya lampu berwarna putih yang agak malap. Dia sangat mengharapkan pertolongan daripada sesiapa sahaja yang berada disitu.
"Tolong! Tolong saya!" Jerit Aiwaa meminta tolong.
"Diamlah perempuan! Yang kau jerit-jerit ni dah kenapa?" Jerit Apit marah. Aiwaa hanya mengendahkan sahaja lelaki itu.
"Tolong! Tolong! Tolong!" Jerit Aiwaa lagi.
Kelihatan seorang lelaki dalam lingkungan 40-an atau 50-an di situ. Tetapi wajah lelaki itu agak kacak seperti tidak dimakan usia. Aiwaa menuju ke arah lelaki itu. Semoga sahaja lelaki itu mahu membantunya. Sungguh dia sudah tidak berdaya lagi dan badannya terlalu lemah. Tenaganya sudah kehabisan. Apa sahaja yang berlaku selepas ini dia hanya pasrah.
"To-tolong saya en-encik, tolong saya! Ada lelaki mengejar saya!" Kata Aiwaa tercungap-cungap meminta tolong sambil tangannya memegang bahu yang robek itu. Semakin lama semakin parah sakitnya dan darah mengalir keluar dengan banyak.
"Ma-mana lelaki tu?" Soal lelaki tersebut dengan nada terkejut.
"Itu dia!" Aiwaa menunjukkan ke arah Apit yang masih mengejarnya. Aiwaa sudah terduduk dek kerana tidak tertanggung lagi kesakitan yang dihadapinya saat ini.
"Woi! Kalau kau berani kau datanglah sini! Budak aku ramai!" Kata lelaki itu memanggil Apit.
Aiwaa juga melihat seorang wanita yang sangat cantik. Mungkin wanita itu sebaya dengan lelaki tersebut. Cantiknya! Ya, wanita itu sememangnya mempunyai paras rupa yang sangat cantik. Semakin lama pandangan Aiwaa semakin kabur dan akhirnya dia tewas dihadapan lelaki dan wanita tersebut.
*****
Tengku Marissa & Tengku Adzham Pov
"Abang, boleh tak sebelum kita balik tu kita singgah SanVitoMart? Rissa teringin sangat nak makan sandwic dia. Sandwic dekat situ sedap, memang kena dengan tekak Rissa ni." Kata Tengku Marissa.
"Aik! Rissa nak makan sandwic malam-malam macam ni? Betul ke ni? Bukan ke kalau sayang makan sandwic cuma waktu breakfast aje?" Soal Tengku Adzham.
"Tapi malam ni rasa teringin sangat-sangat nak makan tak tahulah kenapa. Alaa bolehlah, please! Boleh ya?" Rayu Tengku Marissa.
"Yalah. Sebentar lagi kita singgah ya? Fuh, nasib baik sayang bini!" Balas Tengku Adzham lagi.
"Yeay. Terima kasih abang. Love you!" Kata Tengku Marissa dengan senyuman yang ikhlas buat suaminya.
"Most welcome, dear" Balas Tengku Adzham.
Sebuah kereta mewah dengan model Cullinan Black Bagde Colors dari Rolls-Royce meluncur laju dan berhenti dihadapan sebuah kedai yang terpampang di mercu tanda dengan tulisan SanVitoMart.
Tengku Adzham dan isterinya Tengku Marissa turun dari kereta yang dinaiki mereka. Kemudian mereka memasuki kedai tersebut untuk membeli sandwic yang Tengku Marisssa inginkan. Setelah mereka berdua menggelilingi kedai itu mereka pun mengambil keputusan untuk membuat pembayaran di kaunter.
"Niat datang katanya nak beli sandwic, tapi bila buat pembayar total semua sekali 78.90 RCR. Kenapa ya agaknya?" Kata Tengku Adzham berpura-pura berfikir.
"Hahaha. Abang ni! Janganlah perli Rissa macam tu. Tak baik tau" Segan Tengku Marissa dibuatnya.
"Abang gurau ajelah. Rissa cakap aje nak apa semua abang boleh belikan termasuk kedai ni." Pujuk Tengku Adzham.
'Trutt Trutt'
"Sayang! Sayang masuk kereta dulu ya. Abang nak jawab call ni sekejap." Kata Tengku Adzham kepada isterinya.
"Okay, abang." Jawab Tengku Marissa.
"Hello! Assalamualaikum kakak" Kata Tengku Adzham kepada anak perempuannya yang kini berada di luar negara demi mengejar cita-cita.
"Alhamdulillah. Papa dengan mama sihat aje dekat sini. Kakak dengan Abang macam mana dekat sana, semua okay ke? Kakak dengan abang ada nak guna duit ke? Kalau ada bagi aje tahu papa, okay?" Soal Tengku Adzham pada anaknya.
"Alhamdulillah. Gembira papa dengar" Kata Tengku Adzham lagi.
"Okay boleh aje. Nanti papa bank in ya sayang. Tapi kakak dengan abang kena janji dengan papa yang kakak dan abang perlu jaga diri dekat sana. Jangan sesekali tinggal solat. Papa tahu anak-anak papa ni kalau dah seronok bercuti dengan kawan boleh lupa segalanya. Papa nak kakak ingat dua perkara yang papa pesan ni dengar tak?" Kata Tengku Adzham dalam mengingatkan anak perempuannya itu.
Dari jauh Tengku Adzham mendengar akan jeritan seseorang seperti meminta tolong. Tetapi dia tidak tahu dari arah mana datangnya suara itu. Semakin lama semakin jelas kedengaran suara seseorang meminta pertolongan.
Tengku Adzham sedikit terkejut kerana muncul seorang gadis berumur belasan tahun sedang berlari menuju ke arahnya meminta tolong dengan pakaian sangat menjolok mata.
"To-Tolong saya encik, tolong saya! Ada lelaki kejar saya" Kata gadis itu meminta tolong sambil tangannya memegang bahu. Tengku Adzham melihat banyak darah di bahu gadis malang itu.
"Ma-mana lelaki tu?" Jawab Tengku Adzham dengan nada yang agak terkejut.
"Itu dia!" Gadis itu menunjukkan ke arah seorang lelaki yang sedang menuju ke arah mereka.
"Woi! kalau berani kau datanglah! Orang aku ramai dekat sini." Kata Tengku Adzham dengan memberi amaran keras pada lelaki tersebut.
"Ya Allah! Apa jadi ni bang? Kenapa dengan budak ni?" Soal Tengku Marissa risau.
"Abang tak tahu. Dia tiba-tiba datang kat abang kemudian minta tolong masa abang tengah on the phone. Dia kata ada orang kejar dia itu yang abang tolong tu." Jelas Tengku Adzham pada isterinya.
"Allahuakhbar! Teruk ni bang. Luka sana sini. Bahu dia macam kena cakar pun ada. Mari kita bawa dia ke hospital cepat, bang." Ajak Tengku Marissa. Tengku Adzham pun mengangguk setuju.
"Firash! Tolong angkat budak ni masuk ke dalam kereta saya sekarang!" Arah Tengku Adzham kepada pengawal peribadinya.
"Baik! Tengku" Kata pengawal itu mendengar arahan daripada majikannya.
"Tengku! Tengku nak kami kejar lelaki itu sampai dapat ke?" Soal salah seorang pengawal peribadi Tengku Adzham.
"No need. Sekarang budak ni lebih penting" Jawab Tengku Adzham.
"Baik, Tengku" Bodyguard itu mengangguk faham.
Kereta yang dipandu Tengku Adzham meluncur laju menuju ke hospital yang berdekatan.
Share this novel