Costa Rica adalah sebuah negara yang sangat terkenal di seluruh dunia. Ia kaya dengan hasil bumi dan perkembangan teknologi yang sangat canggih. Costa Rica juga memainkan peranan penting dalam perdagangan dan kewangan antarabangsa. Pelabuhan Costa Rica merupakan salah sebuah daripada lima pelabuhan tersibuk dunia.
Terdapat 16 buah negeri di Negara Costa Rica dan salah sebuah negerinya bernama San Cruz. Negeri San Cruz merangkumi kawasan seluas 37,956 kilometer persegi (km2) terbahagi kepada 11 buah daerah pentadbiran iaitu Huaraz, Cuenca, Grenada, Santa Cruz, Rio Fe, Hill Arm, Serbia, La Union, Finco, Maravilla dan Curre.
Di daerah Santa Limon, San Cruz terdapat sebuah rumah kayu yang sangat cantik. Didiami oleh keluarga kecil dan penghuninya hanya 3 orang sahaja. Saiznya tidaklah terlalu besar namun tidak juga terlalu kecil kerana keluasannya hanya kiri-kira satu ekar tanah sahaja.
Pada suatu petang, satu pertengkaran telah berlaku diantara seorang anak dan kedua ibu bapanya.
"Tak, Aiwaa tak percaya! Umi dengan abi tipu Aiwaa, kan?" Kata Aiwaa dengan nada marah bercampur kecewa.
"Umi dan abi tak tipu Aiwaa, sayang. Percayalah cakap kami, tak mungkin kami nak menipu tentang perkara macam ni" Kata Puan Safiyyah untuk meyakinkan anaknya itu.
"Umi! Abi! Umi dan abi tahu tak apa yang umi dengan abi dah buat? Ini mengenai aurat! Soal aurat ni sangat besar sehinggakan tak boleh dibuat main! Apa yang umi dan abi dah buat ni?" Aiwaa sangat kecewa dengan perkara yang telah dilakukan oleh ibu dan ayahnya.
"Sayang, abi dan umi masih tahu hukum. Kami tahu yang mana satu baik dan mana satu yang tidak baik" jawab Encik Warith dengan riak wajah yang sungguh tenang.
"Ya, memang benar Aiwaa bukan anak kandung kami. Tapi kita masih lagi mahram dan aurat kita masih sama" Sambung Encik Warith lagi.
"Hah? Sekejap! Aiwaa tak faham. Apa yang abi cakapkan ni?" Bingung Aiwaa dibuatnya.
"Maksud abi, Aiwaa tu anak susuan kami dan disebabkan itulah aurat Aiwaa masih sama dan tiada apa yang berubah" terang Puan Safiyyah pula.
"Betul ke ni? Umi tak tipu Aiwaa, kan?" Soal Aiwaa untuk mendapatkan kepastian.
"Ya, sayang. Kami tak tipu" Jawab Puan Safiyyah lembut.
"Ohh macam tu rupanya. Ish! Umi dengan abi ni buat Aiwaa terkejut ajelah. Nak tercabut jantung Aiwaa ni dibuatnya" Ujar Aiwaa. Dia seorang yang amat serius dalam membincangkan soal aurat.
*****
Didalam bilik, Puan Safiyyah dan Encik Warith berbual kosong sementara ingin melelapkan mata mereka.
"Abang, macam manalah agaknya keadaan anak kita tu kalau kita tak ada nanti?" Soal Puan Safiyyah dengan tiba-tiba, dek kerana soalan itu bermain didalam fikirannya.
"Apa yang Fiyyah cakapkan ni? Abang tak sukalah Fiyyah cakap macam ni!" Marah Encik Warith kepadanya isterinya.
Selepas isterinya mengajukan soalan tersebut, Encik Warith terus-menerus memikirkan soal itu. Dia juga tertanya-tanya, bagaimanakah keadaan puteri yang amat dikasihinya itu seandainya mereka berdua tiada nanti?
Sekian lama mereka berdua mendiamkan diri, Encik Warith memulakan percakapan terlebih dahulu.
"Fiyyah, kalau abang dah tak ada nanti. Abang nak Fiyyah jaga anak kita tu baik-baik ya sayang? Sebagaimana kita berdua menjaga dan mendidik dia seperti sekarang ni" Kata Encik Warith.
"In Syaa Allah bang, tapi macam mana pulak kalau kita berdua sama-sama tak ada nanti?" Soal Puan Safiyyah lagi.
"Kalau perkara tu berlaku, Fiyyah janganlah risau. Abang yakin Aiwaa mampu untuk menjaga diri dia sendiri. Fiyyah tahu-tahu ajelah anak dara Fiyyah tu, dia kan bijak budaknya. Abang yakin yang dia pandai menjaga diri dan pandai berdikari" Yakin Encik Warith dengan kata-katanya.
"In Syaa Allah, Fiyyah pun yakin yang anak kita tu mampu dan itulah yang Fiyyah doakan setiap hari agar dia kuat untuk meneruskan hidup kalau kita tak ada nanti" Kata Puan Safiyyah.
*****
'Ayo kita kelentang-kelenting, kelentang kelentong A-la-la-li-la-le'
Jam penggera di telefon pintar Aiwaa kedengaran dan jam menunjukkan tepat pada pukul 8:00am.
"Ya Allah! Matilah aku! Dah pukul 8:00 pagi ni. Tapi sekejap! Bukan ke pengetua ada cakap, walaupun dah pukul 9:00 pagi datang aje sekolah yang penting kita datang pada hari tu. Hehehe okay cantik!" Kata Aiwaa dengan senyuman yang nakal.
"Alamak! Aku membebel aje dah makan tiga minit. Baik aku cepat! Haih dah lambat-lambat macam ni maksudnya kita kenalah mandi, mandi apa? Mandi P Ramleelah jawabnya!
Wei! Aku pun terlajak subuhlah! Oh my god! Neraka is calling-calling! No! No way! Matilah aku! Hah! Subuh gajahlah gamaknya! Selamat pagi otak, nasib baik kau berfungsi waktu-waktu macam ni." Bebel Aiwaa sambil menuju ke bilik air.
Tiba di sekolah,
'Patutlah aku lambat! Selalunya umi yang kejutkan. Macam manalah aku boleh lupa yang umi dengan abi pergi pekan awal pagi ni. Yang Uncle Young ni pun satu dah kenapa nak jumpa orang pagi-pagi buta? Kan aku dah terlambat ni! Semua berpunca daripada Uncle Young! Ish! Sakit pula hati kita ni wak!' Bicara Aiwaa dengan hati yang geram.
Aiwaa tiba didepan kelasnya, kelihatan Cikgu Syazwani yang mengajar mata pelajaran Matematik sedang ralit mengajar rakan-rakan sekelasnya.
"Fuh! Alhamdulillah sekarang waktu Cikgu Syazwani mengajar. Kalaulah sekarang waktu Cikgu Ziana yang mengajar, matilanak! Tiada hari esok buat aku! Dahlah garang macam Jagsimau!" Omel Aiwaa perlahan.
* Hei Aiwaa Syiraz! Jagsimau tu apa? Cubalah cakap tu betul-betul sikit, kami ni tak faham! Takkan tak tahu! Apalah! *
* Banyakkan bersabar wahai author yang comel, omo omo janganlah marah. Okay, kalau semua nak tahu Jagsimau tu bermaksud .. jeng .. jeng .. jeng *
* Eii dia ni memainlah! Malas nak layan, baik author pergi makan aiskrim ke pizza ke mekdi ke lagi bagus! *
* Alolo janganlah merajuk author! Jagsimau tu adalah satu gabungan diantara Jaguar, Singa dan Harimau. Done explain! Hihi jangan marah ya semua. Author dah cepat sambung menulis, tashabar dah ni! *
*Author dah malas! sambung bab lainlah. BYE!*
*Alaaaaaaaaaaaaaaa*
Share this novel