"Hoi budak kecil! Buat apa dekat sini seorang diri? Tak reti nak tidur ke?" Tengku Aiwaa terkejut dengan terjahan seorang lelaki yang entah dari mana. Siapa lagi kalau kawan gaduhnya itu, Tengku Aibaaq.
Semenjak dia berpindah ke sini pantang sahaja berjumpa, mesti mereka akan bergaduh. Bagai anjing dengan kucing. Tapi tidak dia nafikan, Aibaaq kini sudah mula terbuka hati untuk menerima kehadirannya didalam keluarga itu. Sungguh dia bersyukur.
"Eii! Abang Baaq! Terkejut Aiwaa tau! Nasib baik tak tercabut jantung ni!" Marah Tengku Aiwaa.
"Siapa suruh Aiwaa termenung, kan dah terkejut. Abang Baaq tanya ni, kenapa tak tidur lagi?" Soal Tengku Aibaaq sambil menjulurkan kakinya di atas rumput laman istana.
"Mana ada termenung memandai aje Abang Baaq ni! Belum mengantuk lagilah, itu yang lepak sini sambil-sambil menghirup udara malam dan ditemani oleh bulan serta bintang kecil dilangit yang biru amat banyak menghias angkasa. Ehh itu lagu!" Jawab Tengku Aiwaa.
"Aiwaa sekarang ni memang dah banyak bercakap ehh? Tapi bagus jugak daripada senyap seribu bahasa sampaikan satu perkataan pun susah sangat nak dengar. Abang Baaq gembira tengok budak kecil ni!" Kata Tengku Aibaaq sengaja mengusik Tengku Aiwaa.
"Aiwaa dah besarlah bukan budak kecil lagi! Eii!" Tengku Aiwaa mengerutkan dahinya tanda marah.
"Kalau dah namanya budak kecil buat macam mana pun tetap budak kecil! Faham? Bak sini gitar tu, ada gitar tapi tak dipetik buat apa!" Ujar Tengku Aibaaq sambil tersenyum. Aiwaa mencebikkan mulutnya.
"Dah tak payah nak buat muka buruk tu, meh Abang Baaq belanja satu lagu. Cepat request!" Kata Tengku Aibaaq sambil memetik gitar.
"Abang Baaq nak nyanyi? Yes!" Kata Tengku Aiwaa teruja sambil menepuk tangan.
"Kita duet nak?" Soal Tengku Aibaaq.
"Boleh jugak! Tapi nak nyanyi lagu apa?" Soal Tengku Aiwaa. Tengku Aibaaq berbisik di telinga Tengku Aiwaa dan dia terus bersetuju.
'Nasib baik aku tahu lagu ni' Getus hati Tengku Aiwaa.
"Saya dan adik saya yang senget ni ingin menyampaikan sebuah lagu yang berjudul 'Tragedi Cinta'. Test mic, satu dua. Terimalah!" Kata Tengku Aibaaq seakan-akan membuat konsert.
Tengku Aibaaq
Tidak pernah ku lupa
Kenangan cinta pertama dikala dua insan
Bersatu di lembah cinta
Hanya engkaulah wanita yang bernama kekasih
Siang malamku kau yang ku rindu
Tengku Aiwaa
Ku jua sepertimu di buru memori silam
Biar pun tika ini diri telah dimiliki
Oleh seorang lelaki yang bernama kekasih
Namun bayangmu masih dihati
Tengku Aibaaq
Biarkan kenangan menjadi kenangan
Kisah silam kita tak mungkin berulang
Tengku Aiwaa
Kesetiaan juga kasih sayang
Tidak menjanjikan oh kebahagiaan
Tengku Aiwaa & Tengku Aibaaq
Dan kini semua berakhir
Cinta kita yang suci rebah ke bumi
Hanyalah tinggal serpihan
Kisah suka dan duka ku simpan
Tengku Aiwaa & Tengku Aibaaq
Itulah lumrah dunia
Tidak semua yang indah kekal lama
Memanglah kita bahagia
Namun takdir berubah segalanya
Tengku Aibaaq
Biarkan kenangan menjadi kenangan
Kisah silam kita tak mungkin berulang
Tengku Aiwaa
Kesetiaan juga kasih sayang
Tidak menjanjikan oh kebahagiaan
Tengku Aiwaa & Tengku Aibaaq
Dan kini semua berakhir
Cinta kita yang suci rebah ke bumi
Hanyalah tinggal serpihan
Kisah suka dan duka ku simpan
Tengku Aiwaa & Tengku Aibaaq
Itulah lumrah dunia
Tidak semua yang indah kekal lama
Memanglah kita bahagia
Namun takdir berubah segalanya
Share this novel