Sedang Tengku Aufaa membiarkan sejenak fikirannya menerawang, tiba-tiba sahaja lamunannya terhenti dan dia kembali semula ke dunia nyata.
"Kemanakah dikau wahai anakanda tercinta? Apa kau berada didalam keadaan yang baik-baik sahaja?" Kata Tengku Aufaa mengeluh berat.
Secara tidak sengaja dia mengingati apa yang dibicarakan oleh Aiwaa tempoh hari, sewaktu dia berada di San Jose, Costa Rica.
'Syiraz is allergic to chains. If Syiraz wears any type of chain, Syiraz's neck will automatically turn red and it will feel very itchy'
"Syiraz dengan aku ada satu persamaan yang sama. Husnuzon! Mungkin ianya satu kebetulan. Siapa tahu, kan?" Ujar Tengku Aufaa menyangkal apa yang difikirkan.
"Sayang, kenapa ni? Sayang okay tak?" Soal Raja Aathif risau akan isterinya. Dia ingin memalingkan badannya, namun dia melihat isterinya masih belum beradu.
"Aufaa okay aje bang, cuma tadi tak dapat nak lelapkan mata. Sekarang, barulah mata ni mengantuk. Mari bang, kita tidur" Ujar Tengku Aufaa kepada Raja Aathif.
*****
Dari jauh, Tengku Aufaa tersenyum melihat keluarga kecilnya sedang bermain buaian di sebuah taman yang sangat indah. Saat mengorak langkah ke arah mereka, pandangan matanya mengerling ke kanan seperti ada sosok tubuh seseorang di situ. Langkah kakinya terus terhenti apabila melihat seorang gadis sedang leka melihat kebahagiaan keluarga kecilnya. Wajah gadis itu tidak kelihatan kerana dia hanya melihat daripada sosok tepi sahaja.
Dari atas hingga ke bawah gadis itu mengenakan pakaian yang berwarna putih gading. Auratnya sungguh terjaga rapi. Tengku Aufaa seperti perasan akan sesuatu yang berlaku pada gadis itu. Bagai ada butir-butir permata jatuh ke pipi, segera gadis itu menyeka. Ya, gadis itu sedang menangis. Namun, tidak Tengku Aufaa ketahui apakah puncanya. Gadis itu ingin mengorak langkah namun segera Tengku Aufaa menahan dari terus pergi.
"Sebentar!" Panggil Tengku Aufaa. Gadis itu mematikan langkah dan tidak memalingkan badan ke arahnya. Ianya benar-benar membelakangi Tengku Aufaa.
"Siapakah gerangan tuan hamba?" Tengku Aufaa menyuakan soalan pada gadis itu. Namun, dia sekadar membisu.
"Bolehkah beta tahu, anakanda ini siapa? Mengapa anakanda ini menangis seusai sahaja melihat keluarga beta?" Soal Tengku Aufaa lagi kepada gadis itu.
"Hanya sebentar sahaja lagi tuanku akan mengetahui siapakah sebenarnya patik ini. Masanya juga tidak lama. Bersabarlah kerana kesabaran tuanku akan membuahkan hasil" Ujar gadis itu sebelum berlalu pergi meninggalkan Tengku Aufaa yang kelihatan sedikit bingung dengan apa yang dibicarakan oleh gadis itu sebentar tadi.
Tengku Aufaa tersentak dari tidurnya. Dia meraup lembut wajahnya sambil beristighfar bagi menenangkan diri.
"Astaghfirullahal'adzim, aku bermimpi rupanya. Tapi siapa pulak gadis tu?" Soal Tengku Aufaa seraya cuba untuk mengingati kembali mimpi itu.
"Apa maksud dia masanya sudah tidak lama lagi?" Pening kepala Tengku Aufaa memikirkan soal mimpinya itu. Dia hanya mengendahkan sahaja dan kembali menyambung tidurnya.
*****
"Kenapa semenjak dua menjak ini, aku asyik memikirkan tentang Syiraz dan apa yang dia katakan tentang alahan itu aje ya? Leher aku akan kemerahan dan gatal-gatal kalau aku pakai rantai dan Syiraz juga mengalami perkara yang sama. Adakah ianya satu kebetulan ataupun takdir kami yang sama?" Soal Tengku Aufaa sambil tangannya menguis-guis nasi yang berada didalam pinggan. Tiada selera dia ketika ini kerana soalan demi soalan bermain di minda tanpa ada kata noktah.
"Ampun, tuanku." Sapa seorang dayang yang merupakan ketua pada dayang-dayang istana.
"Ya, saya. Ada apa ya?" Soal Tengku Aufaa yang terkejut dengan kehadiran ketua dayang.
"Tuanku, adakah tuanku berada didalam keadaan yang baik-baik sahaja?" Soal ketua dayang istana itu.
"Saya, okay. Cuma saya tiada selera makan hari ini. Saya rasa, saya hendak pergi mengambil angin di laman istana" Tengku Aufaa berlalu ke halaman istana.
"Baiklah, tuanku." Kata dayang-dayang istana sambil membongkokkan sedikit badan.
"Perkara ni membuatkan kepala aku berdenyut-denyut sakit, ditambah pulak dengan mimpi semalam tu" Omel Tengku Aufaa sendirian sambil tangannya ligat memicit kepala yang semakin sakit.
Share this novel