Seminggu kemudian. Sewaktu mereka sekeluarga sedang menikmati makan malam bersama. Suatu kejutan diberikan oleh pasangan kembar itu kepada ibu bapa serta adiknya.
"Mama! Papa! Kakak dengan abang ada sesuatu yang ingin kami beritahu. Kakak harap mama dengan papa boleh terima keputusan kami berdua ni" Kata Tengku Armel memulakan bicara. Tengku Adhwa dan Aiwaa hanya melihat sahaja.
"Kakak dengan abang nak cakap apa? Cakaplah papa dengan mama akan dengar" Jawab Tengku Adzham lembut.
"Tapi mama dengan papa kena janji yang tak akan marah kami berdua" Kata Tengku Adhwa pula.
"Ya, janji!" Balas Tengku Marissa.
"Okay macam ni. Kami berdua sudah sepakat dan sebulat suara yang kami nak berhenti belajar" Kata Tengku Armel.
"What?" Pantas Tengku Adzham dan Tengku Marissa memotong kata-kata Tengku Armel dan membuatkan anak-anaknya terkejut.
"Sabar-sabar kakak tak habis cakap lagi" Adhwa segera membetulkan keadaan. Takut ibu bapa mereka tersalah faham dengan mereka berdua.
"Eii! Mama, papa ni! Terkejut Kakak tau! Kakak tak sempat nak habiskan ayat lagi, mama dengan papa dah potong!" Marah Tengku Armel terhadap ibu bapanya. Aiwaa mengulum senyuman tipis tanpa sedar.
"Okay, Mama dengan papa mintak maaf" Tergelak kecil Tengku Adzham melihat anaknya itu marah.
"Kakak dengan abang dah putuskan untuk berhenti belajar di Venezuela dan kami ingin menyambung pelajaran kami di sini sahaja. Didalam negara ini sahaja, di Costa Rica. Boleh ke?" Soal Tengku Armel mengharapkan keizinan dari mereka berdua.
"Bolehlah Ma! Pa! Please! Abang dengan kakak nak teman adik dekat sini" Kata Tengku Adhwa pula dengan membuat muka comel.
"Haih! Korang berdua ni. Yalah. Papa izinkan dan papa akan uruskan semuanya. Tapi kita kena tunggu keputusan permaisuri dalam rumah ni dulu. Bab yang ni papa tak boleh nak tolong" Kata Tengku Adzham.
"Mama, bolehlah please! Papa dah bagi lampu hijau, tinggal mama aje yang belum" Kata Tengku Adhwa sambil Tengku Armel mengangguk tanda setuju dengannya.
"Tak boleh! Mama tak izinkan! Sayanglah tinggal dua tahun aje lagi korang nak habis belajar dekat sana. Keputusan mama muktamad!" Tegas Tengku Marissa. Selembut-lembut Tengku Marissa, kalau marah boleh tahan menyeramkan juga!
"Tapi, mama!" Kata pasangan kembar itu serentak. Mereka berdua terlihat sedih dan ingin menitiskan air mata. Mereka tahu sangat perangai mama mereka itu seandainya Tengku Marissa mengatakan A maka A jawabnya. Tiada B mahupun Z.
"Mama tahukan yang Syiraz kena pulau sebab Syiraz budak kampung, miskin dan tak setaraf dengan mereka? Kalau Armel dengan Adhwa ada bolehlah tengokkan Syiraz. Lagi satu Syiraz tahu kalau boleh mama tak nak Adhwa dengan Armel balik Venezuela kan?" Kata Aiwaa setelah sekian lama mendiamkan diri.
"Ehh! Nampak sangat ke adik?" Soal Tengku Marissa kepada Aiwaa. Aiwaa sekadar mengangguk perlahan kemudian menyambung makan.
"Okay, Baik. Mama izinkan. Tapi korang berdua kena janji dengan mama yang korang akan belajar rajin-rajin dan kena jaga adik baik-baik. Boleh?" Soal Tengku Marissa pada anak kembarnya itu.
"Promise! Thank you mama papa, thank you adik!" Ucap mereka serentak. Mereka berdua mengukirkan senyuman kegembiraan.
Share this novel