Bab 16

Family Completed 2188

"Korang sekejap!" Kata Tengku Adhwa kepada Kakak dan Adiknya.

"Alaa, kenapa pula ni? Aku dengan Syiraz nak masuk UNIQLO tu." Kata Tengku Armel tidak sabar untuk mencuci mata.

"Papa call lah! Bagi aku jawab dulu, aku pun nak masuk situ jugak." Ujar Tengku Adhwa sambil mengangkat panggilan dari Tengku Adzham.

"Waalaikumussalam, ya papa. Masih dekat Sanjo Cosrica Mall lagi ni, kenapa pa?" Soal Tengku Adhwa.

"Ada orang nak datang? Siapa? Huh, yalah. Dalam 1 jam 30 minit lagi kami balik. Okay, bye Assalamualaikum" Kata Tengku Adhwa. Tengku Armel dan Aiwaa hanya mendengar perbualan Tengku Adhwa.

"Siapa nak datang?" Soal Tengku Armel dengan muka yang menantikan jawapan Tengku Adhwa.

"Entah, tapi papa dengan mama suruh kita balik awal sebab nak makan malam dengan tetamu tu. Jadi, kita ada 1 jam 30 minit untuk membuang masa kita dekat sini. Jangan membuang masa lagi girls!" Ujar Tengku Adhwa dengan riang.

*****

"Adik! Jom turun. Tetamu kita dah sampai tu" Kata Tengku Marissa sambil mengetuk pintu puterinya yang satu itu.

"Mama!" Panggil Aiwaa perlahan sambil membuka pintu.

"Ya, sayang. Kenapa ni?" Soal Tengku Marissa.

"Siapa datang?" Soal Aiwaa.

"Adik tak kenal tapi sekejap lagi adik akan kenal dengan tetamu kita tu" Ujar Tengku Marissa tersenyum. Kening Aiwaa tercantum rapat.

"Mama ada, papa ada, kakak ada, dan abang pun ada. Adik jangan takut, ya?" Soal Tengku Marissa menenangkan Aiwaa. Dia tahu apa yang Aiwaa cuba sampaikan walau hanya melihat mukanya sahaja. Aiwaa sambil mengeluh berat. Tidak tahu mengapa jantungnya berdebar-debar.

"Jom!" Kata Tengku Marissa sambil menarik tangannya. Mereka menuruni tangga menuju ke ruang tamu.

"Mama tunggu!" Kata si kembar serentak.

*****

"Assalamualaikum" Sapa seseorang dari tiga orang tetamu yang hadir itu.

"Waalaikumussalam, Aunty Su! Ehh, Kak Nasya dengan Aibaaq pun ada!" Kata Tengku Adhwa teruja.

"Kak Rissa sihat? Lama kita tak jumpa. Maaflah Alma sibuk sikit uruskan sekolah tu" Kata Tengku Alma sambil memeluk kakak iparnya itu.

"Alhamdulillah, Kak Rissa macam inilah. Alaa, Kak Rissa faham sangat. Adik Kak Rissa ni dari dulu sampai sekarang sama ja, workaholic." Kata Tengku Marissa. Mereka semua tergelak kecil.

"Mama Rissa, Aibaaq ada pantun untuk mama. Mama nak dengar?" Kata lelaki yang bernama Aibaaq.

"Wah! Menarik ni. Boleh jugak!" Ujar Tengku Marissa teruja.

Bunga mawar bunga anggerik,
Buah anggur buah mempelam,
Semakin hari semakin cantik,
Beruntunglah jejaka bernama Adzham.

"Alhamdulillah, Hadza Min Fadhli Rabbi! Terima kasih Aibaaq! Hahaha. Apa kurangnya dengan Tengku Aibaaq, semakin hari semakin kacak. Ni mesti ramai peminat ni! Bukan takat kacak aje siap pandai berpantun pulak tu" Kata Tengku Marissa mengusik anak buahnya itu.

"Kalau setakat kacak tapi perangai mengada tak boleh juga ma" Sampuk Tengku Nasya.

"Eleh dengkilah tu! Tak boleh tengok orang kena puji sikit, ada aje nak dengki tau Kak Sya ni!" Kata Tengku Aibaaq sambil menjeling kakaknya itu.

"Betullah Kak Sya cakap, mengada sangat! Mama Rissa nak tahu? Nasya dapat kerja dekat Costa Rica tapi dia pun sibuk nak ikut kita pindah dekat sini. Tak ke mengada namanya?" Ujar Tengku Nasya.

"Kak Nasya, Kak Nasya kena faham. Itu bukan sebab dia mengada tapi sebab dia ambil berat tentang Kak Nasya. Betul tak Baaq?" Soal Adhwa sambil menolong sepupunya itu.

"We're brothers!" Ujar Aibaaq bangga kerana ada yang memahaminya.

"Sudah-sudah bila kita boleh makan ni? Papa dah lapar." Kata Tengku Adzham kepada mereka semua. Mereka ingin menuju ke meja makan namun di tahan Tengku Adzham.

"Tapi sekejap! Mesti Rissa lupakan?" Soal Tengku Adzham kepada isterinya itu.

"Lupa? Lupa apa bang?" Soal Tengku Marissa kembali.

"Rissa! Rissa! Tak apalah biar abang yang cakap. Nasya dengan Aibaaq ni papa nak kenalkan pada kamu berdua dengan anak bongsu papa dan mama. Aunty Su dah kenal cuma kamu berdua sahaja yang belum kenal. Papa perkenalkan ini Syiraz. " Tengku Adzham memperkenalkan Aiwaa kepada mereka berdua. Puan Marissa menepuk dahinya tanda dia sememangnya lupa. Aiwaa menyalami Nasya dan mengangguk kepala kepada Aibaaq sambil meletakkan tangan kanannya pada dada, tanda hormat.

"Maaf, sayang. Mama terlupa!" Bicara Tengku Marissa. Aiwaa mengangguk perlahan. Kini barulah mereka berlapan menuju ke ruang makan.

*****

"Wah! Maksudnya kita akan dapat cikgu barulah ni? Yeay!" Kata Tengku Adhwa dan Tengku Armel teruja.

"Dan aku akan jadi rakan sekelas korang! Siaplah korang aku lagi bijak dan kacak. Aku akan buli korang. Muahahaha!" Kata Tengku Aibaaq sambil ketawa riang.

"Tak kisah pun!" Jerit si kembar serentak. Aiwaa hanya mendiamkan diri.

"Baguslah Nasya jadi tenaga pengajar dekat situ, boleh bantu Aunty Su tu sikit. Tak adalah dia sibuk aje dan Alma dah boleh cari calon suami" Kata Tengku Adzham menyakat adik perempuannya itu.

"Ish, apa abang ni! In Syaa Allah, ada jodoh Alma kahwin. Abang dengan Kak Rissa doakanlah Alma. Korang semua pun kena doakan Aunty Su tau! Cepat sikit naik pelamin." Ujar Tengku Alma.

"In Syaa Allah!" Kata mereka semua serentak.

"Nasya! Aibaaq! Orang-orang Eritrea semua sihat? Bonda dengan ayahanda tak datang sini ke?" Soal Encik Adzham.

"Alhamdulillah, orang Eritrea semua sihat hendak-Nya. Bonda dengan ayahanda tak dapat nak datang. Ayahanda ada urusan sikit di Belize, dekat Eritrea pulak ada pembukaan baru untuk tarikan pelancong jadi bonda yang kena rasmikan bagi mengganti ayahanda dan disebabkan itu bonda tak dapat nak datang" Panjang lebar Tengku Aibaaq menerangkan.

"Oh, macam tu. Nanti kalau bonda free suruh dia datang sini tau" Kata Tengku Marissa.

"In Syaa Allah! Bonda dengan ayahanda kirim salam dekat semua. Lupa pulak Nasya nak sampaikan masa datang tadi" Ujar Tengku Nasya menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Wa alaiki wa alaihimussalam" Jawab mereka semua.

*****

"Kami balik dulu ya semua, Assalamualaikum" Kata Tengku Alma.

"Waalaikumussalam, hati-hati bawa kereta tu Alma" Ujar Tengku Adzham pula.

"In Syaa Allah bang" Kata Tengku Alma. Mereka melambaikan tangan.

koenigsegg gemera ash colors meluncur laju membelah jalan.

"Dah, Jom masuk" Ajak Tengku Marissa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience