Bab 17

Drama Completed 2195

3 hari selepas itu,

"Kak Sya, Aibaaq macam mana? Kacak tak Aibaaq pakai baju ni?" Tengku Aibaaq meminta pandangan.

"Kacak tu tidak. Kalau dari segi gaya pulak, bolehlah dari tak ada" Jawab Tengku Nasya selamba.

"Kak Nasya ni cubalah puji Baaq sikit. Susah sangat ke?" Soal Tengku Aibaaq sedikit emosi. Dia berlalu ke biliknya semula.

"Merajuklah tu" Kata Tengku Nasya tersenyum.

"Aibaaq! Nasya! Dah siap ke belum? Kalau dah siap mari turun makan" Panggil Tengku Alma pada kedua anak buahnya itu.

"Selamat pagi aunty" Kata Tengku Nasya seusai tiba di ruang makan.

"Selamat pagi, Aibaaq mana? Dia tak siap lagi ke?" Soal Tengku Alma.

"Itu dia" Jawab Tengku Nasya sambil menunjukkan tangannya ke arah Aibaaq yang baru tiba.

"Hah! Aibaaq jom makan. Hari ni aunty masak untuk korang berdua. Tapi hari ni ajelah ya. Esok kita sarapan luar senang sikit" Ujar Tengku Alma.

"Okay" Jawab Tengku Aibaaq seperti tidak berdaya.

"Ni dah kenapa ni? Kenapa masam aje muka aunty tengok?" Soal Tengku Alma.

"Dia merajuk sebab Nasya tak puji dia" Kata Tengku Nasya seperti tiada perasaan. Lalu menyuap makanan ke dalam mulutnya.

"Ya Allah. Korang berdua ni, pagi-pagi pun nak bergaduh. Pening aunty dibuatnya aunty tengok Aibaaq pakai baju ni bukan setakat kacak malah bergaya!" Puji Tengku Alma ikhlas.

"Betul ke Aunty Su ni? Aunty Su tipukan?" Soalnya ragu-ragu.

"Betullah ni, takkan aunty nak tipu pulak?" Jawab Tengku Alma.

"Hah! Baaq dah agak dah. Baaq memang kacak lagi-lagi kalau pakai baju macam ni. Tiga kali ganda kekacakkan Aibaaq tu! Kak Sya aje yang tak reti nak puji Baaq!" Kata Aibaaq marah.

"Yalah Nasya. Cubalah puji sikit adik tu. Kesian dia aunty tengok tau" Tegur Tengku Alma.

"Yalah" Kata Nasya ringkas.

"Sudah-sudah, cepat makan. Nanti lambat pula kita ke sekolah" Kata Tengku Alma. Mereka menghabiskan makanan lalu berangkat ke sekolah.

*****

Setibanya di sekolah, mereka harus melalui pemeriksaan di pos pengawal terlebih dahulu. Demi menjaga keselamatan sekolah.

"Jom kita pergi ke pejabat sebentar sebab aunty dengan Nasya perlu punch card terlebih dahulu. Tapi, bukanlah punch card sebenarnya sebab kita menggunakan sistem pengecaman muka" Kata Tengku Alma kepada mereka berdua.

"Kenapa sekolah ni guna sistem pengecaman muka? Bukan ke selalunya sekolah menggunakan system punch card or fingerprint?" Soal Tengku Nasya agak bingung.

"As you know this school is one step ahead of others school in all aspects and because of that, the annual fee here is quite expensive." Kata Tengku Alma. Mereka kini tiba di pejabat lalu membuat pengecaman muka.

"Satu lagi sebab adalah untuk mengajar guru-guru dekat sini supaya lebih mendisiplinkan diri." Tambahnya lagi sambil bergerak menuju ke perhimpunan sekolah.

"Lebih mendisiplinkan diri? Macam mana tu aunty?" Soal Tengku Nasya dengan kening yang bertaut rapat.

"Maksudnya macam ni, kalau kita menggunakan system punch card. Guru-guru boleh menjadi seorang yang penipu dan tak ada sikap amanah. Konsep menipu dekat sini adalah sebagai contoh bila ada seorang guru tu lambat datang ke sekolah atau dia tak datang ke sekolah semula selepas keluar dari sekolah, tiba-tiba ada guru lain yang tolong mereka punch card. Sebagai balasan pulak mereka bagi sesuatu atau belanja makan sebab dah tolong mereka"

"Jadi aunty tak nak perkara tu berlaku maka terhasillah sistem pengecaman muka. Bagi aunty biar kita lambat asalkan kita tak menipu dan tetap amanah. Ya! Memang kalau boleh aunty nak semua orang menepati masa. Tapi aunty tahu kadangkala kita terlambat ada sebab bukannya sengaja. Aunty ni bukan setakat cantik aje tapi bertimbang rasa pulak tu. Tapi sayangnya tak ada lelaki yang sangkut dengan aunty. Huhuhu hujan-hujan muka sedih" Ujar Tengku Alma panjang lebar.

"Dalam sedar tak sedar, kita dah sampai dekat perhimpunan" Kata Tengku Alma. Tengku Alma menunjukkan Aibaaq dimana dia perlu beratur, manakala Nasya mengekori auntynya itu.

*****

"Assalamualaikum, semua" Sapa Cikgu Izzarah Ameena kepada kelas Sayyidatina Fatimah.

"Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh, Cikgu Zarah" Jawab mereka serentak.

"Okay, hari ini awak semua akan dapat seorang lagi kawan baharu" Ujar Cikgu Izzarah.

"Silakan masuk" Kata Puan Izzarah kepada pelajar baharu itu. Pelajar itu masuk ke dalam kelas itu.

"Baik, Cikgu" Kata pelajar itu.

"Kamu boleh perkenalkan diri kamu" Arah Cikgu Izzarah.

"Nama saya Aibaaq Waail, panggil sahaja Aibaaq! Saya berumur 17 tahun dan berasal dari negara Eritrea" Kata Tengku Aibaaq memperkenalkan diri.

"Okay, Aibaaq. Awak boleh duduk di tempat yang kosong tu." Kata Cikgu Izzarah.

"Baik, cikgu." Ujar Tengku Aibaaq menuju ke tempat duduk yang kosong.

"Hey, What's up senior? Senior sihat? Hahaha" Kata lelaki itu kepada Tengku Aibaaq. Lelaki itu tertawa riang dan siapa lagi kalau bukan Adhwa.

"Diamlah kau!" Malas dia mahu melayan perangai sepupunya itu. Tengku Adhwa tertawa riang.

"Adhwa Ri'adz, apa yang seronok sangat gelak tu?" Soal Cikgu Izzara kepada Adhwa.

"Tak! Tak ada apa-apa cikgu" Kata Tengku Adhwa masih tertawa namun kali ini dia hanya tergelak kecil.

*****

Dua bulan kemudian,

"Korang! Esok hari sabtu. Apa kata kalau kita jalan-jalan?" Tengku Adhwa mengemukakan soalan.

"Esok? Kalau esok aku tak bolehlah. Kak Sya kata ada sesorang nak datang rumah. Tapi aku tak tahu pulak siapa yang nak datang" Ujar Tengku Aibaaq pula.

"Alaa. Baru nak lepak sama. Tapi tak apalah. Lain kali boleh keluar lagi" Kata Tengku Armel pula.

"Kau kak? Nak tak keluar? Adik?" Soal Tengku Adhwa.

"Onz!" Kata Armel dan Aiwaa sekadar mengangguk.

"Korang nak lepak mana?" Soal Tengku Aibaaq.

"Kita pergi San Jose Square nak?" Cadang Tengku Armel.

"Okay, setuju!" Mereka mengangguk setuju.

"Syiraz, aku nak pergi tandas. Kau nak ikut tak?" Soal Tengku Armel laju Aiwaa mengangguk lalu berdiri. Mereka berdua berlalu ke tandas.

"Wei, Adhwa. Aku nak tanya kau sikit boleh tak?" Soal Tengku Aibaaq kepada Adhwa.

"Tanyalah" Ujar Tengku Adhwa ringkas.

"Aku nak tanya kau ni, Syiraz tu memang tak boleh bercakap ke macam mana? Tak pernah sekalipun aku nampak dia bercakap. Rasanya dah dua bulan aku pindah sini. Asyik angguk geleng angguk geleng aje. Aku bukan apa, takut terteleng aje kepala dia" Soal Tengku Aibaaq bingung dengan perangai Aiwaa.

"Oh! Dia memang macam tu. Dia jarang bercakap kalau bercakap pun bila betul-betul perlu. Aku, Armel, mama dengan papa sampai dah tak tahu nak buat apa dengan dia tu. Buntu" Jawab Adhwa mengeluh keras.

"Mesti ada sebab kenapa dia tak bercakap, kan?" Soal Tengku Aibaaq lagi.

"Mama dengan papa ada bawak dia pergi psikiatri tapi sikit pun dia tak beri kerjasama. Dia senyap aje doktor cakap. Kemudian dia ada cakap, kalau mama dengan papa paksa dia lagi untuk pergi jumpa psikiatri dia akan keluar dari rumah. Dia takkan balik lagi ke rumah tu dan dia akan pastikan yang mama dengan papa takkan jumpa dia lagi walau terserempak satu saat sahaja. Jadi sejak tu memang dah tak bawa dia pergi sana lagi" Jawab Tengku Adhwa panjang lebar.

"Gila psiko! Tapi kenapa ikut cakap dia? Dia cuma gertak aje tu. Patutnya korang kena paksa dia! Mana boleh biarkan dia macam tu aje, nanti makin melarat pulak" Kata Tengku Aibaaq usulkan pandangan.

"Tak boleh Baaq. Mama takut dia lari, dia sayang sangat dekat anak bongsu dia tu. Lagi satu kau tak kenal dia tu macam mana Baaq. Kalau dia cakap dia akan pastikan yang dia buat. Baik jangan ambil risiko" Ujar Tengku Adhwa sedikit tertekan.

"Okay, aku faham. Susah jugak. Tapi Wa, kau ada perasaan dekat dia tak? Yalah! Korang duduk satu rumah kot takkanlah sikit pun tak ada perasaan?" Tengku Aibaaq memandang Tengku Adhwa. Dia menantikan jawapan daripada Tengku Adhwa.

"Ada! Gila tak ada? Aku ada perasaan sayang dekat dia. Tipulah kalau tak ada tapi kau jangan salah faham pulak, maksud sayang aku tu sayang seorang abang kepada adiknya. Lebih-lebih tu taklah. Kau nak suruh aku letak Melati dekat mana? Kalau dia dengar ni mahu dia merajuk dengan aku 1 minggu 3 hari 17 jam 59 minit 59 detik! Apalah kau ni" Tengku Adhwa mencukakan muka.

"Sekejap! Kau sibuk tanya aku ni, ke kau yang ada perasaan dekat dia? Cakap! Baik kau mengaku cepat Aibaaq!" Tambah Tengku Adhwa lagi dia sengaja menyakat sepupunya itu.

"Kau cakap apa ni Wa? Aku ada perasaan dekat dia? Tak adalah. Serius tak ada! Aku anggap dia sebagai sepupu aku aje. Tak lebih dari tu! Kau jangan nak salah faham pulak. Cepuk kang!" Kata Tengku Aibaaq memberi amaran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience