"Bismillahirrahmanirrahim! Mulakan pagi anda dengan bismillah ya anak-anak" Seloka Aiwaa.
"Assalamualaikum cikgu" Ucap Aiwaa sambil menghulurkan tangan untuk menyalami gurunya itu.
"Waalaikumussalam, Hai Aiwaa. Sekarang jam sudah menunjukkan tepat pada pukul 8:30 pagi. Awak sudah terlewat 1 jam 30 minit dan 57 saat! Jadi awak bolehlah pulang semula ke rumah dan menyambung tidur ya, Aiwaa? Silakan!" Ujar Cikgu Syazwani berpura-pura emosi dengan membuat isyarat tangan supaya dia pulang semula ke rumah.
"Masyaallah! Tabarakallah! Terperinci betul ya cikgu ni. Sampai hati! Saya dah penat-penat datang ni, ada pula dihalaunya kita balik. Maafkan saya wahai guruku tersayang kerana telat menghadirkan diri ke sekolah. Huhuhu. Sesungguhnya saya terlajak tidur diatas asbab saya terlena dibuai mimpi yang indah kau bersamaku mimpi yang ngeri kau bersama dengannya. Ehh ternyanyilah pulak! Hehehe terimalah permohonan maafku ini wahai guruku yang cantik lagikan jelita. Cikgu punya cantik mengalahkan Mira Filzah tau. Hah! Hebat bukan? Saya tahu!" Ujar Aiwaa dengan penuh dramatik.
"Ya Allah. Budak ni ada saja tau drama dia. Sekejap! Cikgu terhibur hahaha. Sudah-sudah pergi duduk tempat awak. Saya nak sambung mengajar ni" Terhibur Cikgu Syazwani dengan telatah anak muridnya yang satu itu. Aiwaa berjalan ke arah mejanya lalu duduk di kerusi.
"Tapi Aiwaa, betul ke Mira Filzah kalah dengan kecantikkan Cikgu?"
"Hah? Hehehe ya, ya betul" Tersengih Aiwaa dibuatnya.
Pelajar 3 Al-Khawarizmi tertawa melihat gelagat Aiwaa dan guru mereka.
*****
Jam dinding di kelas Aiwaa telah menunjukkan pada pukul 1:30 tengah hari. Hanya tinggal 30 minit sahaja lagi untuk loceng tamat persekolahan pada hari ini akan berbunyi. Aiwaa merasakan masa pada hari itu berlalu begitu lambat sekali. Entah mengapa dia tidak tahu.
'Kringg!!'
"Alhamdulillah Ya Allah! Akhirnya bunyi jugak loceng ni. Berjanggut weii aku tunggu macam nak nangis pun ada, huhuhu" Bebel Aiwaa dan bebelannya didengari oleh beberapa pelajar didalam kelas tersebut.
"Kau kalau tak poyo tak sahkan Aiwaa ketot? Dahlah datang pun lambat, lepas tu nak balik cepat je. Banyak cantik muka kau!" Sampuk Hanafi.
"Ish kau ni Hanafi! Tak habis-habis nak mengacau bespren aku!" Marah Shamira a.k.a penolong ketua kelas dan merangkap jiran meja sebelah Aiwaa.
"Marahkanlah si Nafi ni Sharifah Shamira! Sehari kalau tak menyakitkan hati aku memang tak tenang agaknya hidup dia! For your information aku ni memang cantik! Jealous cakap! Daripada rambut kau yang sikat tepi tu!" Marah Aiwaa dengan memberi jelingan maut kepada Hanafi.
"Habislah kau Nafi, Aiwaa dah jeling-jeling kau tu. Baik kau cabut cepat" Kata Faim teman rapat Hanafi.
"Hehehe maaf Aiwaa sayang, aku balik dulu ya. Bye! Tentang rambut aku tu kau memang kurang ajarkan!" Hanafi berlari anak sambil menghabiskan ayatnya.
"HANAFI!!" Jerit Aiwaa.
"Ish Aiwaa, pekaklah telinga aku macam ni!" Shamira menutup telinganya yang hampir pekak disebabkan Aiwaa.
"Hehehe. Maafkan aku Mira, aku geram gila dengan si Hanafi tu" Sengih Aiwaa.
"Apa-apa sajalah Aiwaa oii dah jom balik. Nanti lambat pulak kita sampai rumah. Aku dah lapar gila ni" Kata Shamira yang tidak sabar untuk pulang ke rumahnya.
"Oklah, jom!" Kata Aiwaa laju.
*****
Sewaktu Aiwaa pulang dari sekolah dengan menaiki basikal kesayangannya yang diberikan nama Baby Silv. Kelihatan Uncle Young berjalan mundar-mandir dihadapan rumahnya seperti orang yang kegelisahan. Bagaikan ada perkara penting yang ingin disampaikan dengan kadar segera.
"Allahuakhbar!" Lemah longlai lututnya, menyebabkan dia terduduk setelah mendengar kenyataan yang keluar daripada mulut Encik Young dan hanya satu perkataan itu sahaja yang mampu Aiwaa lafazkan ketika itu kerana dia tidak tahu bagaimana ingin mengungkapkan. Perasaannya seolah-olah bercampur-baur.
Apakah sebenarnya yang terjadi sehingga Aiwaa jatuh terduduk selepas mendengar kenyataan Encik Young? Nantikan di bab yang seterusnya.
Share this novel