Bab 21

Family Completed 2188

"Okay, hadiah ni untuk suami saya yang tercinta." Kata Tengku Aufaa dan memberikan hadiah itu kepada Raja Aathif. Raja Aathif mengusap lembut kepala isterinya itu.

"Hadiah ini pulak untuk Tengku Adzham Putera Wajdi!" Tengku Aufaa memberikan kepada Tengku Adzham.

"Terima Kasih, Kak Aufaa." Kata Tengku Adzham dan Tengku Aufa menganggukkan kepalanya.

"Sama-sama, yang ini pulak untuk biras saya yang cantik lagikan jelita. Tengku Zarith Marissa Binti Tengku Zarith Muayyad." Ujar Tengku Aufa.

"Terima kasih, Kak Aufaa!" Kata Tengku Marissa teruja.

"This is for you, Tengku Alma Puteri Widad!" Kata Tengku Aufa.

"Yeay! Thank you so much!" Ucap Tengku Alma gembira.

"Ini untuk anak-anak bonda, Tengku Aibaaq Putera Waail dan Tengku Aithafun'Nasya Puteri Wardah" Tengku Aufaa menghulurkan hadiah kepada anak-anaknya.

"Yang ni pulak, khas untuk si kembar. Tengku Armel Ri'adz Puteri Widya dan Tengku Adhwa Ri'adz Putera Wafi" Ujar Tengku Aufaa. Laju mereka berdua pergi mengambilnya, sungguh mereka tidak sabar lagi.

"Dan hadiah yang terakhir ni, khusus buat Tengku Aiwaa Syiraz Puteri Adzham" Ujar Tengku Aufaa supaya Aiwaa tidak terasa hati. Manakan tidak yang lain disebut nama penuh berserta tengku. Sungguh dia faham akan perasaan Aiwaa.

*****

Kuntum kegembiraan mengembang di hatinya sekaligus menghalau debaran yang memukul dada Tengku Aufaa. Tengku Aufaa berasa sangat bahagia, melihat lapan susuk tubuh yang berada di hadapannya itu gembira dengan hadiah yang di berikan. Namun, apabila dia melihat susuk tubuh yang terakhir iaitu yang kesembilan. Mukanya secara tidak langsung, berubah drastik!

Dia mendekati susuk tubuh itu dan bertanya, mengapakah kelihatan riak mukanya itu sedih.

"Syiraz sayang, kenapa ni? Syiraz tak suka ke dengan hadiah yang bonda berikan ini? Bonda tempah khas untuk Syiraz tau. Syiraz, kan dah tolong bonda waktu itu" Tengku Aufaa menginginkan kepastian.

"Syiraz suka, bahkan berterima kasih. Tapi" Katanya terhenti.

"Tapi apa, sayang?" Soal Tengku Aufaa lagi.

"The chain that the bonda gave was very beautiful. But, I'm very sorry cause Syiraz can't wear it" Katanya itu membuatkan Tengku Aufaa kebingungan.

"Why?" Soal Tengku Aufaa sepatah.

"Syiraz is allergic to chains. If Syiraz wears any type of chain, Syiraz's neck will automatically turn red and it will feel very itchy" Terang Aiwaa sedih. Tengku Aufaa sedikit terkejut dengan apa yang baru sahaja Aiwaa katakan. Namun, dia membuat reaksi biasa seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"I'm so sorry, Syiraz. I didn't know you had such an allergy" Kata Tengku Aufa.

"Tak ada apalah bonda, Syiraz okay aje. Rantai tu Syiraz boleh simpan sebagai kenangan" Kata Aiwaa tersenyum, dia cuba untuk menyembunyikan rasa sedihnya itu.

*****

Aiwaa menuruni anak tangga dengan tangannya memegang sebuah gitar yang berwarna putih dan terdapat corak bunga kecil berwarna hitam pada gitarnya. Gitar itu dihadiahkan oleh Tengku Adzham beberapa bulan yang lalu. Kemudian dia menuju ke sun lounger yang berada berdekatan dengan kolam renang.

Dia tidak dapat melelapkan matanya semula, selepas dia terjaga daripada tidurnya. Ingatannya kembali menjangkau suasana sewaktu dia sedang bermimpi.

Didalam mimpinya, dia melihat seorang wanita yang berumur dalam lingkungan pertengahan 40-an yang sedang membelakanginya. Wanita itu mencari seseorang yang bernama Naina. Namun, dia langsung tidak pernah mendengar nama tersebut.

"Naina!"

"Naina, sayang!"

"Naina di mana?"

Lantas segera Aiwaa terjaga dari mimpinya.

"Astaghfirullahal'adzim, mimpi rupanya. Tapi, siapa Naina?" Soalnya yang tiada jawapan.

Lamunannya tenggelam dalam kemuraman suasana.

"Siapa Naina ni? Kenapa perempuan tu cari Naina? Apa kena mengena aku dengan Naina pulak? Masalahnya, dah tiga hari berturut-turut aku mimpi perkara yang sama!" Kata Aiwaa mengeluh keras.

"Tapi, suara tu macam pernah dengar. Dekat mana, tu yang tak ingat! Aiwaa oii, cubalah kau ingat balik dekat mana kau pernah dengar suara tu! Perempuan tu pun satu, cubalah bawa-bawa pusingkan badan tu. Ini tidak, asyik cari dekat bahagian depan aje. Habis tu, bahagian belakang ni tak nak pulak dia cari! Penat aku tercongok dekat situ, sikit pun dia tak tengok aku yang comel ni. Ehh, sakit pula hati ni!" Bebel Aiwaa. Soalan itu, sentiasa memenuhi kotak fikirannya.

"Baik aku menyanyi lagi baik, buat sakit kepala aje kalau aku fikirkan mimpi tu" Bebelnya lagi.

"Tapi, nak nyanyi lagu apa?" Soalnya sambil memikirkan lagu apa yang ingin dia nyanyikan di malam-malam begini.

'Papaku pulang dari kota, papaku belikan kereta.'

'Kereta kecil warna merah, bolehku bawa ke sekolah'

'Pon,pon,pon,pon,pon,pon,pon,pon,pon.'

"Ehh, apa pula nyanyi lagu tu dan dah kenapa aku nyanyi versi rock pulak? Jauh tersesat kau ni Aiwaa! Mashaa Allah! Aiwaa Aiwaa!" Omel Aiwaa sambil menepuk dahinya.

Sayu kedengaran Aiwaa mendendangkan sebuah lagu. Lagu yang berjudul 'Denting' daripada Melly Goeslaw.

Denting yang berbunyi dari dinding kamarku
Sedarkan diriku dari lamunan panjang
Tak terasa malam kini semakin larut
Ku masih terjaga ??

Sayang kau dimana aku ingin bersama
Aku butuh semua untuk tepiskan rindu
Mungkinkah kau disana merasa yang sama
Seperti dinginku di malam ini ??

Rintik gerimis mengundang kekasih di malam ini
Kita menari dalam rindu yang indah
Sepi ku rasa hatiku saat ini oh sayangku
Jika kau disini aku tenang ??

Sayang kau dimana aku ingin bersama
Aku butuh semua untuk tepiskan rindu
Mungkinkah kau disana merasa yang sama
Seperti dinginku di malam ini ??

Rintik gerimis mengundang kekasih di malam ini
Kita menari dalam rindu yang indah
Sepi ku rasa hatiku saat ini oh sayangku
Jika kau disini aku tenang ??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience