Atikah meminta diri ke dapur untuk membuat air.
Firdaus datang dari arah belakang cuba mendekati Atikah,
Atikah menolaknya sambil berkata;
"Awak jangan pelik-pelik, saya menjerit panggil umi nanti."
Firdaus tersenyum sambil berkata;
"Kenapa awak berubah begini? Awak nak jadi baik? Sudahlah Atikah, awak tetap wanita yang dulu,
kita sama-sama perlukan cinta dan kasih sayang kan? sudah lama saya menanti tetapi kenapa awak asyik menolak?
Awak tahu saya sayang awak kan? Saya akan bertanggungjawab. Percayalah."
Letakkanlah lidah di belakang akal bukan lidah di depan akal.
Kerana apa?
Kerana lidah banyaknya silaturrahim putus dan kerana lidah sebabnya kita menjadi ego.
Atikah memejam mata sambil ingat apa yang umi bagitahu tadi.
Allah Maha Melihat dan Mengetahui. Terasa nak menitis air mata,
ditahan, diambil air yang dibuat.
Sebelum Atikah keluar daripada dapur dia berkata kepada Firdaus;
"Jika awak sayangkan saya,
awak halalkan saya. Kesilapan dulu jangan diungkit.
Saya bersyukur kita tidak jatuh kepada zina iaitu dosa besar. Awak, bertaubatlah. Ingatlah apa yang kita buat ada malaikat mencatat, ada Allah yang mengetahui dan jangan lupa ada syaitan yang menghasut.
Doa saya moga awak berubah dan hubungan kita mendapat redha Allah.
Maafkan saya."
---------------------------------------------------------
....Kalau kita
BERUBAH untuk jadi
baik kerana Allah,
Allah akan hantar
orang-orang yang
baik untuk bersama-
sama kita
Share this novel