PART 10

Spiritual Completed 5723

Solat subuh pada hari itu Atikah berimamkan Ida.

Kesayuan terasa saat Ida mengalunkan ayat-ayat al-Quran.

Atikah sudah tekad ingin berubah dan mendalami ilmu agama,

tetapi cintanya terhadap Firdaus adalah cinta yang ikhlas.

Hatinya tidak pernah diserahkan kepada lelaki lain melainkan insan yang bergelar Firdaus.

Dia hanya mengharapkan hubungan ini diakhiri dengan perkahwinan kerana dia amat mencintai Firdaus.

Seusai solat Ida membaca doa yang amat menyentuh hati Atikah;

"Bismillahhirrahmanirrahim.

Allahhummasolli ' alamuhammad fi awwalin wasallim ala sayyidina muhammadin fil akhirin,

Ya Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Kau ampunilah dosa kami,
dosa kami yang telah berlaku,
yang tengah berlaku dan akan berlaku. Ampuni dosa kedua ibu bapa kami, kasihani mereka seperti mana mereka mengasihani kami.
Ya Allah, kami tahu kami hamba-Mu yang lalai,
saat kelalaian itu kami mohon Engkau jauhkan kami daripada maksiat. Jadikanlah kami wanita solehah acuan al-Quran dan as-sunnah.
Ya Rahman jauhkanlah kami daripada azab api nerakamu, masukkanlah kami ke dalam syurga firdaus, jauhkanlah kami daripada azab kuburmu,
matikanlah kami dalam keadaan husnul khatimah
dan ringankanlah sakatul maut kami.
Dalam keheningan subuh ini ya Allah, kami tahu Engkau yang memberi hidayah,
setelah Engkau berikan kami hidayah berikanlah kami sifat istiqamah dan jangan Engkau pesongkan hati kami.
Berikan kami sifat mahmudah seperti berkasih sayang, baik, amanah, jujur, ikhlas dan buangkanlah sifat mazmumah seperti dengki, riak, takabbur, benci membenci.
Jika ada di antara kami ditimpa ujian seperti sakit,
Engkau sembuhkanlah,
jika ada di antara kami tidak tenang, Engkau berilah kedamaian,
jika di antara kami ada dalam kesedihan, Engkau berilah kebahagiaan dan kegembiraan.
Jadikan setiap ujian-Mu itu satu kesyukuran bagi kami. Engkau Maha Mendengar, kabulkanlah doa kami ya Allah.aaminn ya rabbal alamin"

Atikah dan Ida bersalam sambil berpeluk mesra.
Saat itu Atikah rasa ketenangan bila berada di samping orang yang mengingatkannya kepada Allah.
Selesai kain telekung dilipat,
mereka turun ke bawah dan Atikah nampak Firdaus sedang berada di sofa sambil bermain telefon.

Atikah menegur sambil duduk di hadapan Firdaus;

"Awak, saya rasa nak berubah.
Keluarga awak semua baik-baik.
Saya gembira sangat, awak tidak mahu berubah ke?
Kita banyak buat maksiat kepada Allah, andai nyawa kita diambil apa kita nak jawab di hadapan Allah nanti?
Saya harap awak berfikir.
Saya harap hubungan kita menjadi halal kerana saya betul-betul sayangkan awak."

Firdaus terkedu sambil melihat mata Atikah.
Entah kenapa mata itu amat buat dia tertarik dan malu yang ada pada diri Atikah kadang-kadang buat dia bertambah ingin mendekati gadis ini.

Gadis ini lain daripada yang lain.

Gadis ini seperti serikandi yang sukar dicari.

tetapi hatinya tetap menidakkan dan
dia masih buaya darat,
Atikah sahaja yang bodoh percaya kata manisnya.
Atikah tidak suka dengan pandangan itu sebab hati dia jadi berdebar-debar.

Terus disusun langkah ingin ke dapur,

Firdaus cuba memegang tangan Atikah tetapi ditolak Atikah.

Firdaus malu dengan sendirinya.Firdaus sedar akan perubahan perwatakan Atikah yang agak mendadak

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience