PART 8

Spiritual Completed 5723

Malam itu,
bangun daripada tidur

Atikah dikejutkan dengan suara alunan al-Quran yang sangat merdu.

Hati dia benar-benar tersentuh.

Dia berpaling ke belakang dan melihat Ida sedang membaca al-Quran di atas tikar sejadah.

Tiba-tiba air mata Atikah menitis.

Dia tidak tahu mengapa malam itu hati dia terasa sayu sangat.

Ida yang sedang menutup al-Quran memandang Atikah dalam keadaan risau, terus pergi ke atas katil dan memeluk Atikah,
digosok kepala dan belakang Atikah sambil berkata;

"Kak Tikah, kenapa ni?
Akak jangan buat Ida risau,
kenapa akak menangis?"

Dalam sendu tangis Atikah menjawab;

"Tidak ada apa-apa dik,
akak tersentuh dengan alunan al-Quran adik tadi,
akak jahil,
akak jahat dik,
akak tidak tahu kenapa akak rasa sedih tiba-tiba,
hati akak terasa kosong,
akak terasa nak menangis"

Perempuan selalu luahkan perasaan tu dgn air mata.
Jgn halang dia menangis, itulah cara dia nak lepaskan segala kesakitan yg dh lama pendam .

Ida memegang erat tangan Atikah sambil menyeka titisan air mata yang mengalir di pipi Atikah.

Ida memujuk Atikah dengan kata-kata nasihat;

"Akak, pertama kali Ida melihat akak,
Ida tahu ada sesuatu yang tersembunyi.
Mata koko akak menyimpan satu rahsia.
Ida juga manusia biasa yang ada kelemahan.
Akak, kita semua yang bergelar manusia tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan akak kena ingat sebaik-baik pendosa adalah yang bertaubat kepada Allah.
Allah itu Maha Pengampun.
Allah jentik hati kak Tikah dengan asbab alunan al-Quran.
Andai kak Tikah tidak mempedulikan ia Ida takut Allah mengambilnya kembali.
Ida sayang akak.
Ada hikmah kita berjumpa,
in shaa Allah Ida tolong akak dalam proses penghijrahan ye."

Atikah tersenyum sambil memeluk Ida;

"Terima kasih adik. Akak ada masalah keluarga,
akak anak derhaka. Akak takut Allah tidak ampunkan akak.
Buat masa sekarang akak nak berubah tapi akak tidak mahu pulang ke rumah lagi. Adik, dulu mak pernah pukul akak.
Akak teringat apa yang mak buat,
masih ada parut di lengan akak,
akak jadi renggang dengan mak. Walaupun mak dah minta maaf dan berubah tetapi akak tidak boleh menerimanya kembali.
Akak perlukan masa. Di sudut hati akak, akak sayang mak dengan ayah akak. Akak tiada niat nak menderhaka.
Adik bantulah akak"

Ida tersenyum sambil menutur kata;

"Allah. Ida tahu kak Tikah berhati lembut, akak kena ingat baik buruk mak ayah mereka tetap ibu bapa akak.
Mungkin itu kesilapan mak kan? Tapi mak dah berubah.
Kita tiada hak untuk menghukum akak. Kita juga ada kesilapan.
Akak sayang perlu masa untuk pujuk hati kan?
Ambiklah masa tapi jangan lama-lama kesian mak dengan ayah akak."

Andai kejam lawannya kejam, maka akan hadir dendam.
Tapi andai kejam dilawan dengan baik hati,
maka hadirlah keinsafan.

Atikah mengangguk sambil tersenyum.

Tekad Atikah dia ingin berubah.

Biarlah dia jumpa mak ayah dalam keadaan dia berubah agar mereka gembira.

Dia bersyukur atas peristiwa ini yang membawa dia kembali kepada Allah.
Betullah Allah Maha Mengetahui di setiap langkah aturan-Nya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience