Malam itu Atikah sampai di rumah Firdaus.
Dia terkejut tengok sebuah rumah besar yang tersergam indah.
Di hadapan pintu berdiri seorang lelaki dan perempuan yang agak berumur sedikit.
Di dalam hati Atikah mungkin ini ibu dan bapa Firdaus.
Dia menyalami ibunya Firdaus, ibu dan bapa Firdaus tersenyum dan menyuruhnya masuk.
Saat itu hati Atikah terasa sayu, tidak tahu mengapa, senyuman mereka mengingatkan dia kepada mak dan ayah.
Atikah rindukan mereka tetapi disebabkan tamparan itu dia mengeraskan hati tidak mahu pulang ke rumah lagi.
Nauzubillah
Kerana sedikit ketegasan seorang bapa.
Anak memberotak sebegitu rupa.
Sebab itu kita mesti ajar anak sebagai hamba semasa kecil supaya bila besar tidak menjadi raja.
Apabila ego bertemu ego
Penyesalan tidak berguna lagi.
Dalam mengelamun dia terkejut apabila disapa ibunya Firdaus;
"Atikah, dah makan belum? Kalau belum mak cik panaskan lauk, boleh makan.
Mak cik temankan."
Dia berasa tenang dengan wajah dan tutur bicara lembut itu.
Dia menjawab;
"Tidak mengapa mak cik,
Tikah dah kenyang, dah makan tadi."
Atikah perasan ibunya Firdaus memandang seperti ingin mengutarakan sesuatu,
dia hanya berdiam diri,
tiba-tiba bunyi suara seorang perempuan;
"Umi sayang, buat apa ni?
Ni siapa umi? Cantiknya.
"Atikah memandang gadis di hadapannya. Gadis itu tersenyum. Raut wajah itu menenangkan Atikah. Hati dia berasa ingin mendekati gadis ini. Dia tenang dengan perwatakan lembut, manja dan pakaian yang disarungkan ke tubuhnya.
Subhanallah, cantik sangat.
Gadis itu menghulurkan tangan tanda perkenalan dan pelukan dihadiahkan;
"Akak, saya Dayang Nur Aida,
panggil ida je,
adik abang Firdaus.
Akak Atikah ye? Sebelum ini abang Firdaus ada cakap akak nak tumpang rumah kami.
Nanti adik ada kawanlah.
"Atikah tergamam, begini sekali penerimaan ahli keluarga ini.
Hidup..
hidup ini bukan hanya apa yang kita nak,
bukan juga apa yang orang kata..
tapi apa yang Allah nak..
Mungkin ada hikmah di sebaliknya.
Atikah tersenyum sambil menjawab;
"Boleh sayang, kita kawan ye,
nanti akak nak tumpang bilik dengan adik ye. Boleh borak panjang-panjang lagi."
Tamat perbualan itu, ibu Firdaus menyuruh Atikah dan Ida duduk sebilik dan rehatkan diri yang penat itu.
Share this novel