Selepas daripada peristiwa itu hubungan Atikah dan Firdaus makin rapat.
.
Walaupun Atikah dahulu budak sekolah Agama tetapi tidak mencerminkan ciri² sebenar orang yang bersyariat.
Dia jahil,dia lupa semua pesanan ustaz dan ayahnye kepada dia.
Hal ini kerana kehidupan seorang remaja yang rasa dirinya terkongkong oleh mak ayahnye dan die memerlukan seseorang untuk meluahkan perasaan.
Sehinggakan dia jahil segala-galanya.
.
Allahurabbi
.
Atikah berasa selesa apabila menceritakan masalah yang dihadapi.
Firdaus jenis kelakar, memahami, suaranya yang lunak buat Atikah terbuai.
Hubungan yang rapat ini membuat mereka menjadi pasangan kekasih.
Pada suatu hari mereka mencipta pertemuan. Makan bersama, bergelak ketawa bersama, Atikah selesa dengan Firdaus.
.
Bila nafsu menguasai diri,Atikah lupa erti ikhtilat dan batas² pergaulan yang dia belajar selama ini.
.
Bermula pertemuan pertama ..
Mereka merancang lagi pertemuan yang lain.
Bila bercinta dunia bagai mereka berdua sahaja tinggal di dunia ini hingga Atikah terlupa ayahnya yang menatang dia bagai minyak yang penuh.
.
Kasih sayang ajnabi dirasakan lagi indah daripada kasih sayang seorang ayah dan mak.
Bait-bait kata yang diucap ajnabi lagi menyejukkan hati berbanding bait-bait kata ayah dan mak.
Allahurabbi...
Inilah panahan syaitan.
.
Hebat sekali permainan yang diatur syaitan untuk menyesatkan manusia.
.
Semakin lama,semakin Atikah hilang pegangan agama kerana nafsu menjadi raja dan akal menjadi rakyat.
.
Malam itu Atikah lewat balik tapi seorang ibu dan ayah yang amat menyayangi anaknya rela setia menanti dalam tangisan dan kerisauan,berfikir di mana anaknya hingga rasa mengantuk terus hilang. Dalam fikiran hanya anaknya.
Seorang anak yang tidak mengenang jasa dan budi ini balik lewat malam tapi langsung tidak rasa bersalah.
.
Inilah dinamakan cinta itu buta.
Buta untuk menilai cinta yang berada di depan mata dan yang sepatutnya didahulukan.
Cinta itu merubahkan akhlak Atikah.
.
Nauzubillah..
Pintu dibuka, Atikah terperanjat apabila melihat mak dan ayahnya sedang menunggu dia;
"Atikah, kenapa lewat balik? Mak dan ayah menunggu Atikah. Kami risaukan Atikah. Nak, kenapa buat mak dan ayah begini? Apa salah kami?"
Ibunya ingin memeluk tapi terus ditolak.
Ayahnya menampar pipinya;
"Atikah, selama ini ayah dan mak berlembut tidak pernah marah bila kamu buat silap. Tapi ayah tidak pernah sangka kamu sanggup tolak mak kamu. Kamu anak yang derhaka. Ayah tahu kamu ada kekasih hingga lupa kekasih yang mengandungkan kamu, membesarkan kamu, menyekolahkan kamu. Hati kamu terlalu buta. Buta untuk menilai yang halal atau haram. Jika suatu hari nanti mak dan ayah sudah tiada baru kamu merasai betapa pentingnya kami.
Ayah doakan kamu berubah.
Mulai saat ini, aku tidak ada anak seperti kamu. Kamu keluar daripada rumah ini."
Share this novel