PART 26

Spiritual Completed 5723

Beberapa bulan berlalu, Firdaus seorang yang mudah belajar, cepat belajar kerana dia betul-betul berusaha untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

Dia teringat kata-kata Abang Adam jangan mencipta alasan untuk proses penghijrahan. Jika jatuh bangkit balik, jatuh lagi bangkit lagi kerana Allah menilai usaha kita. Tidak semestinya permulaan kita jahat pengakhiran kita jua jahat tetapi biarlah pengakhiran itu ketika usaha kita melangkah ke arah kebaikan.

Dia bertekad ingin menyambung pembelajarannya ke Mesir dalam bidang kedoktoran.

Selama ini dia banyak membuat maksiat tiada sumbangan untuk ummah, biarlah sekarang dia menyumbang untuk ummah dalam bidang kedoktoran.

Tidak pernah dia lupakan insan yang bernama Atikah.

Dia memegang erat tasbih kristal itu. Di dalam hati dia berdoa moga Atikah selamat. In shaa Allah ada jodoh bila balik nanti dia berniat hendak jadikan Atikah sebagai isteri.

Malam itu dia menonton Televisyen bersama Ida, dia berasa ingin bertanya tentang Atikah;

"Ida, boleh abang tanya?"

Ida mengangguk sambil tersenyum.

"Kak Tikah ada berhubung dengan Ida? Abang tidak akan ganggu dia cuma abang nak tahu keadaan dia. Adakah dia sihat?"

Ida berasa serba salah kerana Atikah berpesan jangan cerita apa-apa kepada abang Firdaus tetapi melihat perubahan abangnya ke arah lebih baik, dia menyusun kata;

"Kak Atikah sihat abang, sekarang dia berada di kolej tahfiz, dia menghafaz al-Quran. Dia mahu betulkan diri ke arah yang lebih baik. Dia ada bertanya tentang abang. Ida tahu kak Atikah tidak pernah lupakan abang. Dia pergi ke sana salah satunya untuk lebih mendalami ilmu al-Quran, dia nak dekat dengan Allah, Dia nak alirkan pahala untuk mak dan ayahnya dan dia cuba untuk lupakan perasaan dia terhadap abang diganti dengan cara untuk lebih mengenal Allah."

Firdaus terdiam tanpa kata. Atikah yang dia kenal dulu sangat lemah bila ada ujian yang melanda...

Tetapi sekarang.....

Dia sudah menjadi kuat selepas proses penghijrahan. Betul la semua orang boleh berubah.

Dia kagum dengan semangat Atikah.

Atikah yang sekarang bukan Atikah yang dia kenali dulu. •

*Allah tidak menjadikan sesuatu secara kebetulan, TETAPI dengan tujuan... *

*Carilah tujuan itu dan bertindaklah selaras dengannya, Inshaa Allah hidup akan lebih terisi dan bererti... *

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience