PART 19

Spiritual Completed 5723

Keesokan harinya selepas solat subuh berjemaah dengan Ida,

Atikah membuka bicara;

"Ida, akak nak tumpang bahu boleh sayang, sekejap je. Akak nak peluk adik. Akak nak beritahu sesuatu ni."

Ida berasa ada sesuatu yang akan berlaku,
Suara kak Tikah seperti mendatar.

"Boleh, akak sayang. Bukan setakat bahu, hati Ida yang dup dap dup dap pun boleh kalau akak nak."

Atikah tersengih, dicubitnya Ida;

"Pandai ye melawak. Terima kasih dik. Akak ada sesuatu yang ingin diberitahu kepada adik.
Akak telah membuat keputusan sekejap lagi akak akan pulang ke rumah ibu bapa akak.
Akak sudah bersedia. Hati akak terlalu merindui mereka. Akak nak berbakti dan memohon maaf sementara mereka masih ada.
Akak takut akak tidak sempat. Akak tidak mahu menjadi anak derhaka. Ida janji dengan akak kena jaga diri ye.Sentiasa doakan akak. Akak tidak mampu jumpa umi , abi atau abang Firdaus.
Akak tidak mahu melihat mereka sedih.
Ida kirim salam kepada mereka ye. Ingat sayang, akak sayangkan ukhwah ini. Ukhwah yang membawa akak mengenal Allah. Ukhwah yang membawa akak menjadi lebih baik. Terima kasih sayang."

Ida memeluk Atikah sambil menangis,
Tiada lagi kata yang mampu keluar hanya tafsiran ayat al-Quran dan hadis dibaca kepada Atikah;

Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya,ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya[Al-Baqarah: 286]

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui[Al-Baqarah: 216]

Doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain (sedangkan saudaranya itu tidak mengetahui doa tersebut) adalah doa yang pasti diperkenankan, di sisinya terdapat malaikat yang ditugaskan di mana setiap kali yang mendoakan kebaikan atau keselamatan untuk saudaranya, malaikat yang ditugaskan itu berkata:Aamiin dan bagimu seperti itu juga[Hadis riwayat Muslim]

Hak seseorang Muslim ke atas seorang muslim yang lain ada enam perkara:
(1) Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam,
(2) Apabila dia menjemputmu maka penuhilah jemputannya itu,
(3) Apabila dia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya,
(4) Apabila dia bersin,bertahmid maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertasymit,
(5) Apabila dia sakit hendaklah engkau menziarahinya
(6) Apabila dia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya

(Hadis riwayat Muslim)

Selesai dibaca tafsiran al-Quran dan hadis, Ida meluah kata;

"Ida sayangkan kak Tikah, Ida doakan akak. Moga terpujuk hati akak dengan kalam Allah tadi dan tidak lupakan Ida dalam doa akak. Akak kena janji selalu hantar mesej kat Ida ye. Ida sayang akak kerana Allah. Ida doakan akak menjadi hamba-Nya yang bertaqwa dan anak yang solehah."

Atikah tersenyum. Dia tertidur di atas paha Ida sambil mendengar Ida mengalunkan ayat-ayat al-Quran... ...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience