Firdaus berasa sebak dengan usrah tadi.
Firdaus mengesat air matanya laju
.Dia tidak mahu adiknya,ida melihat dirinya dalam keadaan begitu.
Dia teringat kata-kata Asy tadi.
Hablumminallah,Hablumminannas...
Jaga hubungan baik dengan Allah,
Jaga hubungan baik sesama manusia.
Jadi,Firdaus mengambil keputusan untuk memberitahu Ida bahawa dia ingin memohon maaf kepada Atikah.
Ida cuma tersenyum dengan permintaan Abangnya.
Keesokan harinya, Firdaus datang lagi ke surau al-hidayah.
Anak tangga didaki laju,tidak.sabar rasanya Firdaus mahu berjumpa Abang Adam.
Tombol pintu surau dipulas perlahan.Daun pintu surau dibuka Firdaus melangkah masuk dan menutup kembali pintu yang berada di belakangnya.
Firdaus menjengah kiri dan kanan surau,namun Abang Adam tiada di sini.
"Rasanya Abang Adam masih belum sampai ke sini kot"kata hati Firdaus.
Tiba-tiba tombol pintu surau dipulas dari luar. Abang Adam pun melangkah masuk.Firdaus yang masih berada di belakang pintu sedikit terkejut lalu berganjak ke hadapan sedikit.
"Assalamualaikum" Abang Adam memberi salam.
"Waalaikumussalam.Haa,kau rupanya Abang Adam.Ingatkan siapa tadi".Jawab Firdaus.
"Kenapa kau berpaling kiri kanan.Mencari kekasih hati ke?hahaa.Maaflah yer,di sini tiada kekasih hati.Mungkin di saf belakang ade seorang dua kot". soal Abang Adam pelik melihat tingkah laku Firdaus tadi.
"Sebenarnya,saya ingin berbicara sesuatu dengan Abang Adam.Ini hal sulit"jawab Firdaus.
Kedengaran firdaus serius berbicara sesuatu.
Belum sempat Firdaus meneruskan bicara,Abang Adam mencelah.
"Firdaus,apa kata kita borak selepas ini je
.Tak manis kita berborak di sini.
Jom kita solat sunat zuhur.
Solat ini dapat menampung solat fardhu yang tidak sempurna."
Firdaus menurut segala kata-kata Abang Adam.
Sepanjang aktiviti-aktiviti surau itu berlangsung, Firdaus diam membisu dan fikirannya tidak keruan.
Jam dinding surau tepat pukul 3 petang.
Tanda berakhirnya aktiviti kerohanian pada petang itu yang dianjurkan oleh Smart Team.
Kini,sudah tiba masanya Firdaus mengeluarkan suara;
"Abang adam,bagaimana nak mohon maaf kepada orang yang sudah lama tinggalkan kita?"soal Firdaus.
"Maksud kau kekasih?"soal Abang Adam dalam keadaan bingung dengan pertanyaan Firdaus.
"Yalah,kekasih" jawab Firdaus.
"Kau dah cuba mintak maaf dekat dia dah Firdaus?" Soal Abang Adam perlahan.
"Dia block nombor aku, dia block wechat aku, dia block semua benda yang ada kaitan dengan aku"jelas firdaus.
"Aku tahu aku macam tak layak je nak tanya soalan ni, tapi kau dah buat solat istikharah dah Firdaus?" Soal Abang Adam tiba-tiba.
"Dah banyak kali dah aku buat, tapi sampai sekarang aku tak dapat apa-apa petunjuk pun lagi Abang Adam. Sebab tu lah aku buntu sekarang ni." Jawab Firdaus.
"Kau jangan mengalah firdaus, Allah itu kan maha mengetahui. Kau teruskan lah solat istikharah tu, mana tahu Allah akan beri petunjuk dekatkau nanti." Abang Adam cuba memberi semangat pada Firdaus.
Firdaus pula masih bermain dengan perasaan sendiri.
Antara perasaan cinta, atau persahabatan yang sekian lama dibina. Dia mengeluh sedikit kecewa. Dia terfikir, ini mungkin balasan untuk dia yang selama ini turut memainkan ramai hati wanita di luar sana.
*Ingatlah sesungguhnya kekuatan itu juga datang dari peringatan dan celaan.....melainkan bagi orang-orang yag tidak melihat kelebihan atas hikmah yg telah diberikan itu.*
Share this novel