PART 18

Spiritual Completed 5723

Atikah masih enggan keluar bilik kerana kemarahannye terhadap firdaus masih membara.

Dalam tangisan, Atikah teringat semula kejadian yang berlaku ketika dia lari daripada rumah.

PADA 6 BULAN YANG LEPAS,

Ayahnya membawa ibunya ke hospital kerana ada kesan darah dan pernafasan ibunya semakin semput. Jiwa Atikah jiwa remaja yang memberontak tidak kisah apa yang terjadi hanya melihat, langsung tidak menolong. Sedih ayahnya melihat sikap Atikah.
Dia tahu anaknya terasa dengan tamparan itu, dia tidak mampu menahan marah bila sikap kurang ajar anaknya terhadap seorang ibu yang kejam menolak apabila ingin dipeluk.Atikah masuk ke bilik dan menutup pintu dengan kuatnya.

Di sudut hati dia terasa yang dia kejam terhadap mak dan ayahnya, di sudut yang lain dia benci bila ditampar oleh ayahnya.
Dia tahu dia kurang ajar terhadap maK dan ayahnya tetapi dia sendiri tidak tahu apa yang menyebabkan dia berperangai begitu.
Dia tahu dia anak derhaka. Dia kasihan melihat ibunya tetapi hatinya keras untuk tidak menolong. Dia teringat kata-kata ustaz bila bercakap dengan ibu bapa perkataan 'ah ' pun tidakboleh apatah lagi menolak ibunya hingga berdarah.

Ustaz cakap jiwa remaja jiwa yang ingin mencari keseronokan tapi ada dua jalan, seronok yang membawa kenal Allah atau sebaliknya. Dia tahu diri dia memilih yang sebaliknya sebab itu dia menjadi anak yang derhaka.

Saat itu dia hanya teringatkan Firdaus. Dia hubungi Firdaus menceritakan segalanya. Walaupun Firdaus jenis nakal tetapi dia tetap menjaga maruah ibu bapanya. Ibu bapa dan keluarganya yang lain jenis beragama hanya dia sedikit nakal. Dia menceritakan kepada ibu bapanya tentang Atikah tetapi ditokok tambah untuk mendapat keizinan Atikah tinggal di rumahnya.

Dia hanya ingin mempermainkan Atikah tetapi atas sebab kasihan dia tidak rela Atikah terumbang ambing keseorangan.

~ Kadang-kadang kita sakit...kita mengeluh.. ~Kadang-kadang kita tak dapat apa yang kita nak.. kita mengamuk..
~Kadang-kadang kita kalah ... kita sakit hati.. ~Kadang-kadang kita lambat kita salahkan orang..

°Nak tahu kenapa kita sering mengeluh.. sering mengamuk.. sering sakit hati... sering salahkan orang ?!!

?Sebab dalam diri kita kurangnya rasa syukur pada Allah...
Syukur pada setiap apa yang kita ada... pada setiap apa yang berlaku...
Syukur bila sakit kerana Allah nak hapuskan dosa kita.
Syukur bila kita tak dapat apa yang kita nak kerana Allah tahu bila masa yang sesuai untuk kita dapat apa yang kita inginkan.
Syukur bila kita kalah kerana dengan kekalahan kita akan belajar lebih banyak teknik untuk meraih kemenangan...
Syukur bila kita lambat.. kerana kita akan belajar dan tahu apa rasa bila duduk di belakang... belajar perspeksi orang terhadap kita bila kita lambat dan yang paling penting kita lebih belajar untuk menghargai masa... Itulah pentingnya kesyukuran dalam hidup..
sesiapa yang bersyukur dengan Nikmat Allah , ..
Allah akan tambah lagi nikmat itu... Mulakan kehidupan dengan syukur.. Syukur dengan setiap semua benda..?

Atikah menyesal atas perbuatannye selama ini.. Atikah berasa seperti dipermainkan oleh Firdaus...

Fikiran dan hati Atikah semakin kuat ingin ke pangkuan mak ayahnye kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience