Di dapur Atikah menolong Ida menyediakan sarapan.
Sambil bergelak ketawa,
Atikah perasan seperti ada seseorang yang sedang memerhati,
Atikah berpaling dan melihat ibu Firdaus berada di belakang sambil tersenyum.
Ibunya Firdaus bersuara sambil tersenyum;
"Atikah dan Ida buat apa ni?
Gembira je umi tengok.
Atikah pandai masak tidak?
Umi suka tengok Atikah,
kalau ada masalah boleh cerita dekat umi.
Anggap je umi seperti ibu sendiri ye. Umi nak bagi analogi tentang pisau dan bawang.
Jika kita tersilap potong bawang, tangan akan luka kan?
Tapi bila berhati-hati dalam memotong, tangan tidak akan terhiris.
Begitu juga kehidupan kita, andai kita tidak berhati-hati, tidak buat apa yang Allah suruh,
tidak tinggal apa yang Allah larang ia akan memotong kehidupan kita dan buat kita rasa sakit.
Pada dunia akhir zaman ini,kita seumpama berjalan di jalan yang berduri,
sekali terpijak duri pasti akan luka.
Jadi, kamu berdua pilihlah jalan aturan Allah agar kamu berdua selamat dunia dan Akhirat.
Atikah memeluk ibu sambil berkata;
"Terima kasih umi,
in shaa Allah tikah nak berubah.
Tikah sayang umi. Tikah rindu mak dengan ayah tapi tikah malu nak balik. Umi dan Ida ajar tikah tentang agama ye agar tikah boleh jadi anak solehah untuk mak dengan ayah."
Di sudut yang lain, mak dan ayah Atikah merindui anaknya. Hanya doa yang dipanjatkan.
Ibunya sudah keluar daripada hospital, permulaannya ibu Atikah terkejut apabila Atikah tiada tapi sebagai ibu dia dapat rasa Atikah selamat dan perlu masa untuk pulang ke pangkuan mereka. Solat dan bersabarlah.
Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat..
walaupun kita semakin menjauh dari-NYA.
MAHA BAIK DAN PENGASIHNYA ALLAH.
Jika sendiri jangan merasa sepi,
Ada Allah yg menemani.
Jika sedih jangan pendam,
Ada Allah tempat berdo'a..
Jika marah jangan disimpan,
Ada Allah tempat menenangkan diri.
Jika susah jangan merasa pilu,
Ada Allah tempat mengadu.
Jika gagal jangan berputus asa,
Ada Allah tempat meminta.
Jika bahagia jangan lupa,
Ada Allah tempat bersyukur kerana dari Allah jua segalanya bermula dengan izin-NYA.
Kita perlu sentiasa senyum dan bersemangat.
Kita perlu istiqamah.Itu yang pasti ade dalam fikiran dan kalbu seseorang yang hendak berhijrah.
Kita Perlu yakin bahawa Allah bersama kita kerana syaitan benci orang yang berhijrah kerana Allah.
Ingat,tiada istilah 'kita sudah cukup baik'
Share this novel