Ida melihat perubahan abangnya hari demi hari lebih baik dari dahulunya.
Ida memberitahu khabar Firdaus kepada Kak Tikah melalui mesej;
"Assalamualaikum Kak Tikah, saban hari Ida melihat perubahan Abang Firdaus cukup ketara.Tasbih kristal yang akak berikan dahulu, langsung dia tidak lepaskan dari genggamannya. Abang Firdaus sentiasa berzikir menggunakan Tasbih kristal itu akak"
Atikah berasa kagum dengan penghijrahan Firdaus dan bersyukur.
Doa yang dia minta selama ini sudah dikabulkan Allah.
Allah mendengar rintihan hambaNya.
Atikah membalas mesej Ida;
"Waalaikumussalam Ida, Alhamdulilah. Terdetik juga hati dia dik.Kak Tikah berasa kagum dengan abangmu dik, sungguh cepat sekali dia berubah dik. Kalau boleh,akak nak jumpa Ida di Masjid At-taqwa jam 3 petang esok. Ada barang yang hendak akak kirimkan" Ida membalas ringkas; "Inshaa Allah Kak Tikah".
Keesokan harinya,
Seperti yang dirancang.....
Pertemuan dua insan yang sudah lama tidak bertemu di alam yang nyata.
Selama ini,mereka hanya berborak di alam maya.
Atikah memulakan perbualan;
"Assalamualaikum dik, rasanya sudah lama kita tak bersua muka. Hari ini,kita dapat merapatkan ukhuwah ini kerana Allah.Ukhuwahfillah.
Terima kasih atas semuanya dik. Kerana mengajar akak erti ketabahan walaupun akak tak setabah Zinnirah.
Terima kasih kerana mengajar akak erti ketaqwaan walaupun akak tak setaqwa Rabiatul Adawiyah"
Ida mengukirkan senyuman di bibirnya; "Waalaikumussalam Kak Tikah, Ida rasa akak sendiri yang berusaha selama ini. Ida hanya mengingatkan je. Sebenarnya Allah sayang Kak Tikah.
_Apabila Allah mencintai seseorang hamba,maka Dia akan mengujinya.Jika hamba itu bersabar dan redha maka Dia akan memilihnya menjadi kekasihNya[HR Ibnu Majah]_
Kehidupan akhir zaman ini kita tidak jangka.Ramai yang tahu waktu bangun dari tidurnya tetapi gagal mengetahui waktu lenanya. Ramai yang tahu waktu dan tarikh lahirnya tetapi tidak pula yang tahu waktu dan masa akan kematiannya. Oleh yang demikian bersedialah di antara kedua-duanya kerana bila-bila sahaja ia akan berlaku. Sebab itu,kita mesti selalu saling ingat-mengingati."
Atikah tersenyum simpul dengan kata-kata Ida.
Atikah akhirnya memberitahu apa hajatnya mengadakan pertemuan ini.
Dia menyerahkan sampul surat kepada Ida.
"Kirimkanlah surat ini kepada Abang Firdaus dik, akak minta diri dulu yer"
Atikah bergegas pergi meninggalkan Ida setelah hajatnya sudah tercapai.
Ida faham kenapa Kak Tikah tergesa-gesa pergi.
Mungkin faktor malu yang jelas terpancar pada riak muka Atikah.
? Ketika Firdaus mengejar cinta Atikah, Allah jauh kan Atikah dari Firdaus..
Tetapi, Ketika Firdaus kejar cinta Allah, Allah datangkan Atikah kepada Firdaus melalui surat........
Kejar cinta Allah terlebih dahulu sebelum kamu kejar cinta Manusia?
Share this novel