Malam itu Firdaus mengambil Atikah untuk dibawa ke rumahnya.
Beberapa kali dia cuba untuk goda Atikah tetapi Atikah tetap menolak.
Ini yang menyebabkan dia sukar melepaskan gadis ini.
Semasa di dalam kereta, Atikah bertanya;
"Betul ke awak sayangkan saya, ayah dah halau saya, saya tiada tempat nak tuju, saya terasa dengan tindakan ayah, saya tahu saya anak yang tidak baik tetapi tamparan itu menyakitkan hati. Saya tidak mahu pulang ke rumah lagi. Adakah family awak menerima saya?"
Firdaus yang mulut manis mengalahkan gula menuturkan bicara;
"Awak, saya dan family terima awak.
Saya sayangkan awak.
Saya tiada orang lain di hati ini melainkan seorang gadis bernama Atikah.
Awak kena percayakan saya.
Sampai di rumah biar saya sahaja yang jawab, awak hanya senyap ok.
Percaya saya, saya akan jaga awak."
Atikah seorang wanita, fitrahnya lemah dengan kata-kata manis lelaki tersenyum.
Dalam fikiran dia hanya Firdaus, tiada lagi ibu dan bapanya.
Ayat-ayat cinta penuh madah berhelah itu seperti dadah sekali kau terjebak, selalu kau ingin... ketagihan kepada cinta manusia itu selain cinta yang halal adalah bahaya kerana M.A.T.I itu adalah jodoh sebenar kita..........
jangan ingat kita boleh bahagia jika kita derhaka kepada Ibu Bapa kita. hargailah Ibu Bapa sementara masih ada...............
Di rumahnya ayah dia , memanggil namanya;
"Atikah, Atikah, ayah minta maaf, ayah tiada niat nak tampar atau halaumu nak, ayah sayangkan Atikah, ibumu sakit nak, ayah takut tidak sempat Atikah tengok dia!!"
Pintu dibuka tetapi Atikah tiada di dalam bilik.
Dia ingin memberitahu keadaan ibunya Atikah tetapi baju-baju semua sudah tiada.
Tahu la dia bahawa Atikah sudah meninggalkan rumah ini. Seribu kekesalan bagi dia apabila teringatkan kesalahan dia tampar anaknya. Isterinya sakit, anaknya melarikan diri.
Allah, ini ujian yang perlu dia tempuhi. Dia lemah dalam kelam malam.
Wudhuk diambil, sejadah dibentang, dalam sujud doanya moga Allah lembutkan hati anaknya untuk kembali dalam keadaan berubah. Air mata itu saksi bahawa seorang ayah yang merindui perubahan anaknya
Share this novel